MATCH Review: Liverpool 0-0 Stoke City



"Masih lagi kebuntuan gol di gelanggang home pasukan kita, kali ini lawannya adalah stoke city. Dan sebagai penyokong setia pasukan ini apa yang pasti kita perlulah menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka"

Dengan kenny mengaplikasikan formasi 3-4-2-1 sama seperti formasi yang dipratikkan pada pertemuan sama musim lepas serta mengantikan Carroll dengan membawa masuk Kuyt untuk memimpin di barisan serangan, juga S. Coates yang memulakan permulaan pertama dalam kempen liga perdana untuk menggantikan Agger yang tidak dapat diturunkan. Diikuti juga kembalinya otai besar bro Carragher yang kembali disenaraikan dalam kesebelesan utama.

Pada awal permainan pasukan kita nampak sukar untuk menembusi kubu lawan, yang sememangnya terkenal dengan pertahanan yang maha fizikal, perluang terbaik yang terhidang untuk kita menjaringkan gol adalah melalui cubaan jarak jauh dari Gerrard yang melencong dari gol pelawat.

Separuh masa kedua tampak tempoh permainan agak seimbang dan kebanyakkan bola hanya berlegar di sekitar tengah pada, dan sepatutnya kita boleh menang dalam dalam perlawanan ini jika Kuyt berjaya menyempurnakan peluang yang terhidang dalam 13 minit terakhir perlawanan. Dan perkara itu tidak berlaku inilah sandiwara dalam bola sepak kemenangan, dan pujian hanya diakui bila kita menjaringkan gol dan menang dalam perlawanan dan sayangnya perkara ini tidak terjadi dalam kelendar semasa kita menentang stoke kali ini.

Apa yang saya (penulis) boleh simpulkan berdasarkan perlawanan kali ini........

"kita Liverpool Fc mempunyai kawalan bola dan kawalan dari barisan tengah yang mantap dan barisan pertahanan yang sangat kukuh. Namun pada dasar yang sebenarnya kita TIDAK mempunyai penyerang yang benar-benar sejati untuk menjaringkan gol. ini mengingatkan saya kepada situasi yang sama pernah berlaku pada Tottenham pada musim lepas, dimana pada ketika itu pasukan kendalian Harry Redknapp ini mempunyai barisan pemain tengah yang kelas dunia seperti Luka Modric, Gareth Bale, Aaron Lennon dan Rafael van der Vaart TETAPI mereka kekurangan penyerang sejati yang mampu menjaringkan gol secara konsisten"

"Hanya sejak kemasukan SI mamat panjang Emmanuel Adebayor yang dipinjam dari Manchester City pada awal musim ini, barulah pasukan dari utara London itu menjadi sebuah oraganisasi lengkap iaitu sebuah pasukan bola sepak yang benar-benar mantap. Yang dilengkapi melalui adunan daripada Pertahanan dan Midfielder yang menggerakkan pasukan bagi membuka ruang kepada Striker untuk menjaringkan gol"

Kesimpulannya atas penerangan diatas tadi, tanpa kehadiran Suarez yang digantung perlawanan, diikuti Kuyt yang masih mencari mood menjaringkan gol serta Carroll yang masih lagi mencari-cari identiti corak permainan untuk dirinya sendiri pastinya masalah kebuntuan gol terus akan menghantui pasukan kita yang dicintai ini. Dan saya pasti Kenny dan barisan jurulatih nampak akan pemasalahan ini dan sedang mencari jalan penyelesaiannya.


Liverpool: Reina, Johnson, Coates, Carragher, Skrtel, Enrique, Adam, Henderson, Downing, Gerrard, Kuyt. Subs: Aurelio, Carroll, Doni, Shelvey, Kelly, Flanagan, Bellamy.

"sekian dari saya YNWA......"



comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger