Johnson sign kontrak lanjutan



Lagi satu berita baik yang kita dengar untuk hari ini, dan berita itu adalah mengenai pemain berjersey n0 2 kita iaitu Glen Johnson pada hari ini yang telah meletakkan pen diatas kertas dan sekaligus menandatangani kontrak lanjutan di Liverpool.

Beliau yang juga merupakan pemain antarabangsa England dan juga bekas pemain Portsmouth. Sejak menyertai Liverpool Glen telah tampil sebanyak 70 penampilan untuk The Reds. Menurut pendapat saya (penulis), dengan kontrak baru yang dilanjutkan oleh Glen ini adalah benar bermakna dan sekaligus menyatakan dengan jelas bahawa kini Liverpool sedang dalam proses pembikinan untuk squad dan pemantapan squad dalam plan jangka masa panjang.

Dalam penampilan untuk Reds, Glen telah berjaya menjaringkan 5 goal dalam penampilan di dalam Liga Perdana walaupun beliau pada kebiasaannya bermain diposisi pertahanan kanan atau kiri.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger