Siapa Saya



Sedikit Pengenalan Diri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada korang semua. Jika bercerita mengenai kehidupan dan pengenalan diri disebalik blog yang tidak seberapa ini. Saya nak bagitau sedikit mengenai diri saya yang hanya insan biasa. Nama penuh adalah Mohamad Amin Bin Zainal Adidin. Selalunya kawan-kawan memanggil saya Amin. Tetapi sejak mula masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kawan-kawan saya banyak memanggil saya Bob. Tetapi kepada sebenarnya saya tak kisah mana-mana pun tak pe. Kalau di dunia Internet mahupun di dunia blogger mahupun di web social Facebook saya lebih suka dikenali sebagai @Darion Daron. Dilahirkan di seremban Negeri Sembilan, tetapi sejak berumur 5 tahun saya sekerluarga telah berpindah dan menentap di Teluk Intan perak.
.

Latar-Belakang Pendidikan


--kini di UPSI di tahun akhir--

Kalau nak cerita pasal pendidikan, semasa tadika Kemas teluk intan, selepas itu bemula darjah satu saya mula bersekolah di sekolah SRK Saint Anthony Teluk Intan,sehingga darjah 3 sahaja, kemudian kerana kami sekeluarga terpaksa berpidah saya terpaksa bersekolah di sekolah baru di Sk Seri Langkap Teluk intan sehingga darjah 4 hingga darjah 5. Kemudian saya dipindahkan ke sekolah asrama rendah di sekolah rendah Sultan Abdul Aziz Teluk Intan sehingga tamat darjah 6. Semasa menempuhi alam sekolah menangah pula sejarah bermula di sekolah menengah kebangsaan raja Muda Musa tetapi disebabkan hal dimana sekolah tersebut terlalu jauh dari Rumah , saya hanya berada di sekolah tersebut sehingga pertengahan tahun sahaja, dimana kemudiannya saya memasuki sekolah yang lebih dekat iaitu Sekolah kebangsaan Abdul Rahman Talib Teluk Intan. Selepas tamat menengah rendah saya melanjutkan pelajaran ke sekolah menangah teknik Ipoh dan disana saya mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal “kononnya nak jadi jurutera la” tamat tingkatan lima saya, mendapat tawaran belajar di UTM untuk pengkhususan Kejuruteraan Mekanikal tetapi setelah di pikirkan saya akhirnya menolak tawaran tersebut. Dan akhirnya saya terpaksa hanya melanjutkan pelajaran di peringkat STPM di sekolah Menangah kebangsaan Seri Perak Teluk Intan, bagi menemani Ibu saya yang pada ketika itu sakit dan perlukan teman dan janggaan dari saya. Dan setelah tamat sesi Pra Universiti saya akhirnya memohon ke UPSI, dan pada mulanya saya tidak minat untuk menjadi guru dan sekaligus melanjutkan pelajaran ke UPSI dengan jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi , namun atas permintaan Ibu Tercinta saya akur. Dan kini semuanya Nampak mudah dan kini saya sedang dalam tahun 3 semesta 6 di UPSI. Jika panjang umur dan dimurahkan rezeki saya akan menjadi guru ekonomi kelak.


Bila Mula Menulis Blog

Pada mulanya blog ini dibina pada 15 August 2009 adalah bertujuan sebagai Blog menghebahkan berita dan koleksi download Movie namun, pada ketika itu saya hanya bertujuan sekadar mencuba dan untuk suka-suka sahaja. Untuk dipendekkan cerita impian itu terhenti setakat itu sahaja al maklumlah “hangat-hangat tahi ayam” dan blog ini saya tinggalkan dan lupakan hampir setahun, pada 20 August 2010, akibat daripada penurunan prestasi pasukan kesayangan kita, saya tertarik untuk menulis dan memberikan pendapat mengenai pasukan yang dicintai ini LiverpoolFC ini. Pada permulaannya saya agak takut kerana jika melihatkan kepada sejarah lepas saya ini selalu “hangat-hangat tahi ayam” apabila hendak menulis blog, namun secara tidak sedar dan tidak dirasai semakin hari semakin cinta dan suka serta saying kepada blog ini. Seolah –oleh jika tidak menulis dalam satu hari mengenai Liverpool rasa seperti tidak lengkap jadual hidup saya. Berkat dari kesungguhan dan segala usaha saya pada 21 Sept 2010, hanya sebulan selepas saya giat menulis blog mengenai Liverpool, admin blog.my-liverpoolfc.com menawarkan saya sebagai penulis di Blog tersebut, yang seperti kita semua tahu my-LFC merupakan salah satu website penyokong Liverpool terulung di Malaysia kini. Dan syukur kini sudah hampir 6 bulan saya secara konsisten menulis blog ini. Dan harapan saya semoga selepas ini saya akan terus menulis di Blog ini untuk menghebahkan berita dan perkembangan semasa mengenai Liverpool kepada rakan-rakan semua.

Sejak bila meminati Liverpool.

Pada pemulaan saya mengenai LiverpoolFC adalah semasa, kali pertama saya melihat perlawanan di TV apabila melihat kelibat pemain dua orang muda yang berbakat besar bermain di dalam satu pasukan yang sama, dua pemain ini adalah Gerrard dan Owen. Dan dekit itu adalah semasa saya hanya baru berumur darjah 5 iaitu sekitar tahun 1998. Masih ingat lagi pada waktu itu Liverpool ditakbir oleh Gérard Houllier dan pada ketika itu juga Robbie Fowler masih bermain untuk Liverpool. Walaupun pada ketika itu saya masih kecil dan tidak mengetahui apa sebenarnya itu erti bola sepak namun saya terus jatuh cinta kepada Liverpool, dan pada waktu sekarang perasaaan itu masih sama dan tidak pernah luntur dan harap selamanya tidak akan luntur dalam diri saya. Dan bila bercakap mengenai Liverpool hanya DUA @2 hajat yang ingin saya lunaskan ….. pertama saya ingin memakai Jersey yang ditandatangan oleh Steven Gerrard sendiri dan kedua, kalau boleh saya ingin terbang ke England, Anfield dan melihat sendiri bagaimana keadaannya melihat Pemain Liverpool bermain di Stadium dengan aksi secara langsung dengan kedua belah mata saya…..

Adakah ini menjadi kenyataan, siapa tahu kalau ada rezeki ada lah….. (YNWA)

comment 2 comments:

Anonymous said...

Salam perkenalan...saya pon baru je start blogging pasal Liverpool..sebab selalu ade je benda nak cakap..baik buat blog kan..at least kongsi pendapat dengan orang laen sekali..anyway..YNWA.

ini Liverpool! on October 4, 2013 at 2:19 PM said...

Halo, Bob. Nice blog, but you don't update it.
I run a Liverpool blog, it would be pleasure if you want to come visit and see if you can make an article or two for us. :))

YNWA

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger