Liverpool tidak akan bayar lebih




Menurut Daily Mail, yang menyatakan kini pemilik Liverpool John W Henry menegaskan bahawa kelab kesayangan kita tidak akan membayar lebih terhadap seseorang pemain .

Hal ini telah diakui oleh pemilik kelab dan secara jujurnya saya (penulis) juga menyokong dengan apa yang ditegaskan oleh pemilik pasukan kita ini. Walaupun sebelum ini kelab kita telah terlibat dalam beberapa tawaran pemindahan yang terbesar pada tahun 2011, iaitu dengan melibatkan bayaran perpindahan terbesar untuk pemain England Andy Carroll serta Luis Suarez dan juga Jordan Henderson telah ditandatangani dengan bayaran gabungan £ 75 juta.

Mungkin ada sesetengah pemerhati bola sepak menyatakan bahawa apa yang cuba dilakukan oleh John W Henry dan pihak pengurusan kelan adalah satu risiko yang sangat tinggi dengan menawarkan harga yang tinggi untuk pemain seperti Carroll dan Henderson tetapi pada keadaan sebenarnya kedua pemain ini masih muda dan mempunyai potensi yang besar untuk menjadi pemain terbaik dunia kelak.

Disamping itu juga pada pendapat saya(penulis) apa yang cuba diperlihatkan oleh kelab adalah untuk membina sebuah kelab yang mengikuti ruang lingkungan parameter dari UEFA yang memperkenalkan peraturan baru iaitu Financial Fair Play rules. dan juga kita tidak mahu pasukan kita dilabelkan sebagai pasukan menang kerana wang seperti yang diperlihatkan oleh Manchester City.


--John W Henry "reds perlu merancang kewangan kelab"--

Kini Adam dari Blackpool itu Charlie, Downing dari Aston Villa Stewart dan Clichy dari Arsenal telah banyak disebut-sebut untuk membuat perpindahan ke Anfield pada musim perpindahan ini. Namun jujurnya semua ini masih lagi dalam perancangan dan percaturan dari pihak pengurusan.

Dan pada yang boleh kita sebagai penyokong kelab adalah terus bersama menyokong kelab sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Sekian YNWA kepada semua rakan-rakan The Reds.....

comment 1 comments:

Unknown on July 3, 2011 at 11:24 PM said...

langkah yg bijak!!lagi bijak buang player sampah

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger