agent Cristian Zapata ;" sahkan bahawa Liverpool berminat untuk mendapatkannya"



Salam dan selamat sejahtera, pada hari ini dipetik dari web sukan Goal.com menyatakan bahawa kini Cristian Zapata sudah sah menjadi taget utama The Reds untuk dibawa ke dalam squad musim depan. Dalam web itu juga menyatakan bahawa kini agen kepada pemain ini telah mengesahkan bahawa memang benar Liverpool berminat untuk melakukan rundingan untuk mendapat pemain dari kelab Udinese ini.

Namun rundingan untuk tawar menawar belaku mungkin berjalan dengan kadar yang pelahan kerana pemain ini sedang sibuk dengan persediaan untuk kejohanan Copa Amerika. Pemain ini yang juga merupakan pemain kebangsaan Colombia yang juga bermain diposisi pertahanan, dijangka akan menjadi pengganti jangka panjang kepada penolong kapten kita iaitu Jamie Carragher.

Pemain yang kita hanya baru berusia 24 tahun, berkata dia bersedia untuk mempertimbangkan kedudukannya untuk menyertai Liverpool musim depan. Dan juga kini sedang hangat diperkatakan bahawa Bayern Munich juga sedang berusaha untuk mendapatkan pemain ini untuk menyertai kelab tersebut.

Oleh itu marilah, kita sama-sama mengharapkan bahawa pemain ini menyertai Liverpool musim depan, kerana jika diperlihatkan di bahagian pertahanan merupakan barisan yang perlu diperbaiki untuk menjalani musim depan yang penuh dengan aksi.sekian YNWA.....

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger