Delima pemain lebihan dan Stadium baru Liverpool



Pada hari ini, benar apa yang selama ini kita semua sangkan bahawa kini, pelan jangka panjang Liverpool dalam permbikinan sedang berjalan dengan lancar. Setelah kemasukan Luis Suarez dan Andy Carroll pada januari lepas serta diikuti dengan kedatangan Jordan Henderson dan Charlie Adam. Ibarat sudah terang lagi bersuluh bahawa pasukan kita ini semakin hampir untuk maju dan terus maju.

Dan kini, Pengarah perancangan strategi bola sepak iaitu Damien Comolli telah mengesahkan beliau menjangkakan untuk melepaskan beberapa pemain yang boleh dikatogerikan sebagai pemain lebihan di Liverpool Fc untuk memberi laluan kepada muka-muka baru menyertai Anfield.

Bagi pendapat saya(penulis), pemain yang boleh diibaratkan sebagai pemain lebihan di Reds adalah seperti Milan Jovanovic, Paul Konchesky,Joe Cole dan Christian Poulsen. Yang boleh dikatakan sebagai pemain yang dibayar dengan gaji yang tinggi tetapi menunjukkan prestasi pemainan yang kurang memuaskan.


-- spekulasi mengatakan Jovanovic ingin keluar dari Reds--

Jika benar apa yang dirancangkan oleh Comolli ini untuk menunjukkan jalan keluar kepada pemain ini, maka secara tidak langsung memberikan ruang dan peluang untuk pemain lain untuk menyertai Liverpool pada masa depan kelak. Melalui kemasukan pemain baru yang lain, akan secara langsung mengatasi masalah yang pengganti hampir yang pernah saya ulaskan dalam entri sebelum ini. Dimana pada ketika itu saya(penulis) mengatakan bahawa pasukan kita pada ketika entri itu ditulis tidak mempunyai pengganti hampir yang benar layak menggantikan tempat bagi pemain di barisan squad utama serta tiada lagi kebergantungan kepada Gerrard.

maklumat lanjut baca disini


--joe cole pemain yang bergaji tinggi di Liverpool--


Dan kini pula, dan semakin heboh mengatakan bahawa, pemilik pasukan kita iaiatu John henry mempunyai cadangan untuk membina stadium baru untuk mengantikan stadium sedia ada. Ini secara langsung ada pro dan kontranya. Dimana pada pengetahuan kita semua Anfied adalah stadium keramat untuk kita semua yang bergelar penyokong Liverpool dan iainya boleh diibaratkan sebagai rumah kedua bagi sesetengah penyokong dan penduduk di bandar Liverpool

.
--Stanley Park pe pendapat korang??--

Bukan masalah ini yang saya ingin bangkitkan, namun dengan kata-kata dari henry itu jelas menunjukkan bahawa kelab yang bernama Liverpool FC ini sedang menuju ke puncak kegemilangannya semula. Dan ini lah yang ditunggu-tunggu oleh semua penyokong The Reds tidak kira dimana sahaja anda berada.

comment 1 comments:

Unknown on July 8, 2011 at 11:22 PM said...

You'll Never Walk Alone!!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger