Kenali pemain “ Charlie Adam”


-- mungkin kah adam akan menjadi seperti kenny di Liverpool kelak??--


"Banyak menyebut bahawa dia adalah pengganti hampir kepada Xabi Alonso . "benar atau tidak penyataan ini anda yang menentukan dan masa yang bakal membuktikan" Berikut serba sedikit mengenai beliau......


Nama penuh adalah Charles Graham Adam, kini berumur 25 tahun dan dilahirkan pada 10 December 1985 di Dundee, Scotland. Dan seperti yang kita semua tahu beliau merupakan pemain yang bermain di posisi tunjang dimana- mana pasukan iaitu di bahagian Midfielder.


-- dilabelkan sebagai pemain paling berpengaruh di Blackpool--

Pada awal penglibatan beliau dalam kerjaya bola sepak, adam bermain di peringkat remaja adalah di pasukan Dundee F.C. yang berpengkalan di Liga Scottish First Division dari tempoh 1999–2003.selepas hari yang gemilang di pasukan tersebut, adam meneruskan kerjayanya di pasukan terbaik di Scotland iaitu di Rangers F.C. dalam penglibatan beliau di pasukan terbaik di Scotland ini, kerjaya beliau mengalami pasang dan surut dimana dalam tempoh 6 tahun iaitu dari 2003 hingga 2009 beliau banyak kali dipinjamkan ke pasukan lain disebabkan beliau kurang menonjol dari corak pemainan beliau.

Namun sehinggalah pada 2 February 2009, beliau dipinjamkan ke pasukan yang bermain di English Championship iaitu Blackpool, yang pada ketika itu pasukan itu dikendalikan oleh pengurus kelab ketika itu. Semasa dalam tempoh masa itu, kelibat dan prestasi adam semakin menarik perhatian pengurus The Seasiders,dan juga beliau juga boleh dikatakan sebagai watak utama mengapa Blackpool berjaya memasuki Liga perdana pada musim 2010/2011 kerana menjuarai English Championship pada musim sebelumnya. Dan disebabkan kehebatan dan watak dan prestasi pemainannya beliau akhir di bawa masuk secara rasmi di Blackpool 4 August 2009, dengan yuran perpindahan hanya £500,000 @ setengah juta sahaja .

Selepas itu dengan tekat untuk membantu kelab yang banyak membantu peningkatan prestasi pemainan beliau. Akhirnya Adam mengeluarkan kata-kata berikut sebagai janji untuk memajukan kelabnya pada ketika itu....

“"I'm proud that Blackpool paid out the sort of money that they did for me because they've never done it before. I want to repay them for that —and goals like the one against Forest can help me do it."

Dan seperti kita semua tahu, semasa musim lepas di Blackpool beliau amat cermelang membantu The Seasiders dalam pertandingan mengekalkan kedudukan di Liga perdana, dan juga masihkah anda semua ingat semasa kekalahan Liverpool di Anfield semasa menentang Blackpool pada tarikh 4 Oct 2010. Dimana pasukan kita tewas mengejut dengan jaringan 1-2 kepada Blackpool. Dan pada ketika itu adam yang menjaringkan goal pembukaan pada minit ke 26 melalui sepakan penalti. Dan pada musim lepas di Blackpool beliau berjaya menjaringkan 12 goal dalam 35 penampilan di pasukan lamanya. Dan diharapkan bahawa beliau akan terus cermelang, gemilang di Liverpool kelak.

Dan kini semuanya sudah menjadi sejarah dan kini sudah sah pemain ini yang penuh dengan bakat dan kejutan ini . dan juga untuk pengetahuan anda hasil tinjauan saya(penulis) pemain ini sudah menjadi pemain yang disebut-sebut bakal menjadi pengganti kepada Xabi" Alonso kedua dalam kalangan peminat fanatik Liverpool “ sebagai penghantar bola diseganap padang di Liverpool kelak”

-- semasa pemeriksaan perubatan di Liverpool --

Juga pada musim terakhirnya di Blackpool dia juga dicalonkan sebagai pemain terbaik tahunan iaitu Players' Player of the Year. Dan juga pemain yang paling berpengaruh di Blackpool pada musim lepas sama seperti kedudukan kapten kesayangan kita Gerrard di Liverpool.

---berikut videos yang dapat saya lampirkan untuk anda semua mengenai Adam---









comment 1 comments:

Sharinginfoz on July 8, 2011 at 5:27 PM said...

bertambah kuat le skuad liverpool

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger