Top four or win title ( realiti atau fantasi)




Sudah lama agaknya saya(penulis) tidak menulis artikel sedemikian untuk anda semua, dan pada hari ini saya akan turun tampil memberikan sedikit pendapat saya mengenai kedudukan kelab kesayangan kita ini, adakah realiti atau fantasi untuk melihat pasukan kesayangan kita ini kembali ke kedudukan big four ataupun lebih dari itu iaitu memenangi kejuaraan liga untuk musim yang menjelang tiba ini.

Sejak kedatangan semula kenny dan pembinaan semual kelab hasil usaha keras yang diterajui oleh owner yang diketui oleh John Henry, banyak kita saksikan perubahan yang berlaku dalam kelab kini. Namun persoalannya yang utamanya kita adakah, dengan perbelanjaan 100 juta yang digunakan mampu mengembalikan kembali kegemilangan kelab yang kita semua cintai ini.

Kemasukkan pemain berkualiti seperti Adam, Henderson*, Downing, suarez dan carroll sudah pasti akan memberikan impak positif kepada kelab, dan adakah ini sudah mencukupi untuk membina sebuah kelab yang mampu bersaing dengan kelab seperti united, City, Arsenal dan Chelsea.

Jika anda semua bertanya kepada saya(penulis) jawapan realistik dari saya adalah, kita hanya berkemungkinan mampu kembali ke dalam kedudukan big four sahaja untuk musim ini bukan nya hendak memperkecilkan kelab, tetapi saya rasa saingan yang terlalu sengit dari pasukan seperti Tottenham pastinya akan sedikit menggangu saingan untuk mendapatkan kejuaraan kali ke 19 untuk Liverpool.

Musim lepas kita menyaksikan United secara rasminya memintas kedudukan kita sebagai pendahulu kejuaraan, dan ini secara tidak langsung menyebabkan semua pihak @ individu yang mempunyai kaitan dengan Liverpool Fotball Club menerima impaknya.

Namun bukannya hajat untuk memenangi kejuaraan liga bukannya suau yang mustahil, dan apa yang diperlukan oleh kenny dan seluruh pemain adalah, sedikit keserasian dan masalah kecederaan pemain dapat diatasi maka tidak mustahil, keajaiban King Kenny akan berulang kembali dan beliau kenny akan membuktikan dia adalah The special one yang sebenarnya bukannya seperti yang digembar gemburkan bahawa si pak cik Alex Ferguson, (united) ataupun José Mourinho yang layak mendapat gelaran itu.

Memang betul juga apa yang dikatakan oleh Jamie Carragher bahawa....

" The most important thing isn't win title , but it's ¬Liverpool Football Club”

"I won't give up on his title-winning dream until the day i retires “

Betul tak kawan-kawan...

comment 2 comments:

dear anies on August 11, 2011 at 11:13 AM said...

xde title bkn bermakna berakhir nyer perjuangan...

nanana on August 13, 2011 at 7:16 PM said...

betul2...tapi..liverpool tidak boleh tidak mesti berusaha untuk jadi juara epl kali ni..kita tak mau terlalu lama M.U memegang gelaran terbanyak..sakit woo..kita bagi can M.U untuk tahun ni ajer...

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger