MATCH Review: Liverpool 1- 1 Blackburn



Perlawanan yang diadakan pada hari isnin boleh dikatakan agak pelik sedikit, kerana memberi laluan kepada sambutan hari Natal, secara tak langsung dimana pada kebiasaannya kita selalu dihidangkan aksi BPL pada hari sabtu dan ahad. Perlawanan kali ini dilabelkan sebagai perlawanan boxing day,- ataupun a.k.a perlawanan tinju ?kononnya la)

Sekitar permulaan perlawanan boleh saya katakan kita sememangnya gembira kerana melihat kembali kapten kesayangan di barisan simpanan Gerrrad sejak kali terakhir beliau beraksi pada oktober lalu. Secara overrole saya boleh labelkan perlawanan ini milik kita Liverpool. Dengan hampir keseluruhan kawalan bola di atas padang dikawal sepenuhnya oleh barisan pemain Liverpool. Cuma ada beberapa ketika sahaja pasukan pelawat berjaya memberi pressure apabila menyerang gawang Reina. pada masa pertama peluang terbaik untuk kita menjaringkan gol terhidang pada minit 27, dimana cubaan Carroll berjaya disekat oleh gollie Blackburn iaitu Mark Bunn.

Namun seperti biasalah kita selalunya kurang bernasib baik, walaupun mengawal tempo permainan, menyerang bertubi-tubi- bak kata kenny Daglish mase sesi tembu bual selepas perlawanan ?SAME STORY? Bagi kes Charlie Adam yang tidak sengaja terjaring gol sendiri pada minit2 akhir separuh masa pertama. Goal tersebut bukan pun salah adam, Cuma biasalah perkara ini biasa belaku dalam bola sepak, oleh tu terima je la.

Bermula separuh masa kedua, pasukan meneruskan attacking ke arah kubu Blackburn. Maxi Rodriguez menjadi penenang hati kita semua apabila sekali lagi beliau membuktikan dia adalah pemain sangat tajam menjaringkan gol, bahkan adam juga membalas kehampaan beliau dengan memberikan hantaran gol yang cantik untuk memberikan laluan maxi menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Pada minit ke 69 Gerrard dimasukan dengan mengeluarkan Adam sebagai key role permainan, sejurus selepas kapten kita dimasukkan nampak perubahan dari segi tempoh corak permainan berubah menjadi semakin laju dan banyak hantaran bawah di aplikasikan.

Apa yang saya nampak apabila adam mengerakkan jentera tengah pasukan- selalunya kita akan melihat hantaran lintang ataupun hantaran bola tinggi dilakukan- namun Gerrard pula nampak lebih aggeresif menyerang dalam hantaran bola bawah. Namun secara jujurnya selepas Gerrard dimasukkan bukan saya permainan nampak lebih flow, bahkan saya sendiri pun tiba2 jadi lebih bernafsu menonton perlawanan, dan saya tahu anda semua pasti rakan2 juga begitu juga kan!

Serangan demi serangan dilakukan ke kubu Blackburn namun, kekentalan barisan pertahanan blakburn memadam niat kita untuk mengumpul tiga mata dalam perlawanan ini. Secara tidak langsung menambahkan rekod seri kali ke kelima kita di Anfield dalam 6 perlawanan terakhir di stadium keramat kita ini.

Cuma saya(penulis) agak berasa sedikit pelik mengapa nasib terus-terus tidak menyebelahi kita, boleh dikatakan kebanyakkan nasib selalu sahaja menyebelahi pasukan pelawat apabila kita bermain di Anfield- manakah hilangnya aura stadium keramat kita. Dan kebiasaannya penjaga pasukan pelawat yang bermain di Anfield, tiba2 dirasuk hantu atau aura menjadi begitu cekap bila bermain di Anfield. Apapun saya masih lagi menganggap pasukan di bawah bimbingan kenny sekarang sudah berada pada tahap cermelang Cuma kita kehilangan sedikit sentuhan tajam semasa menjaringkan gol. bahkan kita banyak yang melabelkan pasukan kita kini pasukan yang mempunyai pertahanan terbaik setakat kempen saingan musim ini.

Apapun sememangnya kita berasa agak sedikit sedih apabila kita seri dalam perlawanan ini, Cuma yang membuatkan saya sedikit lega, apabila melihat kembali Gerrard dalam squad kini- tapi pada masa yang sama kita akan kehilangan Suarez bermula januari depan. Diharapkan kenny pasukan pelatih di mellwod ada jawapan untuk menyelesaikan masalah kebuntuan bahagian serangan apabila Suarez digantung 8 perlawanan kelak. serta mungkin juga ada pemain akan dibeli pada januari depan untuk memperkukuhkan squad kita dalam separuh masa kedua musim Liga perdana Januari depan.

sekian YNWA....

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger