Rumusan perlawanan menentang Valerenga




Secara jujurnya saya boleh simpulkan dalam perlawanan awal pagi tadi bahawa, masih banyak lagi yang perlu dilalkukan oleh kenny untuk memperkukuhkan squad bagi menghadapi musim 2011/2012 dengan lebih cermelang dan gemilang. Dan yang paling penting adalah semua pemain perlu lebih pantas mendapatkan keserasian yang tidak berbelah bagi antara semua pemain ketika di dalam pandang.

Hal ini kerana, walaupun banyak permain baru dibawa masuk oleh kenny pada musim perpindahan kali ini, dan saya juga setuju menyatakan bahawa pemain ini, iaitu Downing, Jordan Henderson dan Charlie Adam adalah pemain yang berkualiti, Cuma untuk sementara ini keserasian agak kurang menonjol, dan diharapkan agak semua pemain perlu pantas mendapatkan keseraian kerana jika musim sudah bermula 13 ogos ini.

Satu lagi perkara yang saya pasti anda juga bersetuju dengan saya, adalah si mamat double A “Alberto Aquilani” perlu dikekalkan dalam squad Liverpool musim ini. Hantaran pendek sememangnya menggerakkkan bahagian tengah pasukan kita, dan saya juga pasti kenny juga menyedari hal ini serta walaupun sekadar bermain 10 minit namun berjaya merubah rentak liverpool. Dan digabungkan Lucas dan Adam serta Downing di kiri dan kanan pastinya jentera tengah pasukan kita akan menjadi kereta kebal yang akan menghancurkan semua kubu pertahanan lawan dalam saingan musim Liga perdana kali ini. Sekian.... YNWA

PS; korang rasa betul tak pendapat (saya ) nie???....

comment 3 comments:

dear anies on August 2, 2011 at 10:02 AM said...

AA = plzzzzz stay!!!

Anonymous said...

aquaman please stay

rabunmerah on August 3, 2011 at 6:34 AM said...

aku tak ragu2 Liverpool boleh merobek pintu gol lawan setiap kali perlawanan....masalahnya sekarang Liverpool juga akan bolos setiap perlawanan jugak....

kene beli defender baru...kasi up skit semangat dengan line up baru. defender yang lama ni aku rasa dah jadi liability pada pasukan Liverpool...kalau penyerang pasukan lain tengok jer muka dorang semua akan ada satu semangat untuk score...lebih lebih lagi dengan keputusan2 sebelum ni...jadi Daglish kene lakukan sesuatu tentang tu....

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger