Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita"




Salam dan selamat sejahtera.

Hanya baru sehari sahaja kenangan manis kita semua menendang keluar si pasukan setan merah, dan hari ini tiba pula masanya untuk kita mengetahui undian bagi pusingan kelima pula.

Jujur saya katakan pusingan kelima ini adalah satu bantuan dan pertolongan kepada pasukan kita kerana The reds kini diundi untuk menentang pasukan level rendah. Dalam undian tersebut Liverpool akan akan bertemu dengan Brighton & Hove Albion F.C. Atau lebih dengan gelarannya "The Seagulls" a.k.a Burung camar. perlawanan ini dijangka akan berlangsung di gelanggang keramat kita Anfield iaitu pada tarikh 18 dan 19 Ferbruari bulan hadapan.

Disamping itu juga salah satu pasukan yang menerima undian mudah adalah pasukan Chelsea yang diundi menentang Birmingham City setelah berjaya menang keatas Queens Park Rangers dalam sebelum ini.

Namun begitu, jalan mudah yang dihadapi oleh pasukan kita ini. bukannya satu kepastian kepada The Reds untuk layak kepusingan seterusnya, seperti biasanya pasukan yang kecil inilah yang akan memberikan kejutan mahamega dalam suatu perlawanan.

Manakala bagi righton & Hove Albion FC kesempatan ini akan digunakan sebaik mungkin, sebagai misi membalas dendam atas kekecewaan mereka apabila tewas kepada kita dalam aksi pusingan ketiga Carling Cup pada awal musim ini.

Juga antara pasukan dari Liga Perdana yang layak adalah Tottenham Hotspur, Everton, Norwich City dan Bolton Wanderers. Berikut jadual penuh perlawanan pusingan kelima:-

FA Cup 201-2012 pusingan kelima
Liverpool v Brighton & Hove Albion
Everton v Blackpool/Sheffield Wednesday
Chelsea v Birmingham City
Crawley Town v Stoke City
Stevenage v Tottenham Hotspur
Norwich City v Leicester City
Sunderland/Middlesbrough v Arsenal/Aston Villa
Millwall atau Southampton v Bolton Wanderers (acf)

comment 3 comments:

dear anies on January 30, 2012 at 8:58 AM said...

mmg nmpk mudah tp kita kena berhati2... lwn team bwhn ni liv agk sengal

Unknown on January 30, 2012 at 1:26 PM said...

Walaupun Brighton team bawahan. dapat melepasi ke pusingan ke 5 ni dah kira hebat. Lagi2 selepas mengalahkan pasukan EPL Newcastle. Harap nasib Newcastle tidak menimpa Liverpool pula....

Wan Gerrard on January 30, 2012 at 3:19 PM said...

bila dah tinggal 16 pasukan ni, semua hebat2 :)

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger