Kevin Keen sebagai first team coach yang baru



Setelah baru beberapa hari Liverpool mengumumkan bahawa Sammy Lee meninggalkan kelab, pada hari ini pula Liverpool FC hari ini, kelab kesayangan kita ini mengumumkan bahwa Kevin Keen menyertai kelab sekaligus bergabung dan memegang jawatan sebagai jurulatih squad utama.

menurut sumber daripada web rasmi LFCTV menyatakan bahawa Kevin Keen sudah menandatangani kontrak selama 3 tahun, dan kini beliau sudah mula bergabung dengan tenaga pelatih lain dalam persiapan kelab dalam menjalani kempen pra musim sebelum bermulanya kempen liga perdana bulan depan.

Berikut adalah komen dari Kenny Daglish mengenai berita ini….
“Saya gembira bahwa Kevin sedia bergabung dengan kami untuk bekerja bersama Steve Clarke dalam perancangan semula pembinaan skuad utama. Kalau kita lihat beliau(Kevin) telah berkerjasama dengan baik dengan Steve di West Ham dan memiliki reputasi yang baik semasa disana:

Berikut adalah serba sedikit mengenai beliau:

Nama penuh adalah Kevin Ian Keen, kini beliau berumur 44 tahun dan dilahirkan pada 25 February 1967. Semasa penglibatan beliau dalam pentas bola sepak beliau juga pernah beraksi di West Ham, Wolves, Stoke City, Macclesfield dan Wycombe dan telah membuat hampir 600 penampilan. Manakala dalam perjalanan Coaching career, beliau bermula pada tahun 2001 apabila menjadi pengurus sementara di kelab Macclesfield Town dan kemudian banyak menabur bakti di di Upton Park iaitu kelab West Ham United.

Dan bagi pendapat saya(penulis) semoga dengan kemasukan beliau akan mencerahkan lagi harapan kita semua penyokong Liverpool untuk melihat kembali kelab kesayangan kita semua ini bangkit semula dan terus maju seantero dunia. Sekian dari Saya Darion Daron…. YNWA

comment 1 comments:

Anonymous said...

bro.. cm ane aq nk bli tiket liverpool? spe patot aq contact???

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger