FA CUP : - Liverpool 2-1 Manchester United -



Minggu yang mengembirakan dimana sebelum ini kita berjaya berjaya menewaskan mak cik city dan dua hari kemudiannya sekali lagi geng puak Manchester berjaya ditendang keluar oleh kenny dan squadnya. Dengan kemenangan ini kita berjaya melayakkan ke pusingan ke lima. Dengan kemenangan ini kita sekali lagi membuktikan kepada dunia bahawa kita mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia. Dan membuktikan bahawa kenny adalah orang yang tepat untuk membina kembali kelab yang kita cintai ini.


-- Agger pemain terbaik pilihan--

Jaringan pertama perlawanan muncul pada minit ke-21 yang dihasilkan melalui tandukan padu Agger berpunca dari sepakkan sudut Gerrard. Dengan tempo permainan yang kian berubah selepas gol tersebut, akhirnya kita dihukum melalui jaringan penyamaan pasukan perlawat yang berpunca daripada gerrakan Rafael membuat umpanan hantaran pendek kepada Park Ji-Sung seterusnya membuatkan keadaan seri 1-1.

Memasuki babak kedua, kita sebagai pasukan tuan rumah mengambil insiatif serangan. Peluang terbaik untuk menjaringkan gol iaitu minit ke-58, apabila si adik Carroll hampir memberikan kepada pihak kita karana bola terkena tangan Chris Smalling dalam kewasan kotak penalti, tetapi pengadil perlawanan "Mark Halsey" menganggap tangan Smalling tidak aktif.


-- Hero dalam match kali ini--

Dirk Kuyt yang masuk menggantikan bek otai kita Jamie Carragher dan Charlie Adam dimasukkan untuk menggantikan Maxi Rodriguez. Didapati kemasukkan dua pemain ini membuat berjaya memberikan corak formasi The Reds yang telah berubah dari 5-4-1 menjadi 4-2-3-1. Serangan demi serangan diantara kedua pasukan terus di lakukan untuk memburu gol kemenangan.

Dan akhirnya Gol yang ditunggu The Kop akhirnya tercipta di minit ke-88. Daripada umpanan jauh Reina yang sempat mengenai kepala Andy Carroll, serta menyebabkan bola sampai ke Dirk Kuyt yang tak dikawal oleh kapten United, Patrice Evra.

Lalu the flying dutchman kita ini pun melepaskan tendangan half volley yang tak mampu ditepis De Gea. Melalui jaringan ini kita berjaya layak ke pusingan seterusnya sekali membuatkan seluruh penyokong Liverpool meraikan kemenangan ini dengan penuh kepuasan.


--muka kepuasan dari The Reds Fan "betul tak"--

Tidak dilupakan juga kepada wira kita diluar padang yang juga sangat bergembira atas kemenangan ini, apabila Suarez melonjak kegembiraan. maka tamat lah misi membalas dendam kita apabila pada tahun lepas dalam saingan piala FA kita ditewaskan geng2 Man U pada kali pertama kenny kembali semula menjadi pengurus di Liverpool ketika itu.



Liverpool: Reina,Skrtel,Carragher (Kuyt 63),Agger,Kelly, Henderson,Gerrard (Bellamy 72),Jose Enrique, Downing, Carroll, Maxi (Adam 63)

comment 5 comments:

Nazirul Mubin on January 29, 2012 at 7:58 AM said...

semalam gua rase puas giler mcm dah menang piala la pulak.. hehehe

dear anies on January 29, 2012 at 1:50 PM said...

setan da terpenyek warkakakakaka

p/s blog hang ada virus la

Anonymous said...

Len said..
game yang mendebarkan...sencond half yang paling mendebarkan...sedikit penglihatan pepe Reina terganggu disebabkan cahaya matahari..

football forecast on February 18, 2012 at 11:45 PM said...

Cups for Liverpool seem the best bet this season and maybe even next. They are a long way away from the Manchester sides in the league.

Jual Pulsa Online on September 30, 2014 at 10:15 AM said...

terma kasih infonya menarik sekali gan ..
sukses selalu juragan ..

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger