Stewart Downing dan Alexander Doni dalam genggaman



Salam dan selamat sejahtera, dalam kekalutan pasukan kesayangan kita semua sedang mengikuti kempen jelajah asia. Kini kita pula menerima berita gembira yang menyatakan bahawa kini pasukan kita berjaya mengikat dua lagi bakal tonggak kepada pasukan kita ini.

Pemain ini adalah Stewart Downing dari Aston Villa dan Alexander Doni daripada kelab gergasi AS Roma. Bagi saya(penulis) yang mewakili semua penyokong Liverpool Fc di sini merasakan kini sememangnya pasukan kita akan berjaya dalam saingan musim depan dimana sebelum ini kita menyaksikan dimana Jordan Henderson dan Charlie (Adam) berjaya dibawa masuk.


Downing yang berusia 26 tahun dibawa masuk dengan yuran perpindahan sekitar £20 juta, Downing yang sebelum ini sudah pernah beraksi di Middlesbrough dan Aston Villa, beliau yang juga pemain sayap kiri untuk pasukan kebangsaan England sejak 2005.



Manakala Alexander Doni yang juga merupakan bekas pemain antarabangsa Brazil yang telah membuat 179 penampilan untuk Roma dalam enam musim tetapi bergelut untuk menguasai tempat permulaan yang biasa di Stadio Olimpico setelah ketinggalan Julio Sergio dalam squad kelab lamanya. Menurut,Damien Comoll yang juga merupakan pengarah director of football, menyatakan bahawa kehadiran Doni juga berperanan untuk membantu peningkatan prestasi penjaga goal muda di Liverpool.

Maklumat lanjut mengenai pemain ini akan dimaklumkan kemudian dalam entri selepas ini. Kerana penulis sibuk hendak pergi stadium petang ini malaysia vs The Reds.....










comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger