Kenali pemain " Stewart Downing"



--Taget utama Liverpool musim ini--

Masihkah anda semua ingat siapa pemain yang menutup pintu kelayyakan piala Europa semasa pasukan kita menentang Aston Villa penghujung musim lepas?. Dan pemain tersebut adalah Stewart Downing. Pada hari ini setelah, Liverpool mengesahkan bahawa Stewart Downing secara rasmi menjadi milik Liverpool, saya (penulis) dengan senang hati ingin berkongsi maklumat dengan anda semua serba sedikit mengenai pemain yang boleh dikatakan target no 1 Liverpool untuk musim perpindahan kali ini.

Berikut adalah serba sedikit mengenai beliau ...

Nama penuh: Stewart Downing
Tarikh lahir: 22 July 1984 (1984-07-22) (umur 26)
Tempat lahir: Middlesbrough, England
Posisi : Winger

Beliau memulakan perjalanan kearah pemain bola sepak pro di kelab Middlesbrough dan kemudiannya beliau diserapkan ke barisan sqaud senior untuk kelab tersebut bermula pada tahun 2001 sehingga 2009. Dalam hampir lapan tahun berada di kelab yang berpengkalan di Riverside Stadium, beliau Downing telah berjaya menjaringkan 17 goal dalam 181 penampilan untuk kelab tersebut.


-- pemain sayap yang bakal menyinar di Liverpool kelak--

Dan jika dilihat kepada statistik, semasa berada di Middlesbrough , Downing boleh dikatakan agak kurang menyinar dan kemudiannya pada tahun 2003 baliau dipinjamkan ke Sunderland untuk menimba pengalaman disana, semasa beraksi bersama Black cats belaiau telah berjaya menjaringkan 3 goal walaupun hanya bermain 7 penampilan sahaja.

Kemudian pada tahun 2009, Berikutan dari penyingkiran Middlesbrough dari liga perdana , Downing telah menjadi salah satu target utama bagi pengurus Aston villa ketika itu iaitu Martin O'Neill', dan Downing menjadi permain pertama yang dibawa masuk dengan yuran perpindahan sekitar £ 10 juta ke Villa Park. Tanpa menunggu lama semasa di Villa park beliau mula menjaringkan goal pertamanya di kelab tersebut semasa menentang Portsmouth di Fratton Park pada 1 December 2009.

Bermula di Aston Villa yang membuatkan pemain kidal ini, mula membuktikan bahawa beliau adalah pemain yang serba boleh, dan sana jugak lah, bakat sebagai wing yang pantas membawa bola serta dengan hantaran lintang membahaya mula membuatkan pertahanan mula gerun dengan beliau.


--Downing semasa di Aston Villa--

Manakala penglibatan beliau di peringkat antarabangsa bermula dari tahun 2005 lagi, debut pertama di dalam squad kebangsaan England pada 9 February 2005, semasa turun pada separuh masa kedua untuk menggantikan Shaun Wright-Phillips pada ketika itu. Dan kini bermula tahun lepas, semasa Capello mula mencari barisan yang terbaik untuk melayakkan diri ke peringkat pusingan akhir EURO 2012, Downing boleh dikatakan menjadi pemain sayap kegemaran Capello pada 12th October 2010 semasa menentang Montenegro.

Walaupun pejalanan beliau di Villa Park, beliau agak kurang menjaringkan goal dimana di kelab tersebut 9 goal dalam 63 penampilan di liga perdana. Namun seperti yang kita semua tahu beliau boleh dikatakan player maker @ perancang serangan untuk kelab tersebut hampir 2 musim semasa berada disana. Dan perkara inilah yang menyebabkan bahawa Kenny dan Damian Comolli mahu mendapatkan beliau kerana beliau mempunyai perwatakan dan kemahiran untuk menjadi wing yang bertugas menghantarkan bola melalui hantaran lintang kepada penyerang kita iaitu Carroll.
--

-- Ian Rush percaya Downing pelengkap kepada penyerang seperti Carroll--

Hal ini juga telah disokong oleh Lagenda Liverpool iaitu Ian Rush yang percaya bahawa Downing akan menjadi pelangkap kepada Andy Carroll yang menyertai Liverpool Januari lalu dengan harga £35 juta.

"Andy sukakan bola dihantar kepadanya. Diharapkan, Downing boleh memberikan hantaran yang betul.

comment 1 comments:

dear anies on July 19, 2011 at 9:38 AM said...

x lama lg birthday dia la..welcome downing welcome babeh!

Kerana LiverpoolFC episode 1

Kerana LiverpoolFC episode 2

Kerana LiverpoolFC episode 3

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger