Featured

LIVERPOOL ,THE REDS, THE KOP DaHulu kInI dAN selaMAnYa butiran penulis:--> Nama diberi mohamad amin bin zainal abidin (Darion Daron) love The reds sejak dari darjah enam lagi.Pemain Liverpool yang paling diminati adalah Gerrard. perlawanan yang paling tidak boleh dilupakan adalah semasa liverpool vs AC milan 2005 champions league final. hope kawan-kawan enjoy dengan info dari blog saya ini. You'll Never Walk Alone :D

3 Spekulasi oh spekulasi


salam dan selamat sejahtera, seperti biasalah apabila semakin hampir musim liga baru sesi 12-13 bermula, maka berlambak- lambaklah berita2 tentang perpindahan pemain. Hal ini sam jugalah di kem Liverpool.

  

menurut tinjaun ringkas web popular sukan menyatakan bahawa dua pemain Liverpool khabarnya sudah dalam senarai untuk dijual or dipinjamkan. seperti yang diketahui, adik besar kita, si Carroll kononnya sudah seperuh kaki untuk dipinjamkan ke West Ham, menurut sumber yang menyatakan proses pinjaman ini akan dilengkapi dengan bayaran £ 2juta sekiranya pihak LFC meluluskan urusan ini.

namun begitu kejituan dan kebenaran hal ini masih ditahap samar kerana tiada komen lanjut dari pengurusan Brendan Rodgers dan pihak he Hammers.

  

pada masa yang sama dikhabarkan juga, abang gengster kita bro Agger kononnya dalam buru kelab kaya Manchester City dan Barcelona. dengan keadaan di kelab kendalian Mancini di City yang mahukan pertahanan terbaik kelas dunia yang akan digantikan setelah Kolo Toure. Dan seperti kita tahu man city selalu dapat apa yang mereka inginkan. dalam kem Barca pula, kem ini kini mengalami kekurangan pemain pertahanan dimana hanya Javier Mascherano and Sergio Busquets serta Carles Puyol sahaja mampu mengisi kekosongan di bahagian pertahanan kelab ini  
Read more

0 Kisah Fabio Borini dan Agger



Seperti dihebohkan sebelum ini yang ,mengatakan Fabio Borini dari AS Roma kini dalam pertimbangan untuk menerima tawaran yang dikemukan oleh Liverpool untuk membawa pemain ini ke kem melwood.

Juga dinyatakan bahawa, kononnya harga yang bakal dipertimbangkan untuk pemain berusia 21 tahun ini adalah sekitar €10 juta.



  


Selain daripada itu, khabar angin semakin hangat diperkatakan bahawa Daniel Agger dalam radar Real Madrid. Pengendali Real bersedia membawa Agger dalam pasukan nya kerana tunjang pertahanan real iaitu Ricardo Carvalho berkemungkinan besar akan meninggalkan real.


Namun begitu hal ini masih lagi dalam keadaan samar-samar. Diharapkan bahawa Agger akan kekal bersama Liverpool dan mengulang kembali aksi cermelang seperti musim lepas. Sumber : Daily Mirror.
Read more

0 Shelvey sambung kontrak baru

 


Salam. Seperti yang dijanjikan bahawa kini saya (penulis) akan kembali meneruskan perjuangan dalam menyampaikan berita terbaru kepada anda semua. 

Seperti yang kita semua telah ketahui, bahawa pemain muda dengan potensi besar yang dibeli daripada Charlton fc pada May 2010. Pada hari ini pula Jonjo Shelvey telah menyambung kontrak baru dengan kelab.

Pemain berusia 20 an ini yang sebelum ini pernah dipinjamkan ke Blackpool FC telah menunjukkan peningkatan yang membanggakan dimana telah berjaya membuat 37 penampilan dalam squad senior Liverpool. Semoga dengan ini, akan meningkatkan tahap prestasinya dalam squad Liverpool dimasa hadapan. 

Read more

2 I am back! OR saya kembali !!!!




salam dan selamat sejahtera. Dengan Berakhirnya kempen Piala Eropa. Maka bermula lah pula hala tuju baru di musim baru yang bakal menjelang tiba kelak. seperti yang anda semua lihat hampir sudah 6 bulan blog nie berehat panjang sejak penghujung tahun lepas. 

 Dan saya disini, ingin memberi tahu kepada rakan Reds sekalian bahawa, BLOG LIVERPOOL SELAMANANYA AKAN BEROPERASI SEMULA bagi memeriahkan lagi kempen BPL 2012-13 yang sudah semakin hampir tiba ini. 

Jika dilihatkan kepada pejalanan musim lepas, terlalu banyak dugaan ranjau onak berpaku-paku yang perlu dilalui kepada semua pihak. Dan paling menyedihkan apabila kita terpaksa melihat hero pujaan sepanjang zaman Kenny Daglish dilucutkan jawatan sebagai master mind dalam pengkalan kita di Melwood.

Namun seperti perjuangan perlu diteruskan. Pihak pengurusan berjaya membawa bos baru dalam squad Reds musim 2012-13 ini, apabila Brendan Rodgers dipilih sebagai pengganti rasmi sebagai pengendali pasukan. 

Tidak dilupakan kepada sedare Dirk Kuyt yang akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan Liverpool demi meneruskan perjalanan kerjaya bola sepak beliau. kesimpulan disini saya penulis ingin menyatakan bahawa kepada rakan reds sekalian bahawa blog Liverpool selamanya akan beroperasi kembali. 

Diharapkan anda terus kekal menjenguk blog ini di masa akan datang.


 ps: NANTIKAN ENTRI TERBARU YE...YNWA GUYS
Read more

4 Match Review: Liverpool 0- 0 Spurs


-- he will fire again---
salam dan selamat sejahtera.....

perlawanan yang memerlukan kita semua bangun awal pagi, dalam perlawanan ini menyaksikan kembalinya Luis Suarez yang masuk menggantikan 70 perlawanan . Dengan keputusan seri ini menjatuhkan kedudukan kita di tangga ke tujuh perlawanan.


-- kembali hero , love you suarez---

Gol awal perlawanan hampir muncul pada minit ke ke 4 perlawanan hasil gerakan dari Gerrard yang melorongkan bola kepada Carroll, namun akhirnya adik kita diterjah jatuh. dan kemudiannya pada minit ke 6 perlawanan, peluang terbaik melalui sepakan percuma juga gagal membuahkan hasil.

jujur saya katakan dalam perlawanan ini, aspek posisi dan kawalan bola Liverpool boleh dipuji, namun apa yang merisaukan mengapa dan kenapa kita masih lagi kurang menyegat serta tajam dalam membuat penyudahan semasa berhadapan dengan peluang menjaringkan gol.


-- lau xkenal ini sila remove kedudukan sebagai fans liverpool--

namun tak apa lah bak kata kenny "The Goals will come" dan saya percaya serta anda semua perlu percaya detik itu akan tiba, dan tidak perlulah kita membeli Robin dari Arsenal untuk menajamkan serangan kita, kerana kita sudah mempunyai pemain yang setadingan dengan burung Robin dari geng Arsnal kan3.....


-- ini kucing aku saje je wakilkan aku sebab aku x leh datang pagi tadi: huhuhuh---

lebih mencuri tumpuan yang kini semakin hangat diperkatakan adalah, kes kemasukan pemain ke 12 kita pada minit ke 11 perlawanan si miouuuuuoooooo masuk yang berjaya menghantikan perlawanan. anway kucing tu memang kucing...bak kate seorang fan dalam FB nama kucing tu is "David Anfield"\.. pengajaran dari isu kucing ini, saya nampak bahawa kucing tersebut lebih menghormati perlawanan lebih dari manusia, contohnya kes larian bogel yang seri berlaku dan larian si pak lawak memakai topeng yang mencari publisiti murahan....

pe pun YNWA guys. sekian salam....

sedangkan kita p
Read more

0 Match Priview: Liverpool vs Tottenham



Selasa 7 February

3.55pagi - 6 pagi


channel 812/832






salam dan selamat sejahtera.

Minggu ini perjuangan akan diteruskan dalam kempen Liga Perdana, dan lawan kita minggu ini tidak lain tidak bukan adalah pasukan Putih Hitam yang sememangnya dihormati dan digeruni oleh mana-mana pihak lawan.

Dengan khabarnya Gerrard akan kembali serta diikuti come back dari Suarez yang sudah tamat menjalani penggantungan, pastinya harapan tinggi ditaruhkan oleh semua peminat The Reds untuk melihat kempen kemenangan diteruskan dalam big match kali ini. Disebabkan hal ini berkemungkinan besar Henderson akan dikeluarkan dari line pilihan, serta Spearing terus memangku untuk menggantikan Lucas dibahgian midfield defender.


--Kembali beraksi bersama setelah lama terpisah--

Manakala bagi kem lawan pula, Harry Redknapp pastinya akan kehilangan khidmat Van der Vaart yang masih cedera. Dan juga khabarnya pemain utama mereka seperti Kyle Walker,Defoe,Lennon dan si mamat panjang Adebayor dalam tak pasti akan diturunkan juga disebabkan kecederaan.

Namun begitu kunjungan Spurs ke Anfield kali ini tidak harus dianggap mudah, kerana kini mereka semakin kukuh setelah membawa beberapa muka baru dalam tranfers lepas. kehadiran Louis Saha dan Ryan Nelsen pastinya menjadi ancaman kepada gawang kita.


--pemain harus diikat, jika tidak padah menimpa--

Kehadiran mamat kereta kebal a.k.a Gareth Bale di kiri padang ditambah pula kelincahan Modric dan hantaran tepat dari Scott Parker benar-benar menjadi ancaman bahaya dalam aspek kawalan position tengah padang. Harapan saya (penulis)pengorbanan untuk membiarkan Carroll di bangku simpanan dan membiarkan kuyt bermain di bahagian tengah untuk membantu menyekat Bale,Modric, Parker di bahagian tengah. pada masa yang sama Suarez akan bergandingan dengan Bellamy di bahagian serangan.


--manakah pilihan kenny kali ini--

Untuk bab pertahanan pula. Agger,Sktel, José Enrique sudah pasti di akan diturunkan, cuma saya agak kurang pasti berkenaan bek kanan, samada Johnson atau adik Martin Kelly akan disenaraikan dalam perlawanan ini nanti.


-- setuju tak korang if Carroll dijadikan pemain simpanan dalam match kali ini--

Apa pun kita kene menang dalam perlawanan ini untuk mengejar kedudukan dalam liga dan juga sebagai penambah semangat sebelum bertemu United empat hari kemudiannya.

sekian YNWA....









Read more

0 Rangkuman berita terbaru (3.2.12---4.2.12)





Kembalinya Suarez si budak nakal dan Gerrard Kapten Fantastik

Pada hari ini menurut sumber LFCTV melaporkan bahawa, kapten kita Steven Gerrard bakal kembali ke skuad dalam perlawanan bertemu Tottenham Hotspur awal pagi isnin ini. Semasa perlawanan lepas, Gerrard terpaksa direhatkan kerana untuk memberikan ruang untuk berehat semperna perlawanan big match menentang Spurs di Anfield kelak.



--Kredit pic kepada Kelab Peminat (MALAYSIA)--

Perkhabaran gembira telah dilaporkan oleh LFCTV yang menyatakan bahawa tempoh penggantungan perlawanan yang dialami oleh Suarez sudah tamat, hal ini bermakna kita akan bisa kembali melihat aksi pemain kesayangan kita ini beraksi di atas padang semula.


--Suarez dan Gerrard--

Serta diharapkan dengan kembalinya Suarez7 ini mampu memberikan sedikit bantuan kepada pasukan demi membalas dendam atas kekalahan memalukan kita kepada Spurs pada awal musim ini. Ditambah pula, dengan peningkatan pertasi adik carroll kita, juga aksi memukau daripada Bellamy dalam tiga perlawanan sebelum ini, saya (penulis) yakin kita mampu memberikan tentangan kepada pasukan pelawat kelak.



Liverpool U19 diberikan peluang kedua


Squad akademi U19 Liverpool, menerima khabar gembira apabila berjaya layak ke peringkat seterusnya dalam pertandingan NextGen Series.

Walaupun pada asalnya squad Tottenham U19 yang berjaya melayakkan diri atas kemenangan tipis ke atas pasukan Liverpool U19 sebelum ini. Tetapi pada saat akhir squad Tottenham U19 pula mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan. Hal ini sekali gus memberikan ruang dan peluang kepada Squad U19 kita untuk meneruskan perjuangan di peringkat seterusnya.
Read more

0 Rangkuman berita terbaru (1.2.12---2.2.12)



Joao Carlos Teixeira confirm sertai Akademi Liverpool



--pemain muda yang dibawa dalam jendela perpindahan januari kali ini--

Pemain muda berumur 19 tahun ini, merupakan anak kelahiran Portugal ini, hari ini diikat rapi oleh Liverpool dan dikhabarkan untuk permulaan, pemain berbakat besar ini perlu beraksi di Akademi sebelum benar2 layak untuk diserap ke Squad senior.

Pemain ini dibawa dari kelab Sporting Lisbon, setelah berjaya memikat hati kenny daglish pada siri European Under-19 NextGen Series match pada ogos lepas.


Tarikh Rasmi perlawanan piala FA pusingan ke lima sudah ditentukan



--Fa Cup pusingan ke 5--

-khabarnya perlawanan ini akan diadakan pada , February 19, jam4.30pm waktu England. untuk waktu malaysia dan info Live sila rujuk website Astro.com.my. Serta pihak lawan adalah Brighton FC.

Spearing: Yakin Carroll akan terus meningkat prestasinya


--Spearing percaya Carroll mampu menyinar seperti dahulu--


pada hari ini, dipetik dari web espnstar.com menyatakan bahawa, Jay Spearing tampil menyatakan pendirian dan pendapatnya berkenaan proses prestasi permainan yang diperlihatkan oleh Andy Carroll.

Tambahnya lagi...

" Dari saat Carroll menyertai Liverpool pada januari lepas, saya percaya di mempunayai kebolehan dan kemampuan"

"cuma kini hanya menunggu masa dan bagaimana kualiti dan kebolehan beliau dapat diperlihatkan sepenuhnya, dan aksi Andy semasa menentang Wolves di stadium Molineux dan sebelum ini semasa bertemu dengan United,kita dapat lihat sumbangan dan kualiti yang dimiliki oleh beliau"

"diharapkan kualiti momentum beliau kini akan berterusan"
Read more

2 MATCH Review : Wolves 0- 3 Liverpool




Sekali minggu yang baik kita tempuhi. pada kali ini kita berjaya menewaskan pasukan kendalian Mick McCarthy di gelanggang mereka di Molineux Stadium. Perlawanan kali kenny mengambil keputusan untuk merehatkan kapten kesayangan kita untuk memberikan laluan kepada beliau mendapatkan kecederasan beliau setelah mengaharugi perlawanan besar minggu lepas.


--Prestasi Carroll semakin meningkat, betul tak guys?--

Perlawanan awal pagi ini juga, menyaksikan dimana Kenny yang telah membuat lima perubahan jika hendak dibandingkan semasa menentang United, apabila Adam, Glen Johnson, Jay Spearing dan Craig Bellamy serta Kuyt Syang menjadi pilihan dalam line up utama perlawanan.


--Cermelang Bellamy semasa menjaringkan gol kedua perlawanan--

Walaupun kita turun tanpa Gerrard,pasukan mampu bermain dengan baik dan mampu mengecapai kemenangan yang pertama dalam kempen Liga Perdana sejak masuknya tahun 2012 ini. pada perlawanan ini jaringan pertama dijaringkan oleh adik carroll kita yang melengkapkan gol ke tiga peribadinya untuk musim ini. Gol tersebut melalui hantaran cross cantik oleh Adam yang memberikan ruang untuk Carroll menolak kemas untuk mendahuli tuan rumah.

Selepas gol tersebut, tempoh pemainan semakin dikuasai oleh The Reds, dan gol kedua muncul pada minit 61 perlawanan dimana C. Bellamy sekali membuktikan nilainya dengan menjaringakan gol, hasil ssist daripada J. Spearing. Dan hanya berselang 17 minit sahaja, Dirk Kuyt pula menambah derita tuan rumah dengan menjaringkan gol ke 50 peribadi miliknya dalam kempen Liga Perdana sepanjang beliau bermain di Liverpool.


--Kuyt meraikan gol ke 50 peribadi dalam kempen Liga Perdana--

Saya sememangnya gembira dengan kemenangan ini, dan melalui kemenangan ini kita berjaya menduduki tangga ke lima dalam tahta liga, dan apa yang paling mengembirakan saya(penulis) adalah Carroll kini semakin meningkat mutu permainanya. Diharapkan momentum yang diperlihatkan oleh si adik Carroll kita ini akan terus meningkat. ditambah pula selepas ini Suarez akan kembali beraksi, apabila tempoh penggantungannya tamat.

Serta diharapkan gandingan antara Carroll dan Suarez akan memberikan hasilnya untuk memastikan impian kembali ke liga Juara-juara tercapai.


Barisan pemain Liverpool :Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Enrique, Spearing, Adam, Henderson, Kuyt, Carroll, Bellamy. Subs: Doni, Aurelio, Coates, Downing, Carragher, Shelvey, Kelly
Read more

3 Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita"




Salam dan selamat sejahtera.

Hanya baru sehari sahaja kenangan manis kita semua menendang keluar si pasukan setan merah, dan hari ini tiba pula masanya untuk kita mengetahui undian bagi pusingan kelima pula.

Jujur saya katakan pusingan kelima ini adalah satu bantuan dan pertolongan kepada pasukan kita kerana The reds kini diundi untuk menentang pasukan level rendah. Dalam undian tersebut Liverpool akan akan bertemu dengan Brighton & Hove Albion F.C. Atau lebih dengan gelarannya "The Seagulls" a.k.a Burung camar. perlawanan ini dijangka akan berlangsung di gelanggang keramat kita Anfield iaitu pada tarikh 18 dan 19 Ferbruari bulan hadapan.

Disamping itu juga salah satu pasukan yang menerima undian mudah adalah pasukan Chelsea yang diundi menentang Birmingham City setelah berjaya menang keatas Queens Park Rangers dalam sebelum ini.

Namun begitu, jalan mudah yang dihadapi oleh pasukan kita ini. bukannya satu kepastian kepada The Reds untuk layak kepusingan seterusnya, seperti biasanya pasukan yang kecil inilah yang akan memberikan kejutan mahamega dalam suatu perlawanan.

Manakala bagi righton & Hove Albion FC kesempatan ini akan digunakan sebaik mungkin, sebagai misi membalas dendam atas kekecewaan mereka apabila tewas kepada kita dalam aksi pusingan ketiga Carling Cup pada awal musim ini.

Juga antara pasukan dari Liga Perdana yang layak adalah Tottenham Hotspur, Everton, Norwich City dan Bolton Wanderers. Berikut jadual penuh perlawanan pusingan kelima:-

FA Cup 201-2012 pusingan kelima
Liverpool v Brighton & Hove Albion
Everton v Blackpool/Sheffield Wednesday
Chelsea v Birmingham City
Crawley Town v Stoke City
Stevenage v Tottenham Hotspur
Norwich City v Leicester City
Sunderland/Middlesbrough v Arsenal/Aston Villa
Millwall atau Southampton v Bolton Wanderers (acf)
Read more
 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger