Kini beralih semula kepada Enrique




Selepas tewas kepada Manchester City untukmendapatkan pertahanan kiri Gael Clichy , bos kita Kenny kononnya kembali mendekati Jose Enrique dari Newcastle. Al maklumlah kerana seperti yang kita semua tahu posisi pertahanan kiri sememangnya menjadi masalah utama yang dihadapi oleh kelab kita sekarang.

Menurut berita yang dipetik dari The Daily Mirror, harga yang mungkin ditawarkan adalah sekitar £ 8m untuk Enrique, yang kini berusia baru 25 tahun. Walaupun kini kita mempunyai pemain yang sedia ada iaitu Aurelio suka Fabio dan Paul Konchesky yang baru sahaja balik dari Nottingham Forest hasil dari kontrak pinjaman. Namun pada pendapat saya sememangnya kita memerlukan pemain yang lebih muda dan lebih pantas untuk bergandingan dengan Glen Johnson atau martin kelly di posisi bek kanan.

Dan adakah berita spekulasi benar atau tidak, kita masih tidak mengetahui nya, dan yang pastinya pihak pengurusan yang diketui oleh kenny mempunyai perancangan untuk kelab pada masa hadapan.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger