Kyrgiakos ke Wolfsburg (pertanda Cahill in coming)




Liverpool semalam telah mengesahkan bahawa pertahanan pasukan kita iaitu Sotirios Kyrgiakos telah menyertai Wolfsburg. Dalam perpindahan itu menyaksikan bahawa pemain antarabangsa Greece telah menandatangani selama kontrak dua tahun dengan kelab Jerman itu walaupun tiada bayaran yuran perpindahan diumumkan. Beliau yang menyertai Reds pada tahun 2009 dari AEK Athens iaitu semasa era pentakbiran Rafa telah berjaya menjaringkan 3 goal dan dua goal daripadanya adalah melalui tandukan yang dilakukan pada musim lepas.

Dengan perpindahan ini menyaksikan bahawa terdapat kesosongan dibahagian pertahanan tengah yang kini dihuni oleh Agger dan Carra, dan persoalannya disini adalak ini akan menjadi satu langkah awal yang dilakukan oleh pengurusan untuk membawa Gary Cahill atau pertahanan baru yang lebih muda dan bertenaga akan menyertai Liverpool sebelum tamatnya musim perpindahan kali ini.

Diharapkan agar kepimpinan kelab dapat mencari pengganti kepada abang soto.... sekian YNWA Kyrgiakos...



comment 1 comments:

KhaiRin on August 23, 2011 at 10:10 AM said...

jasamu dikenang...

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger