Stewart Downing semakin hampir



Berita yang semakin hangat diperkatakan kini, Stewart Downing dan aston villa bersedia membuat tawar menawar untuk menyertai Liverpool. Dan menurut sumber yang diperjelaskan dalam laporan yang dipetik dari web Dailymail yang menyatakan bahawa Villa Park hanya sedia melepaskan pemain kebangsaan England ini hanya dengan harga £ 19 juta.

Pengurus Villa iaitu Alex McLeish tidak mahu kehilangan Downing tetapi dengan hanya menjula pemain sayap ini sahajalah yang membolehkan pasukan kedalian beliau memperoleh bajet yang mencukupi untuk membina squad yang baru.

Menurut web tersebut juga, McLeish telah menyatakan dengan jelas dia tidak dapat menafikan bahawa sukar untuk menjual Downing ke Liverpool tetapi dia mempunyai rancangan untuk membawa masuk perancang dan sayap Wugan iaitu Charles N'Zogbia.

Bagi pendapat saya (penulis) Aston Villa akan lepaskan Downing dengan harga 19 juta dan harga ini adalah boleh dikatakan sebagai berpatutan berdasarkan penglibatan pemain ini di pasukan kebangsaan dan berdasarkan kebolehan pemain ini. Juga ditambah bahawa kini pasukan kita sedang mengalami krisis untuk mendapatkan pemain sayap yang boleh menjana jentera serangan kita pada musim depan.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger