"Hajat Aurelio menjelang Krismas"


Berikut adalah dipetik melalui sumber Liverpoolfc.tv yang menyatakan bahawa kini Fabio Aurelio membuat impian atau hajat supaya Liverpool berjaya mengutip mata semaksimum mungkin selama tempoh menjelang Krismas. Hal ini adalah untuk meletakkan Liverpool berada pada jalan yang selari untuk mendapat matlamat untuk menamatkan saingan pada tangga keempat untuk melayakkan pasukan beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.






Tambah Aurelio lagi....

"Jika mengikutkan kepada jadual perlawanan sebelum menjelang tahun baru, Liverpool akan bermain di dua perlawanan di Anfield dan satu perlawanan di tempat lawan".

Saya berharap agar Liverpool mampu untuk mengekalkan kecemelangan semasa bermain di Anfield.

“Kemenangan ini sangat penting kerana kami mahu mengutip sebanyak mata untuk terus berada dalam landasan kemenangan dan mencapai matlamat kami”.

“Sememangnya kami bermain dengan baik semasa di Anfield, tetapi kami bermain dengan sedikit tidak konsisiten semasa bermain di tempat lawan, dan kini kami sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut”

Maklumat tambahan....
Sejak kekalahan dengan Blackpool di Anfield, Liverpool tidak pernah tewas semasa bermain di Anfield dan dalam empat perlawanan di home Liverpool menang kesemua perlawanan dan berjaya menjaringkan sebanyak 10 gol dan hanya bolos sebanyak 1 gol.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger