Sasaran terbaru "Park Chu-Young"



Mungkin agak terlewat untuk melaporkan hal ini kepada anda semua. Berita yang dipetik dari LFCTV(Transfer Gossip) menyatakan bahawa kini, penyerang pasukan kebangsaan Korea Selatan, Park Chu-Young kini menyatakan hasratnya secara terbuka untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris.

Pemain yang kini berusia 26 tahun, dan juga sedang bermain di liga Perancis iaitu Ligue 1 untuk pasukan AS Monaco kononnya mahu menyertai pasukan kesayangan kita. Beliau yang pada musim lepas telah berjaya menjaringkan 12 goal sepanjang musim lepas telah menarik minat Damien Comolli.

Jika hal ini benar, adalah penting kepada Kenny dan Comolli bertindak pantas kerana kini, pemain asia ini juga menjadi buruan kelab jerman iaitu Schalke. Sekian YNWA

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger