Delima mendapatkan pemain pertahanan




Sejak kemasukkan kenny sebagai pengurus, banyak kita lihat perubahan demi perubahan berlaku di kelab, bahkan pada musim perpindahan kali ini juga Kenny juga membawa masuk muka baru seperti Jordan Henderson, Charlie Adam Alexander Doni and Stewart Downing. Namun sejak kebelakangan ini, semakin hangat memperkatakan bahawa kini Kenny dan Damien Comolli sedang sibuk mencari pemain pertahanan untuk melengkapkan perbelanjaan besar kelab dalam musim kebelakangan ini.

Dan jika diingatkan pada awal musim perpindahan, pasukan kita sangat sibuk mengejar pemain Phil Jones dari pasukan Blackburn Rovers, namun pada akhirnya, kita kehilangan pemain tersebut kepada United. Kini semakin hari semakin hangat diperkatakan di laman web sukan menyatakan kini Liverpool kembali melancarkan serangan bidaan kepada 3 orang pemain khabarnya untuk dibawa masuk ke dalam squad sebelum musim 2011/2012 bermula kelak.
Dan pemain tersebut adalah Jose Enrique (Newcastle ) / Scott Dann (Birmingham City)/ Gary Cahill (Bolton)/ Ryan Shawcross (Stoke City ).

Secara jujurnya pada pendapat saya (penulis) adalah benar juga segala spekulasi yang melanda ini, kerana jika dilihatkan pada perlawanan Asian tour dan perlawanan persahabatan jelas menunjukkan bahawa pasukan kita kekurangan kelibat pemain pertahanan.kerana seperti yang kita tahu pemain pertahanan Liverpool seperti Daniel Agger selalu mengalami masalah Injury dan Carragher kononnya sudah menuju ke alam persaraan dalam dua musim lagi.

Berikut adalah harga yang mungkin dibayar oleh Liverpool untuk mendapatkan pemain ini....

Jose Enrique (Newcastle ) --- sekitar £8 juta
Scott Dann (Birmingham City)/---- sekitar £12 juta
Gary Cahill (Bolton)----- sekitar £ 8- £12 juta
Ryan Shawcross (Stoke City ). ---- sekitar £12 juta

Diharapakan salah seorang dari pemain diatas berjaya dibawa masuk ke dalam squad kerana, pada masa ini kita memerlukan segala kekuatan dari semua posisi untuk membolehkan sejarah baru tercipta musim depan. Sekian YNWA

comment 2 comments:

http://aniesandyou.blogspot.com on August 4, 2011 at 10:31 AM said...

xsabo nk tggu mggu dpn

Wan Gerrard on August 4, 2011 at 11:54 PM said...

hmm rasanyer scott dann & enrique akan ke anfield

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger