MATCH Review :Arsenal 0- 2 Liverpool



Hasil perlawanan yang sememangnya bukan yang seperti kita semua harapkan dimana, kita pada perlawanan kali ini menang dengan jaringan 1-0 hasil jaringan sendiri dari A. Ramsey pada minit 78 perlawanan. Namun apa pun keputusan ini sememangnya adalah keputusan kita semua tunggu-tunggu sejak sekian lama, dimana akhirnya dengan bantuan sedikit taktikal dari kenny yang menyimpan dahulu key player pasukan kita iaitu Suarez terlebih dahulu untuk memberikan impak khas dalam perlawanan kali ini.

Hasil dari pertukaran permain pada minit 71 perlawanan iaitu Carroll ditukarkan dengan Suarez manakala D. Kuyt dengan Raul Meireles sememangnya memberikan impak bermakna kepada kita semua pada perlawanan kali ini. Selain dari keputusan ini, saya penulis ingin mengatakan persembahan yang diperlihatkan oleh The Reds pada perlawanan kali ini, menunjukkan perubahan yang amat besar dimana pada musim sebelum ini, banyak pihak mengatakan persembahan Liverpool agak kurang menyerlah apabila bermain di tempat lawan. Namun apa yang dipertunjukkan pada perlawanan menentang anak didik A. Wenger ini , menunjukkan kita (liverpool fc) sudah banyak berubah dan saya penulis optimis bahawa jika prestasi ini diteruskan bahawa Liga Juara-juara akan bersama kita musim depan.

Manakala jaringan kedua hasil dari penyerang kesayangan jutaan peminat Liverpool , Luis Suarez pada minit ke 90. Kesimpulan yang dapat dibuat melalui perlawanan perlawanan ini jelas menunjukkan Kenny adalah individu yang paling tepat untuk membawa kembali Liverpool kembali gah sebagai kuasa bola sepak Eropah sedikit masa lagi.

Dengan kemenangan ini, kini Reds berjaya mengutip 4 mata dalam dua perlawanan dan diharapkan rentak kemenangan ini diteruskan sehingga tamat persaingan Liga . Sekian YNWA.

Barisan pemain:
Liverpool : Reina, Kelly, Enrique, Agger, Carragher, Lucas, Adam, Henderson, Downing, Carroll, Kuy
Subs: Doni, Flanagan, Skrtel, Meireles, Spearing, Suarez, Maxi

Arsenal: Szczesny, Sagna, Vermaelen, Koscielny, Jenkinson, Frimpong, Ramsey, Nasri, Arshavin, Walcott, Van Persie.


great start. suarez 2 goals in 2 games, musim ini dapat penjaring terbanyak lah Suarez. heheheh :D

comment 6 comments:

Anonymous said...

2-0 la

Anonymous said...

kate fan liverfool... xkan xtau liverfool menang brapa.... apa daa....

Andy Carroll on August 21, 2011 at 12:09 AM said...

TERBAIK!!

sale_ehs gerrard on August 21, 2011 at 3:17 AM said...

Walaupun bermain agak hambar, tetapi Liverpool dapat menggunakan kesempatan menentang 10 pemain untuk meraih kejayaan.

Kemunculan gandingan Suarez & Meireles telah menghidupkan permainan liverpool yang agak kucar kacir sebelumnya.

Tahniah Kepada Suarez yang telah menjaringkan gol menjadikan 2 gol dalam koleksi jaringannya.

Terima kasih juga kepada Ramsey diatas kesudiannya menjaringkan gol untuk Liverpool.

MOTM - Agger

KhaiRin on August 21, 2011 at 4:20 PM said...

awesome!

Anonymous said...

hampir2 lagi charlie adam score macam alonso...

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger