Caling Cup: Liverpool vs Man City (agg 1 - 0)


[Carling Cup]
Match : Liverpool vs Manchester city
Date : 26 Jan 2012
Day : Thursday
Time : 3:40 am
Venue : Anfield Stadium
Live : Astro CH817

salam dan selamat sejatera kepada semua mamat dan minah liverpooldian sekalian. Sedih memang sedih bila mengigatkan kenangan semasa kita menentang Bolton malam minggu lepas. tapi apa kan daya Bolton bermain cermelang malam itu dan kita pula "bak kata Kenny, aksi perlawanan yang terburuk sejak beliau kembali menjadi pengurus"... bahkan juga kenny juga mengatakan salah satu sebabnya adalah hampir semua pemain berada dalam tekanan yang memuncak untuk sebelum bertemu Man City dan Man United.

Bagi saya yang dah lepas, jadikan tauladan. apa yang penting terus memandang kedepan, iaitu perlawanan menentang si cik man city dalam timbal balik semi final Carling Cup. kalau nak ingatkan kembali aksi sebelum ini, kita harus berterima kasih atas jaringan gol penalti dari Gerrard di Stadium Etihad. Dan kali ini bertempat di Anfield kita pula akan melayan kunjungan depe untuk penentuan siapa yang akan melayakkan diri ke final Stadium Wembley bulan depan.

Bila menjenguk di kem City, kapten mereka Kompany masih lagi dalam tempoh penggantungan, maka berkemungkinan besar Stefan Savic akan turun sebagai penganti kepada beliau. Dan juga adik beradik Toure iaitu Yaya dan Kolo tidak dapat beraksi kerana terlibat dalam aksi antarabangsa. Jika melihatkan kepada keadaan anak didik Mancini nie, boleh saya katakan dua tonggak nadi di bahagian pertahanan mereka tidak beraksi. Hal ini mungkin sedikit ruang untuk barisan serangan untuk meloloskan diri ke dalam petak penalti mereka.

Dan juga di kem pasukan kita pula seperti biasa lah, Suarez masih digantung dan Spearing salah satu pemain di Defensive Midfielder tak pasti akan diturunkan, tapi tidak perlu dirisaukan kita masih ada Jonjo Shelvey yang berkemampuan untuk bermain di posisi tersebut.

Itulah serba sedikit perkembangan semasa kedua team, namun apa yang penting adalah aksi semasa perlawanan berlangsung yang akan menentukan segalanya, dan harus diingatkan kelebihan 1 gol yang berpihak kepada kita ini bukannya satu jaminan. Dan saya rasa anda pun tahu kemampuan mac cik CITY ini. Dan andaian saya(penulis) mengenai perlawanan ini adalah bergantung kepada kekentalan bahagian pertahanan kedua pasukan bagaimana menghalang asakan dari pihak lawan, kerana kedua pasukan akan mengasak sehabisnya untuk meletakkan keadaan team di dalam zone selamat untuk layak ke final. sekian YNWA.....

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger