Jose Enrique milik Liverpool




Apa lagi yang hendak dikatakan, memang jelas ibarat sudah terang lagi bersuluh, bahawa musim ini pasukan kesayangan kita akan kembali mencabar gelaran tahta Liga Perdana musim ini, dan buktinya pada hari ini Kenny sekali lagi berjaya membawa pemain baru iaitu Jose Enrique dari Newcastle United. Dan yuran perpindahan adalah sekitar £6 juta.

Dengan kemasukkan Jose Enrique @ 'El Toro ini menyaksikan kini boleh dikatakan masalah bek kiri sudah selesai dengan kini, kelab mempunyai dua pemain di bahagian kiri iaitu Fabio Aurelio dan juga Jose Enrique.


Berikut adalah serba sedikit mengenai pemain yang berbadan sasa ini.

• Jose Enrique Sanchez Diaz dilahirkan di Valencia pada January 23, 1986.
• Dia digelar 'El Toro (Bull) a.k.a Lembu disebabkan oleh kelajuan dan kehebatan fizikalnya . jika mengikut sejarah nama ini diperolehi daripada salah seorang rakannya beliau di pasukan U21s Sepanyol.
• Enrique telah dipilih sebagai pemain terbaik Newcastle yang dipilih oleh peminat Newcastle pada Musim 2009-10
• Enrique membuat 36 penampilan untuk Newcastle pada musim 2010-11
• Enrique menyertai Magpies untuk £ 6.juta dari Villarreal pada bulan Ogos 2007
• Merupakan pemain kelima yang dibawa oleh kenny Daglish dalam musim perpindahan kali ini, selepas Jordan Henderson, Charlie Adam, Alexander Don dan Stewart Downing.


Fakta Leftback EPL berdasarkan statistik musim lepas:

Kejayaan gelecek (successful dribble):
Enrique 65
Baines 26
Evra 26
Cllichy 21
Cole 17

Kejayaan tackle
Enrique 84%
Clichy 81%
Evra 76%
Baines 74%
Cole 61%

Ketepatan cross
Baines 28%
Enrique 23%
Cole 20%
Evra 18%
Clichy 17%


Berikut serba sedikit mengenai Liverpool:

Lucas Leiva - Pemain Terbaik Liverpool 2010-11
Jordan Henderson - Pemain Terbaik Sunderland 2010-11
Jose Enrique - Pemain Terbaik Newcastle United 2010-11
Stewart Downing - Pemain Terbaik Aston Villa 2010-11
Charlie Adam - Kapten Blackpool dan Pemain Terbaik Blackpool 2010-11
Alberto Aquilani - Pemain Terbaik Juventus 2010-11
Luis Suarez - Pemain Terbaik Copa America 2011

Kredit to Liverpool Fan Club (Malaysia)

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger