Dua pemain muda sasaran Kenny

Dengan sebelum ini, sejurus pasukan kesayangan kita berjaya membawa masuk pemain muda dengan bakat besar Jordan Henderson daripada Sunderland. Kini pengurus kesayangan kita juga telah kembali menyatakan komen yang pastinya akan mengembirakan kita semua, dimana dalam komen yang dinyatakan oleh Kenny Daglish berbunyi.....

“there is more to come”

Dengan kata-kata ini juga disokong daripada pengarah urusan, Damien Comolli yang merupakan individu yang menyokong Kenny dalam urusan perpindahan pemain. Pastinya kita semua akan sentiasa berdebar siapakah lagi pemain yang akan dibawa masuk ke dalam squad Liverpool musim depan.

Disini saya (penulis) akan memberikan anda semua sedikit informasi kepada anda semua mengenai pemain yang kini semakin hangat dikaitkan dengan pasukan kita ini. Pemain tersebut adalah:

Pertama......

Phil Jones

Pemain yang kini bermain untuk pasukan Blackburn Rovers dan juga pemain yang bermain di posisi pertahanan ini juga sedang dalam perhatian utama dari musuh utama kita iaitu Manchester United . Dengan khabarnya kini Liverpool sudah membuat tawaran kepada Blackburn iaitu sekitar £22 juta ternyata kita sudah mendahuli pasukan lain yang kononya mahu mendapatkan pemain ini.

Juga menurut sumber dari web Daily Mail menyatakan bahawa kini Arsenal juga sudah menawarkan harga kepada pemain ini sekitar £16.5 juta. Manakala Chelsea juga kini sedang mencari pengurus baru untuk kelab tersebut juga menyatakan pendirian untuk mendapatkan pemain ini.

Pada pendapat saya (penulis), sememangnya pemain ini bagus sebagai sandaran untuk digantikan dan diserapkan kedalam squad Liverpool musim depan. Namun apa yang membimbangkan saya adalah saingan dari Manchester United yang juga berminat untuk pemain ini. Namun segalanya adalah mungkin kerana walaupun kita tidak bermain di liga Juara-juara seperti United, Arsenal dan Chelsea. Kita Liverpool tetap dan selamanya akan dilebelkan sebagai salah sebuah kelab yang terhebat di dunia. Harap apa yang dirancangkan oleh Kenny dan Comolli mempu membuahkan hasil dan sekaligus membawa pemain ini kedalam squad Liverpool musim depan.


Kedua........

Connor Wickham

Juga merupakan prospek terhangat untuk musim ini, pemain ini yang kini sedang bermain di European U-21 Championship di Denmark. Bersama pemain baru pasukan kita Jordan Henderson. Menurut laporan juga daripada web Daily Mail menyatakan bahawa kini Reds sudah menawarkan tawaran kontrak kepada pasukan Ipswich Town untuk mendapatkan pemain ini. Dan harga yang diminta oleh pasukan Ipswich Town adalah sekitar £ 11 juta.

Pemain yang kini hanya berumur 18 tahun, juga menjadi rebutan dari pasukan Sunderland yang dimana juga berminat untuk mendapatkan penyerang muda dengan potensi besar ini. Diharapkan agar kenny berjaya mendapatkan pemain ini. Demi melaksanakan hasrat pemilik pasukan John Henry untuk membangunkan pasukan dengan pemain muda .

comment 2 comments:

Anonymous said...

Dah hilang Jones bli lah Sakho

Unknown on June 14, 2011 at 2:02 AM said...

Rodwell dri everton pon ok gak!!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger