Rangkuman berita terbaru (3.2.12---4.2.12)





Kembalinya Suarez si budak nakal dan Gerrard Kapten Fantastik

Pada hari ini menurut sumber LFCTV melaporkan bahawa, kapten kita Steven Gerrard bakal kembali ke skuad dalam perlawanan bertemu Tottenham Hotspur awal pagi isnin ini. Semasa perlawanan lepas, Gerrard terpaksa direhatkan kerana untuk memberikan ruang untuk berehat semperna perlawanan big match menentang Spurs di Anfield kelak.



--Kredit pic kepada Kelab Peminat (MALAYSIA)--

Perkhabaran gembira telah dilaporkan oleh LFCTV yang menyatakan bahawa tempoh penggantungan perlawanan yang dialami oleh Suarez sudah tamat, hal ini bermakna kita akan bisa kembali melihat aksi pemain kesayangan kita ini beraksi di atas padang semula.


--Suarez dan Gerrard--

Serta diharapkan dengan kembalinya Suarez7 ini mampu memberikan sedikit bantuan kepada pasukan demi membalas dendam atas kekalahan memalukan kita kepada Spurs pada awal musim ini. Ditambah pula, dengan peningkatan pertasi adik carroll kita, juga aksi memukau daripada Bellamy dalam tiga perlawanan sebelum ini, saya (penulis) yakin kita mampu memberikan tentangan kepada pasukan pelawat kelak.



Liverpool U19 diberikan peluang kedua


Squad akademi U19 Liverpool, menerima khabar gembira apabila berjaya layak ke peringkat seterusnya dalam pertandingan NextGen Series.

Walaupun pada asalnya squad Tottenham U19 yang berjaya melayakkan diri atas kemenangan tipis ke atas pasukan Liverpool U19 sebelum ini. Tetapi pada saat akhir squad Tottenham U19 pula mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan. Hal ini sekali gus memberikan ruang dan peluang kepada Squad U19 kita untuk meneruskan perjuangan di peringkat seterusnya.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger