Wikipedia mengenai Liverpool fc



Sejarah umum kelab

Merupakan salah satu kelab yang terawal ditubuhkan semasa era awal penubuhan Liga bola sepak (English football) di England. Sejarah awal penubuhan Liverpool bermula apabila berlaku konflik perselisihan pesefahaman antara Everton FC yang pada ketika itu dikenali sebagai St Domingo's F.C.

Individu terpenting dalam penubuhan Liverpool

John Houlding yang merupakan individu penting yang terlibat dalam penubuhan Liverpool dan bertempat di Sandon Hotel di Anfield beliau mengadakan perbincangan dengan pengurusan Everton F.C dan mengarahkan untuk keluar dari perkongsian stadium. Yang menyebabkan Everton bertukar stadium di Goodison Park dan sekaligus membolehkan Liverpool ditubuhkan secara rasminya pada 15 Mac 1892
iaitu 118 tahun yang lalu.


Pasukan pertama dalam sejarah LFC

Pada 3 September 1892, merupakan perlawanan pertama yang dimenangi oleh Liverpool semasa menentang Higher Walton FC dengan kemenangan 8-0. Selepas menamatkan saingan dalam Football League Second Division di tangga pertama akhirnya Liverpool berjaya masuk ke saingan First Division pada musim 1893–94 dan 28 April 1894 Liverpool tidak memandang ke belakang lagi dan pada ketika itu merupakan kemenangan pertama untuk saingan First Division semasa menentang Middlesbrough. Pada tahun 1901,Liverpool memperolehi kejuaran First Division yang pertama.

Iaitu pada 1958–59 sejurus selepas kekalahan kepada Worcester City FC, pada saingan FA Cup. Bill Shankly telah dilantik sebagai pengurus untuk menggantikan Phil Taylor. Dalam era pimpinan beliau, Shankly telah membuat bnyak sejarah dan tradisi tercipta, antaranya ialah tradisi “The Boot Room” yang dijadikan sebagai ruang untuk pengurus untuk berbincang tentang strategi perlawanan dengan para pemain sebelum memulakan perlawanan.

Tugu Bill Shankly di luar sebelum masuk ke Anfield

Bill Shankly semasa mentakbir Liverpool beliau telah berjaya mendapatkan FA Cup yang pertama dalam sejarah untuk Liverpool pada tahun 1965. Disamping itu juga, dalam 15 tahun pentakbirannya, beliau telah mendapatkan sebanyak 407 kemenangan dari 783 perlawanan, seri 198 dan 178 kalah.

Selepas Bob Paisley bersara pada 1983 tugasnya diambil alih oleh penolongnya iaitu Joe Fagan. Dalam tahun pertama kendalian Joe Fagan, Liverpool mendapat kemenangan League Cup yang kini dikenali sebagai Carling Cup, Football League First Division (dikenali Barclays Premier League) dan Champions League (Liga Juara-Juara). Dan ini merupakan sejarah tercipta di mana Liverpool adalah pasukan pertama yang memenangi 3 kejuaran dalam satu musim
.
Pada tahun 1985 iaitu pada sebelum aksi Final dalam kejohanan liga Juara-juara menentang Juventus di Heysel Stadium telah berlaku perkara yang tradis dimana akibat daripada perkara itu telah menyebabkan 39 orang terkorban. Dan disebabkan daripada perkara ini, Liverpool telah dikenakan tindakan larangan menyertai aksi di Liga Juara-Juara selama 5 tahun. peristiwa ini dikenang sebagai Heysel Disaster .

Dalam era kepimpinan Kenny Dalglish menjadi pengurus Liverpool dari tahun 1985 – 1991 iaitu selepas pengunduran diri oleh Joe Fagan. Selama 6 tahun kendalian Dalglish dia berjaya mendapat tiga kejuaran Liga dan 2 Piala FA. Dalam sekitar masa 15 April 1989, berlaku sekali lagi prestiwa yang sedih dan sekaligus meragut beratus kematian akibat daripada kejadian berlakunya runtuhan pada stadium semasa aksi perlawanan separuh aksi Piala FA menentang Nottingham Forest. Pertistiwa ini dinamakan Hillsborough Disaster yang sentiasa dikenang oleh penyokong Liverpool pada setiap tahun sehingga sekarang.

Manakala pada era Gérard Houllier sebagai pengurus Liverpool, juga berlaku banyak pencapaian telah dicapai anatara nya ialah pada tahun 1998–99 Liverpool mendapat treble dalam Piala tetinggi di Eropah. Iaitu squad pimpinan Houllier berjaya mendapatkan Piala FA, League Cup (Carling Cup) dan UEFA Champions League (Liga Juara-juara). Selepas itu pada tahun 2004 tampok kepimpinan pasukan diambil alih oleh Rafael Benitez sehingga penghujung musim 2009-2010.

Mula menjadi pemilik Liverpool sekitar musim 2006–07

Antara pencapaian semasa kepimpinan beliau adalah Champions League 2005, Super Cup 2005, FA Cup 2006, Charity Shield 2006. Pastinya jika dikenang pada era Benitez, pastinya kita akan teringat sejarah dimana aksi final Liga Juara-Juara di Istanbul semasa menentang Ac Milan, yang meyaksikan bagaimana kebangkitan Liverpool apabila ketinggalan 0-3 dan berjaya mengejar kembali kedudukan pada 3-3 dan seterusnya menang 3-2 dalam penentuan sepakan penalti. Kemudian akibat daripada persembahan buruk Liverpool pada musim 2009/10 akhirnya Liverpool memecat Benitez dan digantikan dengan Roy Hodgson sehingga sekarang.


NESV hadir untuk menyelamtkan Liverpool pada 15 October 2010

George Gillett dan Tom Hicks mula menjadi pemilik Liverpool pada sekitar musim 2006–07 dan menaburkan perlbagai janji kosong yang sebenarnya hanya untuk mengaut keuntungan apabila hendak menjual kelab. Dan pada October 2010, New England Sports Ventures (NESV) yang diketuai oleh John W. Henry mengambil alih Liverpool setelah banyak rintangan berlaku semasa proses pengambil alihan itu termasuklah pertembungan di dalam mahkamah.


Sejarah stadium (Anfield)

Anfield dibina pada tahun 1884 yang besebelahan dengan Stanley Park,yang pada mulanya digunakan oleh jiran jita iaitu Everton FC sebelum mereka ke stadium baru pada 1892 iaitu Goodison Park setelah berlaku pertikaian dengan pemilik tanah iaitu John Houlding.

Anfield gelanggang keramat Liverpool

Kapasiti penonton yang boleh ditampung di Anfield adalah sekitar 45,362 orang penonton dalam sekali masa. Jika dilihatkan kepada sejarah sebenarnya kapasiti penonton sekitar tahun 1990-an, sebenarnya Anfield mampu memuatkan sehingga 60.000, tetapi disebabkan kejadian bencana Hillsborough disaster pada 1989, maka keputusan untuk mengurangkan jumlah penonton kepada jumlah yang lebih sesuai iaitu sekitar 45,362. Hal ini dilakukan adalah untuk mengelakkan daripada berulangnya peristiwa dinding stadium runtuh yang menyebabkan kematian.

Shankly Gates yang penuh dengan sejarah

Pada Mei 2002. disebabkan penurunan kapasiti jumlah penonton dan pertambahan jumlah penonton , maka pihak pengurusan Liverpool telah merancang untuk membina stadium yang baru yang bertempat Stanley Park. Dan pada Julai 2004 pihak tertinggi pengurusan telah memberikan lampu hijau untuk membina stadium baru tersebut, ini diikuti dengan pelan tindakan pada September 2006, dimana Liverpool City Council ataupun lebih senang dipanggil majlis perancangan bandar di Liverpool telah bersetuju untuk menyewakan tanah dimana lokasi stadium baru tersebut hendak dibina selama 999 tahun.

Pada Februari 2007 diikuti pengambilalihan kelab oleh George Gillett dan Tom Hicks, dan kedua ahli perniagaan Amerika ini telah menyatakan pesetujuan untuk membina stadium baru dan mereka mahu memberikan dana yang secukupnya untuk mamastikan pembinaan berjalan lancar. Tetapi proses pembinanan mengalami sedikit masalah di mana pada Mei 2008 dihentikan kerana pemilik Liverpool pada ketika itu mengalami masalah hutang sebanyak £300 juta.

Pada 15 Oktober 2010 dengan kemasukan pemilik baru iaitu New England Sports Ventures (NESV) telah menyatakan hasrat mereka untuk menyambung kembali proses pembinaaan stadium.

Sejarah perkembangan home kits jersey

Jika dilihatkan kepada sejarah lampau pada aspek jersey yang pernah dipakai oleh pemain-pemain Liverpool. sememangnya berkemungkinan anda agak terkejut kerana pada awal penubuhan kelab warna Home Kit untuk Liverpool adalah berasaskan kepada warna biru. Anatara sebab mengapa pada era itu dipilih warna biru adalah kerana untuk mengikut jiran Kita iaitu Everton Fc yang turut juga memakai warna berasaskan biru. Dan warna ini digunakan sekitar tahun 1892 hingga 1896.

gambaran jersey pertama Liverpool

Dan selepas itu dengan secara rasminya Liverpool memakai warna merah sebagai warna tunjang dalam home kit jersey. Pada tahun 1955, berlaku lagi sejarah penting dalam pasukan dimana, pada tahun tersebut dengan secara rasminya liver bird diletakkan di setiap jersey yang dipakai oleh pemain Liverpool dan perkara ini berterusan sehingga sekarang.



Carlsberg merupakan penaja paling lama di Liverpool


Pada tahun 1979, setelah berlaku era profesional dalam setiap kelab yang bermain di Liga Perdana ketika itu, Liverpool Fc telah menerima tawaran untuk meletakkan logo penaja di Jersey kelab. Dan ini juga merupakan salah saltu sejarah dimana pada ketika itu Liverpool Fc adalah pasukan pertama dalam mana- mana kelab yang bermain di Liga Perdana yang mempunyai Logo penaja di jersey kelab.

Berikut adalah senarai penaja yang diletakkan di Jersey Kelab:

1979-1982 = Hitachi
1982-1988 = Crown Paints
1988-1992= Candy
1992-2010= Carlsberg
2010- = Chartered Bank.


Sejarah lagu You'll Never Walk Alone .

Asal usul sebenar lagu You'll Never Walk Alone yang selalu kedengaran dan dinyayikan oleh penyokong Liverpool adalah sebenarnya bedasarkan kepada persembahan muzikal di Broadway yang seperti sememangnya dikenali sebagai landasan insan seni teater untuk mempersembahkan persembahan mereka.

Pertama kali lagu ini, diperdengarkan di khalayak ramai adalah semasa teater muzikal yang benama Carousel dipesembahkan pada tahun 1945. Dan penyanyi pertama mendendangkan lagu ini adalah Christine Johnson Smith.


You'll Never Walk Alone simbolik rasmi kepada penyokong Liverpool di seluruh dunia

Bermula pada sekitar era tahun 1960 Liverpool dan seluruh penyokong Liverpool mula menggunakan lagu keramat ini sebagai acara rasmi sebelum squad Liverpool bermain di mana-mana perlawanan.

Dan pada 1963 dengan secara rasminya tiga ahli muzik yang terkenal di Liverpool iaitu Liverpudlian, Merseybeat dan Gerry & The Pacemakers pada era masa tersebut telah bergabung tenaga untuk membuat rakaman dan sekaligus menjadikan lagu ini sebagai satu simbolik kepada seluruh penyokong Liverpool. Dan perkataan You'll Never Walk Alone ini juga diletakkan di Shankly Gates yang merupakan pintu masuk utama untuk masuk ke stadium rasmi Liverpool iaitu Anfield.

Klik sini untuk mendengar lagu ini




Pencapaian/ anugerah


Football League First Division ( kejuaran Liga Perdana)
Sebanyak 18 kali kemenangan: 1900-01, 1905-06, 1921-22, 1922-23, 1946-47, 1963-64, 1965-66, 1972-73, 1975-76, 1976-77, 1978-79, 1979-80, 1981-82, 1982-83, 1983-84, 1985-86, 1987-88, 1989-90
European Cup Winners ( kejuaraan Liga Juara-Juara)
Sebanyak 5 kali kemenangan : 1976-77, 1977-78, 1980-81, 1983-84, 2004-05
FA Cup Winners (piala FA)
Sebanyak 7 kali kemenangan: 1964-65, 1973-74, 1985-86, 1988-89, 1991-92, 2000-01, 2005-06

League Cup Winners @ carling Cup (piala Carling)
Sebanyak 7 kali kemenangan ; 1980-81, 1981-82, 1982-83, 1983-84, 1994-95, 2000-01, 2002-03

UEFA Cup Winners ( Liga Europa)
Sebanyak 3 kali kemenangan : 1972-73, 1975-76, 2000-01

Kejuaran berganda:
Merupakan pencapaian kelab yang menang beberapa piala dalam satu musim secara serentak.

Doubles

1985–86 : League and FA Cup
1981–82, 1982–83: League dan League Cup
1976–77: European Double (League and European Cup)
1972–73, 1975–76 : League dan UEFA Cup
1980–81 : League Cup dan European Cup

Trebles

1983–84 : League, League Cup and European Cup
2000–01: FA Cup, League Cup and UEFA Cup


LFC Hall of Fame


Merupakan anugerah yang paling tertinggi dalam Liverpool FC, dimana sepanjang 1 dekad iaitu bersamaan dengan 10 tahun dua orang pemain dalam kalangan pemain yang pernah beraksi untuk Liverpool sepanjang tempoh itu untuk disenaraikan sebagai pemain yang terbaik dalam setiap 10 tahun untuk Liverpool. Setakat ini, sebanyak 22 orang pemain telah dipilih.

Serta pemain yang bakal dipilih itu tidak semestinya menjaringkan gol dengan banyak tetapi, segala aspek dipertimbangkan antaranya sumbangan kepada Liverpool semasa beraksi untuk Liverpool. Jika dilihatkan kepada senarai penerima Hall of Fame terdahulu. Penjaga gol pun boleh menerima anugerah tersebut.

Berikut senarai pemain

Central Defender
Alan Hansen 1977 - 1991
Jimmy McDougall 1928 - 1970
Alex Raisbeck C 1898 - 1909
Ron Yeats 1961 – 1971

Goalkeeper
Ray Clemence r 1967 - 1981
Matt McQueen 1892 - 1899
Elisha Scott 1912 – 1934

Left Midfield
Alan A' Court 1952 - 1964
John Barnes 1987 - 1997
Jack Cox 1897 – 190


Right Back
Ephraim Longworth 1910 - 1928
Donald MacKinlay 1910 – 1929

Right Midfield
Ian Callaghan 1960 - 1978
Arthur Goddard 1902 – 1914

Striker
Jack Balmer 1935 - 1952
Harry Bradshaw 1893 - 1898
Kenny Dalglish 1977 - 1991
Gordon Hodgson 1925 - 1936
Roger Hunt 1958 - 1969
Billy Liddell 1939 - 1961
Ian Rush Striker 1980 - 1996
Albert Stubbins 1946 - 1953

Kini antara calon yang akan diundi dan dipilih oleh lembaga pemilihan untuk memilih calon pemain yang bakal diberi anugerah Hall of Fame untuk dekad ini adalah Kenny Dalglish, Alan Hansen, Brian Hall, Phil Thompson and Ian Callaghan. Berikut adalah senarai calon-calonnya:

Xabi Alonso,Markus Babbel, Jamie Carragher, Jerzy Dudek, Steve Finnan, Robbie Fowler, Luis Garcia, Steven Gerrard, Dietmar Hamann, Stephane Henchoz, Emile Heskey, Sami Hyypia,
Dirk Kuyt, Gary McAllister, Danny Murphy, Michael Owen, Pepe Reina, John Arne Riise, Vladimir Smicer, Fernando Torres, Sander Westerveld.

Rujuk sini untuk maklumat lanjut


1892 - 1896
MAAF TIADA GAMBAR

William Barclay

dibawah kendalian beliau liverpool mendapat,
kemenangan sebanyak 77 daripada 127 perlawanan

KEJUARAN:
Second Division champions 1894, 1896



1892 - 1896

John McKenna

tarikh lahir:3 Jan 1855
tempat lahir:County Monaghan
warganegara:Irish

pencapaian :
Games:127
Games Won:77
Games Drawn:20
Games Lost:30
KEJUARAN:
Second Division champions 1894, 1896


1892 - 1896


Tom Watson

tarikh lahir:9 Apr 1859
tempat lahir:Newcastle-Upon-Tyne
warganegara:English

pencapaian :
Games:741
Games Won:328
Games Drawn:141
Games Lost:272
KEJUARAAN:
First Division champions 1901, 1906
Second Division champions 1905



1896 - 1915


David Ashworth

tarikh lahir:1 Jan 1868
tempat lahir:Waterford
warganegara:Irish

pencapaian :
Games:139
Games Won:70
Games Drawn:40
Games Lost:29
KEJUARAAN:
First Division champions 1922



1923 - 1928

Matt McQueen

tarikh lahir:18 May 1863
tempat lahir:Harthill
warganegara:Scottish

pencapaian :
Games:229
Games Won:93
Games Drawn:60
Games Lost:76
KEJUARAAN:
First Division champions 1923



1928 - 1936

George Patterson

tarikh lahir:1 Jan 1887
tempat lahir:Unknown
warganegara:Unknown

pencapaian :
Games:366
Games Won:137
Games Drawn:85
Games Lost:144




1936 - 1951


George Kay

MAKLUMAT PERIBADI
Date of Birth:21 Sep 1891
Birthplace:Manchester
Nationality:English
PENCAPAIAN:
Games:354
Games Won:140
Games Drawn:93
Games Lost:121
KEJUARAAN:
First Division champions 1947



Don Welsh 1951 - 1956



MAKLUMAT PERIBADI:
Date of Birth:25 Feb 1911
Birthplace:Manchester
Nationality:English
PENCAPAIAN:
Games:234
Games Won:82
Games Drawn:59
Games Lost:93



Phil Taylor 1956 - 1959



MAKLUMAT PERIBADI:
Date of Birth:18 Sep 1917
Birthplace:Bristol
Nationality:English
PENCAPAIAN:
Games:150
Games Won:76
Games Drawn:32
Games Lost:42


Bill Shankly 1959 - 1974


MAKLUMAT PERIBADI
Date of Birth:2 Sep 1913
Birthplace:Glenbuck
Nationality:Scottish
PENCAPAIAN
Games:783
Games Won:407
Games Drawn:198
Games Lost:178
KEJUARAAN:
First Division champions 1964, 1966, 1973
Second Division champions 1962
FA Cup 1965, 1974
UEFA Cup 1973
FA Charity Shield 1964 (shared), 1965 (shared) 1966, 1974,



Bob Paisley 1974 - 1983



MAKLUMAT PERIBADI
Date of Birth:23 Jan 1919
Birthplace:Hetton-le-Hole
Nationality:English
PENCAPAIAN
Games:535
Games Won:308
Games Drawn:131
Games Lost:96
KEJUARAAN :
First Division champions 1976, 1977, 1979, 1980, 1982, 1983
League Cup 1981, 1982, 1983
European Cup 1977, 1978, 1981
UEFA Cup 1976
European Super Cup 1977
FA Charity Shield 1976, 1977 (shared), 1979, 1980, 1982


Joe Fagan 1983 - 1985



MAKLUMAT PERIBADI
Date of Birth:12 Mar 1921
Nationality:English
PENCAPAIAN
Games:131
Games Won:71
Games Drawn:36
Games Lost:24
KEJUARAAN:
League Championship 1983-84
Milk Cup 1984
European Cup 1984


Kenny Dalglish 1985 - 1991


MAKLUMAT PERIBADI
Date of Birth:4 Mar 1951
Birthplace:Glasgow
Nationality:Scottish
PENCAPAIAN
Games:307
Games Won:187
Games Drawn:78
Games Lost:42
KEJUARAAN:
First Division champions 1985-86, 1987-88, 1989-90
FA Cup 1986, 1989
FA Charity Shield 1986 (shared), 1988, 1989, 1990 (shared)


Graeme Souness 1991 - 1994


MAKLUMAT PERIBADI
Date of Birth:6 May 1953
Birthplace:Edinburgh
Nationality:Scottish
PENCAPAIAN
Games:157
Games Won:66
Games Drawn:45
Games Lost:46
KEJUARAAN:
FA Cup 1992



Roy Evans 1994 - 1998



MAKLUMAT PERIBADI
Date of Birth;4 Oct 1948
Birthplace:Bootle
Nationality:English
PENCAPAIAN
Games:226
Games Won:117
Games Drawn:56
Games Lost:53
KEJUARAAN:
Coca Cola Cup 1995


Gerard Houllier 1998 - 2004


MAKLUMAT PERIBADI
Date of Birth:3 Sep 1947
Birthplace:Lille
Nationality:French
PENCAPAIAN
Games:307
Games Won:160
Games Drawn:73
Games Lost:74
KEJUARAAN:
FA Cup 2001
UEFA Cup 2001
FA Charity Shield 2001
UEFA Super Cup 2001
Worthington Cup 2003



Rafael Benitez 2004 - 2010




MAKLUMAT PERIBADI
Date of Birth:16 Apr 1960
Birthplace:Madrid
PENCAPAIAN
Games:350
Games Won:194
Games Drawn:77
Games Lost:79

KEJUARAN:
Champions League 2005
Super Cup 2005
FA Cup 2006
Charity Shield 2006

Roy Hodgson 2010-21 januari 2011


Kenny Daglish (22 January 2011- sekarang)



Sumber maklumat
  • Liverpoolfc.tv
  • wikipedia Liverpool_F.C
Sejarah Hillsborough disaster dan Heysel Stadium disaster









Salam dan selamat sejahtera. Pada hari ini bertarikh 15 April 2011, jika pada waktu dan hari yang sama bertempat di Liverpool, pastinya keadaan berada dalam keadaan suram kerana pada waktu ini dan tarikh ini pada 22 tahun lepas, telah berlaku kejadian yang benar- benar tragis dalam sejarah bola sepak Liverpool dan juga boleh dikatakan sebagai kejadian pengajaran kepada seluruh peminat bola sepak di England.

Sebenarnya saya (penulis) sudah lama ingin menulis entri berkaitan kejadian bencana Hillsborough Stadium ini. Sempena ulang tahun kejadian bencana ini, saya (penulis) ingin menulis dan menceritakan kepada anda semua mengenai sejarah rentetan bagaimana kejadian ini berlaku dan apakah kebenaran disebalik kejadian ini yang telah mengorbankan 96 orang dan ratusan yang cedera dalam kejadian ini.

Memahami kejadian ini adalah penting, kerana sebagai penyokong kelab kesayangan kita, adalah perlu untuk kita mengetahui kejadian ini supaya kita lebih tahu berkenaan sejarah kelab kesayangan kita ini.

Ceritanya bermula tarikh 15 April 1989 di stadium Hillsborough, yang pada ketika itu merupakan gelanggang rasmi bagi pasukan yang dikenali sebagai Sheffield Wednesday FC yang bertempat di Sheffield, United Kingdom. Pada waktu ini, berlakunya pertemuan antara Liverpool Fc menentang Nottingham Forest, dalam perlawanan separuh akhir Piala FA.

Untuk mengetahui dengan lanjut dan untuk mendalimi kejadian ini, adalah lebih baik saya menerangkan kejadian yang bernama Heysel disaster yang berlaku pada 29 May 1985. Iaitu kejadian ini berlaku pada 4 tahun sebelum kejadian bencana Hillsborough berlaku. Pada waktu ini, berlaku pertemuan antara Liverpool menentang Juventus dalam kempen perlawanan final piala “1985 European Cup Final” yang berlangsung di stadium Brussels Belgium.

Pada perlawanan itu, dengan pada tahun sebelumnya pasukan kesayangan kita telah memenangi UEFA Champions League yang kini biasa dipanggil oleh kita penyokong di malaysia adalah “ liga Juara-juara”. Dengan azam yang sangat kuat dan sangat kental pasukan kita mahu meneruskan kejayaan dengan menang kejayaan berturut-turut pada tahun 1985 pula. Dimana pada final liga juara-juara pada tahun 1984, Liverpool menewaskan A.S Roma dengan penentuan sepakkan penalti apabila perlawanan berakhir dengan seri 1-1 dimana pada ketika itu Phil Neal menjaringkan gol tunggal untuk Liverpool dan Roberto Pruzzo untuk A.S Roma.


--hillsborough disaster memorial--

Namun segalanya hanya tinggal kenangan dan kenangan pahit yang menjadi kenangan hitam kepada seluruh penyokong Liverpool pada ketika itu untuk melihat pasukan kesayangan mereka menang perlawanan ini. Disebabkan oleh bencana Heysel disaster ini. Dengan beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan ini bermula, seluruh pasukan telah dikejutkan dengan peletakan jawatan pengurus Liverpool pada ketika itu iaitu Joe Fagan, dan pada masa yang sama bermula lah keriar Kenny Daglish sebagai pemain dan pada masa yang sama menjadi pengurus kepada Liverpool pada ketika itu.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Heysel stadium, yang pada ketika itu boleh memuatkan sebanyak 50,000 orang penyokong. Menurut sumber yang boleh dipercayai pada ketika itu jumlah keseluruhan penyokong kedua pasukan yang datang adalah sekitar 60,000 orang, dan seperti yang telah saya nyatakan tadi jumlah keseluruhan penyokong yang boleh muat di stadium adalah 50,000 sahaja. Ini secara tidak langsung membuatkan berlaku lebihan sebanyak 10,000 orang penyokong.

Persoalannya disini bagaimana kejadian Heysel disaster ini oleh berlaku. Cerita nya bermula begini....

Sejarah kejadian Heysel disaster pada 29 May 1985.....

Sudah menjadi kebiasaan kepada perlawanan akhir, kebiasannya bahagaian stadium akan dibahagi kepada dua bahagian untuk memisahkan antara kedua penyokong pasukan.pada waktu ini penyokong Liverpool duduk di pintu X,Y dan Z manakala Juventus di pintu M,N, dan O.Dan pada satu lagi seksyen pintu Z - adalah tempat duduk untuk penyokong neutral.Tetapi disebabkan oleh kerana penduduk Brussels ramai imigran Itali @pendatang tanpa izin ,maka dengan itu bahagian yang pada mulanya untuk penontong dan penyokong yang neutral disitu dipenuhkan dengan penyokong Juventus.

Dengan pada perlawanan akhir pada tahun sebelum itu, menyaksikan Liverpool menewaskan A.S Roma, maka boleh dikatakan semua penyokong itali pada ketika perlawanan ini berlangsung ingin melihat pasukan dari itali menang dalam perlawanan akhir kali ini, kerana takut maruah mereka tercemar dan tercalar.

Disebabkan hal ini, berlaku kejadian dimana penyokong Juventus a.k.a pnyokong itali pada masa yang sama, telah melakukan kekacauan dan kekalutan di dalam stadium. Dipetik dari laman web tehtarikgelasbesar.blogspot.com dan juga daripada rujukan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Pada ketika itu.....

Penyokong yang berpihak kepada Juventus, memulakan tindakan ganas seperti membaling botol bir dan batu-batu ke arah penyokong Liverpool. Disebabkan tindakan dari penyokong Juventus ini juga lah, penyokong Liverpool pada ketika itu, semakin naik angin dan penyokong Liverpool bertindak balas menyerang penyokong Juventus.Apabila semua penyokong Liverpool bangun dan menyerang kembali penyokong Juventus maka suasana panik berlaku.Mereka berlari ke arah hujung stadium. Disebabkan berkemungkinan terlalu ramai penyokong di bahagian tersebut. Dan berkemungkinan terlalu berat, maka runtuhan pada struktur binaan stadium runtuh.

Disebabkan kejadian ini telah menyebabkan 39 orang penyokong terkorban dan 32 daripadanya terdiri daripada penyokong Juventus serta hampir 600 orang mengalami kecederaan. Dalam perlawanan akhir ini juga menyaksikan dimana, Liverpool telah tewas kepada Juventus dengan jaringan 1-0. Dimana jaringan tunggal itu dijaringkan oleh Michel Platini pada minit ke 59 perlawanan. Kini Michel Platini merupakan Presiden UEFA, dan juga salah seorang lagenda di pasukan kebangsaan Perancis dengan jumlah jaringan peringkat antarabangsa sebanyak 41 gol dalam 71 penampilan.

Impak berlakunya bencana Heysel Stadium disaster, seluruh kelab England telah diban selama 5 tahun dengan Liverpool tambahan 1 lagi tahun kepada Liverpool FC. Disebabkan hal ini juga lah banyak perkara berlaku, dan pada tahun 1985 ini juga adalah kali terakhir Liverpool masuk ke Liga juara-juara sebelum ke istanbul pada tahun 2005, dimana berlaku kejaiban dalam bola sepak eropah dimana Liverpool kembali mengejar Ac Milan yang juga pasukan dari Itali, apabila pada separuh masa pertama Liverpool ketinggalan dengan jaringan 0-3 kepada a.c milan, diikuti pada separuh masa kedua Liverpool bangkit dengan menjaringkan 3 gol dalam masa hanya 7 minit.

Berbalik kepada penceritaan utama berkenaan rentetan sejarah berlakunya Hillsborough disaster. Selepas empat tahun berlakunya bencana Heysel Stadium disaster, dengan pada masa yang sama Liverpool dalam proses ban untuk menyertai kejohanan di peringkat eropah. Dengan pada masa itu Liverpool dikendalikan oleh Kenny Daglish terus cemerlang dan gemilang dalam aksi dalam liga domestik. Dengan kejuaran berturut-turut menjadi juara Liga pada tahun “1985–86”,” 1987–88”, “1989–90” . Liverpool terus megah melebarkan sayap kejuaraan walaupun tidak boleh bermain di perlawanan liga peringkat eropah.

Diteruskan kejayaan demi kejayaan, Liverpool akhirnya telah ditakdirkan bertemu dengan Nottingham Forest, dalam perlawanan separuh akhir Piala FA pada tahun 1989. Perlawanan yang berlangsung pada tarikh hari (semasa entr inii ditulis) pada 15 April 1989. Mungkin anda semua agak terkejut mendengar nama pasukan ini” Nottingham Forest” merupakan pasukan antara yang terhebat pada era tahun 1980an. Dengan pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1988 pada peringkat yang sama iaitu separuh akhir piala FA, Liverpool menentang Nottingham Forest yang menyaksikan Liverpool menewaskan pasukan ini dengan jaringan 2-1. Mungkin disebabkan dendam dari pasukan Nottingham Forest ini, maka secara tidak langsung menyebabkan semanagat untuk membalas dendam adalah sangat tinggi.

Pada tahun selepas itu, dengan Liverpool kembali menentang Nottingham Forest serta pada pelawanan separuh akhir kedua dimana Everton vs Norwich City, dimana menyaksikan Everton menewaskan Norwich City (pasukan yang kini Daniel Pacheco dipinjamkan sekarang) dengan jaringan 1-0.

Menurut daripada sumber yang boleh dipercayai ...

Jalan antara Merseyside nak ke Sheffield itu ada kerosakan,dan pada masa yang sama berlaku traffic jam yang teruk di jalan tersebut.Perlawanan terpaksa ditangguhkan beberapa jam,sedangkan sudah ada beribu lagi penyokong Liverpool sudah berada di persekitaran Stadium Hillsborough. Pada perlawanan itu menyaksikan penyokong Liverpool telah diberikan di seat di Lepping Lane yang boleh memuatkan 15,000 orang.Manakala penyokong pasukan Nottingham Forest FC pula diberikan seat Spion Kop yang berjumlah 21,000 orang. Hal ini telah menimbulkan sedikit kekeliruan dimana, pada lumrahnya penyokong Liverpool lebih ramai daripada penyokong Nottingham Forest FC, dan secara metematiknya perlulahnya penyokong Liverpool diberikan lebih seat di dalam stadium ataupun untuk lebih bersikap adil perlulah jumlah tempat duduk di dalam stadium dibahagikan sama banyak dan sama rata.



Dan selepas itu berlakulah tragedi yang amat buruk dan menyedihkan.Setibanya mereka yang ramai sudah berkumpul di luar stadium dengan pada masa yang sama penghadang pintu tiket tidak berfungsi, maka pihak polis mengarahkan agar pintu pagar di sebelahnya dibuka. Pada masa yang sama tolak menolak untuk memasuki stadium pun berlaku untuk merebut masuk ke dalam stadium.
Tolak menolak ini menyebabkan mereka yang tersangkut di pintu tiket yang rosak tertolak ke arah meraka yang berada di depan.Dan didepan mereka yang sedang berhimpit-himpit itu ada satu terowong kecil menuju ke Lepping Lane.Dan pada masa yang sama Lepping Lane yang sudah penuh dengan penyokong Liverpool serta ditambah lagi dengan tekanan tolak lagi dari peyokong dari luar, telah menyebabkan Kejadian itu menyebabkan mereka yang di depan tertolak ke pagar dan pagar itu runtuh, dan penyokong tehumpan dalam padang sekali dengan skruktur stadium yang runtuh.

Sungguh menyayat hati dan memang mengerikan, bayangkanlah dengan niat yang baik dan niat untuk menyaksikan pasukan kesayangan masing-masing beraksi dalam perlawanan, tidak disangka-sangka bertukar menjadi tradigi menyedihkan dan kini kejadian ini menjadi ingattan kepada seluruh penyokong Liverpool mahupun penyokong Nottingham Forest , bahkan juga kepada seluruh penyokong yang meminati sukan yang bernama bola sepak di England kini.

Kejadian ini menyaksikan, perlawanan ini, ditanguhkan dan berlangsung pada tarikh baru pada 7 mei 1989 bertempat di Old Trafford, Manchester yang menyaksikan Liverpool menewaskan Nottingham Forest Fc dengan jaringan 3-1. Dan pada perlawanan akhir Liverpool menentang pasukan jiran kita iaitu Everton di Wembley Stadium, London- meyaksikan Liverpool menewaskan Everton dengan jaringan 3-2- Ian Rush menjadi wira Liverpool apabila menjaringakan gol kemenangan pada masa tambahan- dalam perlawanan 3 jaringan Liverpool dijaringakan oleh (Aldridge minit ke 4/ Rush minit ke 95 dan 104).

Disini saya (penulis) akan menyatakan sedikit kebenaran bagaimana boleh berlakunya budaya boikot The Sun dalam kalangan penduduk Liverpool. Dan rasanya anda semua pun dah tak larat nak baca entri yang yang terlalu panjang . oleh itu akan saya lakukan dalam bentuk penjelasan dalam bentuk video yang dipetik dari You tube. Hope kawan-kawan sudah memahami segala penjelasan yang panjang lebar dari saya, semoga semanagat untuk menyokong Liverpool akan semakin menebal dalam diri kawan-kawan semua . YNWA......

UNTUK LEBIH PAHAM MENGENAI BENCANA INI...
---------->













Sumber rujukan:
Wikipedia:

Hillsborough_disaster
Stadium_disaster
tehtarikgelasbesar.blogspot.com
dontbuythesun.co.uk
anfieldroad.com

PS: from penulis jika ada kesalahan ejaan dan kesalahan fakta sila betulkan saya.

comment 5 comments:

Seizer on December 16, 2010 at 5:03 AM said...

daron.. x sempat la saye zaman shankly ngan houllier.. houness pun tak.. :(

Darion Daron said...

yeke ..... xpe
yang penting sokong Liverpool

Anonymous said...

sapa2 ada season reviem liverpool di era2 KD,,sila info sikit kat sini,,,

Naim Kamiya on January 3, 2012 at 7:28 PM said...

John Arne Riise patut masuk hall of fame.
kalo kita tgk defend2 liverpool.
dier je yang slalu score.
rembat kencang,stamina tinggi.
cuma masa last zaman rafa dulu,dier buat 3 own goal..
paling diingati time UC Vs Chelsea.
tp sumbangan dier lagi banyak dari pada kesilapan dier.

Deanzofq on March 30, 2012 at 3:24 PM said...

WOW.. nice info bro.. :) YNWA

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger