Match Preview: Bolton vs Liverpool


Sun 22nd January 2012
Ch. 817/831

salam dan selamat sejahtera. untuk perlawanan minggu ini kita akan bertandang ke Reebok Stadium untuk turun beradu tenaga dengan anak buah Owen Coyle. jika dilihatkan pada keputusan semasa dan rekod semasa sememangnya menyebelahi kepada pasukan kita. walaupun aksi The Trotters nampak akak kurang memberangsangkan musim ini, kita sepatutnya tidak memperkecilkan pertemuan ini kerana apa yang penting adalah untuk membawa tinga mata berharga demi merialisasikan impian layak ke liga juara-juara musim depan tercapai.

menurut rekod pertemuan yang lepas dalam lima pertemuan lepas, pasukan kita sememangnya mempunyai rekod yang baik apabila menang empat kali dalam lima pertemuan terdahulu. jika benar apa yang dilaporkan bahawa kini Agger juga dikhabarkan sudah cergas untuk kembali dalam pasukan dan secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada pasukan di bahagian pertahanan.

manakala di pihak lawan pula, kem Bolton kini mengalami krisis kecederaan yang agak kritikal apabila kebanyakkan pemain utama mereka sedang mengalami kecederaan iaitu, Marcos Alonso (ankle), Ricardo Gardener (hip/thigh), Tyrone Mears (broken leg), Chung-Yong Lee (broken leg), Stuart Holden (knee) dan Sean Davis (knee). Dan juga kononnya Ngog akan diturunkan dalam pertemuan ini, pastinya ini akan membuatkan perlawanan ini agak menarik untuk disaksikan.

apa pun diharapkan rekod seri yang berpanjangan yang kita perolehi dapat dipadamkan dalam pertemuan ini, adalah diingatkan menang dalam pertemuan ini boleh dijadikan penyerap semangat sebelum turun menentang Man City pada pusingan kedua peringkat separuh akhir Piala Liga (Carling Cup).




PROBABLE LINEUPS:

Liverpool :-Reina Johnson, Skrtel, Agger, Jose Enrique, Henderson, Gerrard, Downing, Kuyt, Carroll, Bellamy
Bolton: Bogdan, Steinsson, Knight, Wheater, Rickett, Reo-Coker, Muamba, Eagles, M. Davies, Petrov, Ngog

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger