Jadual maut menanti dalam bulan ini....



Salam. Terlebih dahulu maaf diucapkankepada rakan semua, keranaboleh dikatakan sudah lama saya tidak menulis di blog ini, dengan masalah laptop problem, dan sedikit kesuntukkan masa yang perlu dikorbankan untuk menyiapkan tugasan tesis yang maha susahnya….

Anway dengan kembalinya Gerrard dari kecederaan panjang dan kemenangan bergaya pasukan kita semasa menentang Oldham Athletic kini kita diundi dalam perlawanan maha maut menentang si merah devil dalam pusingan Keempat Piala FA. Memang kalau hendak dilihatkan perlawanan ini boleh dikatakan sangat menarik perhatian semua orang. Tetapi agak tidak menyeronokkannya adalah kerana kita terpaksa menentang anak didik si pak cik Alex pada pusingan yang terlalu awal. Sebelum ini, kita melihat undian yang mengejutkan dimana Man u menentang City yang akhirnya berkesudahan berpihak kepada United.


Jujur saya katakan bahawa sungguhnya jadual pertemuan menentang United yang berkemungkinan berlangsung pada 28/29 Januari ini amat meletihkan para pemain, dan pastinya memeningkan kepala Kenny Daglish untuk memilih barisan pemain yang benar cergas dalam perlawanan ini. dan sebab inilah saya gelarkan jadual perlawanan keseluruhan untuk bulan januari ini boleh diberi nama Jadual maha maut.

Sebabnya kerana dalam masa kurang dari 3minggu kita dipaksa turun bermain 6 perlawanan dan tiga perlawanan tersebut melibatkan pasukan yang boleh dikatakan pasukan kelas dunia. Buktikanya kita akan menentang man city dalam kempen separuh akhir piala liga dan kini diikuti dengan kempen piala Fa menentang United. Cuma yang agak sedikit mengembirakan lokasi perlawanan akan dijalankan di Anfield. namun seperti biasa musim ini, rekod kita di semasa main di Home kurang memuaskan.

Harap Kenny mempunyai plan dan strategi bagi memastikan semua perlawanan dapat berlangsung dengan lancer. Mybe jugak ini mengukuhkan alas an untuk kelab membeli pemain yang boleh memberikan sedikit bantuankepada barisan pemain yang ada sekarang.

Sekian dari saya ….. YNWA

comment 2 comments:

dear anies on January 9, 2012 at 10:06 AM said...

bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian...

Darion Daron said...

tapi ini memang susah.... hehehehe... anway harap leh kalahkan dua team Manchester nie.... YNWA

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger