Mengenai Henderson, Adam dan Flanagan...





Mungkin apa yang saya laporkan pada anda semua pada entri kali ini adalah satu berita yang sudah anda ketahui, namun sudah menjadi kebiasaan saya(penulis) untuk melaporkan hal ini kepada anda semua penyokong Liverpool Fc sekalian.



Dan beritanya adalah bahawa kini, dua pemain baru yang sudah menyertai pasukan kita iaitu Jordan Henderson dan Charlie Adam, dikatakan sudah rasmi ditetapkan no jersey meraka yang bakal mereka pakai di dada jersey pasukan kita pada hari hari-hari mendatang di Liverpool Fc kelak.

Menurut sumber dari LFCTV menyatakan bahawa Jordan Henderson akan memakai jersey bernombor 14 yang dahulunya jersey ini dipakai oleh dipakai oleh Milan Jovanovic manakala Charlie Adam akan memakai jersey No.26 yang dahulunya dipakai oleh Jay Spearing. Hal ini menyebabkan Spearing akan memakai baju bernombor 20.


--Sunderland= no10 kini The Reds no=14--

Dan berita lainnya adalah, kini pemain muda dengan bakat besar yang dilahirkan dari akademi Liverpool iaitu John Flanagan sudah menandatangani kontrak jangka panjang baru di Liverpool. Bagi pendapat saya(penulis), hal ini amat tepat dan beresuaian kerana seperti kita semua tahu bahawa pada musim lepas, pemain muda ini sudah berjaya membuktikan beliau sebenarnya layak untuk ditawarkan kontrak tetap di Liverpool atas sumbangan cermelangnya semasa ketiadaan pertahanan senior seperti Johnson dan Martin kelly musim lepas.


-- keep it up Flanagan --

Pada pendapat saya(penulis) pemain ini masih mempunyai peluang untuk terus meningkat kerana beliau masih muda dan banyak lagi kemahiran yang boleh beliau tajamkan. Serta saya (penulis) harapkan bahawa Flanagan akan terus cermelang dan terus bersaing dengan pemain lain untuk menjadikan impian beliau untuk menjadi seperti kapten kita Steven Gerrard dan Jamie Carragher yang juga berasal dari akademi Liverpool. Segalanya mungkin untuk anak muda ini dimasa depan untuk menjadi tunjang kepada kelab di masa akan datang.

comment 1 comments:

oranges21 on July 13, 2011 at 6:11 PM said...

Demi masa depan Liverpool...yeah kite sokonggg

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger