Aquilani dan masa depan di Liverpool




Walaupun agak terlewat boleh saya katakan mengenai hal ini, dimana pada hari ini yang dipetik dari web ESPNstar.com, Jurulatih Liverpool iaitu Steve Clarke menyatakan bahawa Aquilani akan mempunyai peluang untuk membuktikan peranan dan kehebatan di Liverpool kelak.

Jika kita lihat walau bagaimanapun, pemain yang kini berusia 27 tahun itu bergelut untuk mengekalkan prestasi permainannya p pada musim pertamanya di Liverpool, dan disebabkan itu beliau Aquilani telah dihantar atas kontrak pinjaman ke kepada Juventus pada musim lepas.

Namun jurulatih Liverpool , Steve Clarke telah menyatakan bahawa pemain ini akan kembali ke prestasi terbaiknya di Liverpool bermula musim depan di Anfield kelak.

Pada pendapat saya, memang benar apa yang diperkatakan oleh Steve Clarke, walaupun kini boleh kita lihat bahawa terdapat limpahan dari pemain tengah di kelab sekarang, namun setiap pemain mempunyai kelebihan dan kehebatan masing-masing. Sebagai contoh Adam dengan kakinya, gerrard dengan hantaran dan rembatan kencangnya serta positive attitude sebagai pembawa semangat pasukan.

Downing dengan larian tepi yang kencang dan side piecenya, Lucas dengan dan tackling dan hantaran pendeknya yang mengerakkan jentera midfield dan yang terakhir Raul Meireles, kemahiran perancangannya bola dari tengah terus kepada penyerang seperti carroll dan Kuyt.

Ini membuktikan secara tidak langsung kini, kelab mempunyai pemain yang berbakat yang pada bila –bila masa boleh digantikan mengikut kesesuaian perlawanan yang berubah apabila menentang pasukan yang berbeza. Dan ini juga akan menipiskan peluang ketiadaan pengganti hampir semasa pemain utama mengalami kecederaan yang panjang.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger