Match Priview: Liverpool vs Tottenham



Selasa 7 February

3.55pagi - 6 pagi


channel 812/832






salam dan selamat sejahtera.

Minggu ini perjuangan akan diteruskan dalam kempen Liga Perdana, dan lawan kita minggu ini tidak lain tidak bukan adalah pasukan Putih Hitam yang sememangnya dihormati dan digeruni oleh mana-mana pihak lawan.

Dengan khabarnya Gerrard akan kembali serta diikuti come back dari Suarez yang sudah tamat menjalani penggantungan, pastinya harapan tinggi ditaruhkan oleh semua peminat The Reds untuk melihat kempen kemenangan diteruskan dalam big match kali ini. Disebabkan hal ini berkemungkinan besar Henderson akan dikeluarkan dari line pilihan, serta Spearing terus memangku untuk menggantikan Lucas dibahgian midfield defender.


--Kembali beraksi bersama setelah lama terpisah--

Manakala bagi kem lawan pula, Harry Redknapp pastinya akan kehilangan khidmat Van der Vaart yang masih cedera. Dan juga khabarnya pemain utama mereka seperti Kyle Walker,Defoe,Lennon dan si mamat panjang Adebayor dalam tak pasti akan diturunkan juga disebabkan kecederaan.

Namun begitu kunjungan Spurs ke Anfield kali ini tidak harus dianggap mudah, kerana kini mereka semakin kukuh setelah membawa beberapa muka baru dalam tranfers lepas. kehadiran Louis Saha dan Ryan Nelsen pastinya menjadi ancaman kepada gawang kita.


--pemain harus diikat, jika tidak padah menimpa--

Kehadiran mamat kereta kebal a.k.a Gareth Bale di kiri padang ditambah pula kelincahan Modric dan hantaran tepat dari Scott Parker benar-benar menjadi ancaman bahaya dalam aspek kawalan position tengah padang. Harapan saya (penulis)pengorbanan untuk membiarkan Carroll di bangku simpanan dan membiarkan kuyt bermain di bahagian tengah untuk membantu menyekat Bale,Modric, Parker di bahagian tengah. pada masa yang sama Suarez akan bergandingan dengan Bellamy di bahagian serangan.


--manakah pilihan kenny kali ini--

Untuk bab pertahanan pula. Agger,Sktel, José Enrique sudah pasti di akan diturunkan, cuma saya agak kurang pasti berkenaan bek kanan, samada Johnson atau adik Martin Kelly akan disenaraikan dalam perlawanan ini nanti.


-- setuju tak korang if Carroll dijadikan pemain simpanan dalam match kali ini--

Apa pun kita kene menang dalam perlawanan ini untuk mengejar kedudukan dalam liga dan juga sebagai penambah semangat sebelum bertemu United empat hari kemudiannya.

sekian YNWA....









comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger