Andaian best formasi musim 2011/2012



Musim 2011/2012 akan bermula dalam sedikit masa lagi, dengan gabungan barisan pemain lama dan pemain baru seperti Jordan Henderson, Charlie Adam, dan Stewart Downing, pastinya kita sudah memikirkan akan berlaku sedikit perebutan tahta Possible Starting up bagi squad Liverpool musim depan. Selain itu kemasukan Alexander Doni sedikit akan membantu Reina di bahagian penjaga gawang Liverpool musim depan.



---siapakah bakal dimasukkan dan siapakah bakal disimpan---

Dengan kembalinya Steven Gerrard dan pulangnya Lucas dan Suarez dari cuti selepas aksi copa America serta kemasukan kembali Alberto Aquilani dari proses pinjamanmusim lepas, pastinya ini akan membuatkan Kenny lebih tertumpu kepada aspek formation dan corak permainan. Oleh itu pada hari ini (saya ) penulis, ingin berkongsi sedikit sebanyak pendapat saya mengenai andaian barisan kesebelasan utama Liverpool untuk musim yang bakal menjelma sedikit masa lagi.

Berikut adalah andaian formasi pilihan penulis....

1. formasi 4-4-2 ( English stail)



Barisan Kemungkinan pertama : Reina; Kelly, Carragher, Agger, Johnson; Lucas , Gerrard, Adam ; Downing, Caroll, Suarez

Seperti yang kita tahu, kenny telah banyak menghabiskan perbelanjaan mendapatkan pemain di dalam kalangan pemain Britsh kebelakangan ini, dan ini mungkin adalah faktor utama penentu kepada pemilihan formasi ini digunapakai untuk mengharungi musim depan .

Pemilihan formasi empat pemain di bahagian tengah, akan menggilapkan peranan Adam di bahagian kiri wing dan Downing di kanan wing, membolehkan banyak hantaran lintang dilakukan dari bahagian tepi bagi membolehkan bola sampai kepada Carroll yang seperti kita tahu cukup gemar hantaran bola tinggi. Manakala peranan gerrard di bahagian tengah digandingkan bersama Lucas cukup dinamik keranan, gerrard dan lucas boleh berbahagi peranan sebagai key role di bahagian tengah sebagai penggabung dan penggantar bola kepada suarez yang gemar membawa@ menggelecek bola di dalam petak penalti pasukan lawan.

Dan di bahagian pertahanan, seperti biasa saya(penulis) sememangnya menunggu kehadiran kembi Agger dan Kelly setelah pada penhujung musim lepas, mereka berdua tidak bermain kerana masalah kecederaan, dan bagi Carragher bertindak sebagai last man yang bertugas memberi perhatian kepada penyerang lawan supaya tidak mudah bergerak bebas dalam kawasan bahaya pasukan kita, serta Johnson seperti biasa yang merupakan bek kanan@kiri boleh sekali sekali naik untuk melakukan overlap bagi membantu peranan adam dan Downing di bahagian tepi.

Untuk mempelbagaikan lagi corak kawalan tengah, kenny juga boleh menggantikan pemain lain, contohnya

Barisan Kemungkinan kedua: Pepe Reina; Kelly, Skrtel, Carragher; Fabio Aurelio, Aquilani, Lucas, Meireles; Henderson, Kuyt , Suarez.
Ataupun /a.k.a

Barisan Kemungkinan ketiga : Reina; Kelly, Carragher, Agger, Johnson; Lucas , Aquilani, Downing,Kuyt, Carroll. Suarez


Posisi ini sesuai untuk menentang pasukan yang mempunyai tempoh perlawanan yang agak pelahan dan juga sesuai untuk bertemu dengan pasukan yang berada di kelompok pertengahan liga, seperti sunderland, aston villa dan blackburn.

Ps:
-mungkin agak pelik formasi ini, tetapi apa yang saya (penulis) jangkakan bahawa sebab utama Kenny membeli barisan pemain tengah dengan kadar yang berlebihan adalah untuk mempelbagaikan corak kawalan jentera midfield Liverpool, kerana seperti yang anda semua tahu bahawa jika sesebuah menguasai bahagian tengah maka pasukan tersebutlah mengawal tempoh perlawanan “ betul tak?? Kawan2”

2. Formasi 4-3-3 (kepantasan penyerang atau Style Barca)



Barisan Kemungkinan pertama: Reina; Kelly, Carragher, Agger, Johnson; Aquilani, Gerrard, Lucas; Downing, Kuyt, Suarez.

Cara ini boleh diibaratkan sebagai hasil peniruan dari formasi yang gemar digunapakai bagi pasukan yang suka bermain secara hantaran pendek dan larian pantas di bahagian wing.
Pengawalan di bahagian tengah merupakan kunci utama apabila menggunakan formasi ini, kerana formasi ini mengaplikasikan konsep bahagian tengah membawa bola dan menghantar ke penyerang yang sentiasa peka menunggu hantaran untuk menjaringkan goal.

Hal ini juga menyebabkan mengapa (penulis) mengandaikan bahawa Carroll tidak akan digunakan dalam formasi seperti ini, kerana seperti yang kita tahu, kuyt dan Suarez, gandingan mereka pada musim lepas lebih menampakkan hasil. Dan juga kuyt seperti yang kita tahu merupakan pemain yang sangat rajin dan lebih mudah lolos dari kawalan petahanan lawan berbanding Carroll apabila berada dalam padang serta hal ini memudahkan kuyt menyambut hantaran dari bahagian tengah dan sekaligus memberikan ruang untuk suarez bergerak bebas dalam kawasan penalti pihak lawan.

Selain itu untuk mempelbagaikan corak dan kawalan di bahagian tengah, Kenny boleh mengaplikasikan barisan pemain seperti dibawah.....

Barisan Kemungkinan kedua: Reina; Kelly, Carragher, Agger, Johnson; Aquilani, , Lucas; Downing,Adam, Kuyt, Suarez.


4-1-3-2 (gaya Classic Eropah)



Barisan Kemungkinan pertama:: Reina; Kelly, Carragher, Agger, Johnson; Lucas; Downing, Gerrard, Kuyt , Suarez; Carroll,.

Dirk Kuyt menunjukkan musim yang penuh dengan nilai sejak kedatangan Kenny Dalglish, sebagai pemain Belanda dan sebagai pejaring terbanyak untuk Liverpool musim lepas.

Menggunakan versi 4-1-3-2 yang selalu digunakan dalam pasukan Classic Eropah sebelum ini, dimana dalam formasi ini, meletakkan seorang pemain iaitu Lucas sebagai defensif midfield dan memberikan ruang kepada 3 pemain di bahagian tengah untuk bebas naik atau kekal berada di bahagian atccting midfiend untuk memberikan ketajaman bahagian serangan pasukan.

Dengan kedatangan pemain seperti Downing, adam dan Henderson yang cukup persis dalam hantaran tepat seperti kapten kesayangan kita Gerrard, pastinya tugas yang semasa di zaman era Rafa benitez akan berganti kepada salah seorang dari mereka.

Antara altenatif lain adalah menggantikan pemain baru kelab dalam formasi ini, dimana Adam menggalas sebagai defensif midfield dan

Barisan Kemungkinan pertama: Reina; Johnson, Carragher, Skrtel, Aurelio; Adam; Henderson, Gerrard, Downing; Kuyt, Suarez.

Versi kedua ini menggabungkan Kuyt dan Suarez dengan harapan membawa balik keajaiban kedua pemain ini semasa aksi menentang Manchester United Kuyt menjaringkan hatrik apabila mereka menunjukkan kombinasi antara suarez dan Kuyt tiada tolok bandingnya.

Bagaimanapun, ini hanya andaian saya (penulis) sahaja, kerana apa yang penting dalam sasaran untuk musim depan, adalah semua pemain tidak kira siapa sahaja, contohnya Joe cole, Ngog, shelvey, ataupun pemain muda lain dari akademi sekalipun juga dialukan untuk turut dipilih oleh Kenny kerana apa yang penting untuk sesebuah pasukan adalah keserasian dan kerjasama yang tidak berbelah bagi kerana dalam sukan bola sepak ini. Keserasian dan kepercayaan adalah kunci yang paling utama dalam menentukan hajat kita penyokong Liverpool ini, melihat kembali pasukan kita ini kembali memgegarkan dunia bola sepak eropah. Sekian dari saya Darion Daron

PS: kalau ada apa-apa yang nak tambah mengenai formasi ini, sila-silakan lah.... YNWA

comment 5 comments:

Mell fantasyonthego on August 3, 2011 at 3:09 PM said...

For everything english premier league and fantasy football...Malaysian style...
fantasyonthego.blogspot.com...Join our official league for the extra kick

mie on August 3, 2011 at 3:59 PM said...

pa pa formasi pun x kisah yg paling penting formasi itu mesti kena dengan player kita.

rabunmerah on August 3, 2011 at 6:03 PM said...

aku rasa setakat ni semuanya ok...pada aku secara peribadi Carrol adalah spoiler dalam team dari segi permainan lah..

aku dapat rasakan suarez memang tak leh ngam ngan carrol..

hu harap2 aku silap.....

Anonymous said...

andy carol belum serasi...harap peranan downing musim ini dapat menonjolkan lagi andy carol...YNWA :)

Anonymous said...

tak sabar nak tengok gandingan era Suarez dengan Aquilani + Lucas...pass & move...hantaran tepat & umpanan Aquilani semasa pramusim (liverpool freindly match) ada potensi untuk kop mengeggar kan epl 2011/12..

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger