Spekulasi Perpindahan setakat 24 Mei 2011



Salam dan selamat sejahtera, pada hari ini seperti yang telah telah dijanjikan pada entri kali ini saya akan mensajikan kepada anda semua berita spekulasi yang telah dikaitkan dengan kelab kesayangan kita untuk dibawa masuk pada sesi perpindahan julai depan.


Gervinho

Nama penuh: Gervais shane Yao Kouassi
Asal: Anyama, Côte d'Ivoire (pemain kebangsaan Ivory Coast)
Posisi: penyerang @wing
Harga jangkaan : £10juta

Komen penulis: merupakan pemain yang kini semakin dikenali dalam kancah bola sepak eropah setelah berjaya membuka pemerhati bola sepak eropah apabila berjaya menjaringkan 15 goal di liga perancis musim ini serta membantu Lille's menjuarai liga musim ini.
Dengan harga yang boleh dilabelkan sebagai serdahana, beliau sememangnya pemain yang mempu dimiliki oleh Liverpool dan tingkat umur semasa iaitu 23 tahun yang menepati konsep pemain muda yang menjadi pengangan kelab kini.



Diego

Nama penuh : Diego Ribas da Cunha
Umur: 26 tahun
Asal: Ribeirão Preto, Brazil
Posisi: Attacking midfielder
Harga jangkaan : £15 juta

Komen penulis: secara jujurnya saya kurang mengetahui dengan prestasi pemain ini dan bagaimanakah corak dan bentuk permainan beliau, dengan kini beliau bermain di Liga Bundesliga, dan prestasi semasa yang agak –agak biasa sahaja, kemampuan beliau untuk bermian di Liga perdana mungkin menjadi tanda tanya kelak, kerana corak permainan Bundesliga dengan Liga perdana Inggeris adalah sungguh berbeza terutamanya dari aspek hantaran yang pantas serta menggunakan larian-larian pantas. Namun segala mungkin kini seperti yang kita tahu Kenny Daglish adalah individu yang mampu menggilap bakat-bakat pemain, dan tidak mustahil juga Diego bakal menyinar di Liverpool jika beliau menyertai kelab kesayangan kita ini.




Emilio Izaguirre

Nama penuh: Emilio Arturo Izaguirre Girón
Umur: 10 May 1986 age 25
Tampat lahir: Tegucigalpa, Honduras
Posisi: Left back
Harga jangkaan : tidak dapat dikenali pasti

Komen penulis: dengan umur yang masih muda iaitu sekitar 24-25 tahun, dan juga bekas kelab yang sama dengan kenny Daglish, saya yakin pemain ini akan menyertai Liverpool, namun kesepakatan jangkaan saya (penulis) harga yuran perpindahan adalah sekitar £5 juta kebawah. Dan jika lebih daripada £5 juta maka pembelian ini boleh diibaratkan sebagai pembelian yang berisiko tinggi.


Scott Parker:

Full name : Scott Matthew Parker
Umur: 30 tahun
Tempat lahir Lambeth, England
Posisi: Midfielder

Komen penulis: tidak perlu lagi hendak diperkenalkan lagi, merupakan pemain kebangsaan England sejak dari 2003, dan juga merupakan pemain tunjang bagi pasukan west ham pada musim ini dan musim terdahulu. Masih ingat kah anda semua semasa pasukan kita tewas kepada west ham pada perlawanan lepas, pemain ini lah yang menjadi tunjang dan penggerak pasukan seperti yang dilakukan oleh . Charlie Adam di pasukan Blackpool. Dan juga kita sepatutnya mengambil peluang untuk merebut peluang ini kerana pada musim depan seperti yang kita semua tahu west ham akan turun dari Liga Perdana dan mungkin harga yang berpatutan untuk mendapatkan pemain berpengalaman ini. Ps: united juga khabarnya hendak dapatkan pemain ini juga. sesuai pengganti jika gerrard cedera @ pemain pilihan untuk bertindak penggerak pasukan.

Charles N'Zogbia

Umur: (age 24)
Tempat lahir: Harfleur, France
Kelab kini: Wigan
Posisi: Winger


Komen penulis: pemain yang mendapat penghargaan dari aspek pengiraan statistik daripada web rasmi Barclays Premier League (BPL), sebagai pemain yang paling banyak membuat larian dan gelekan @ drible. Mungkin kita Liverpool akan mendapat saingan dari kelab lain daripada kerana persembahan yang memukau oleh beliau pada musim ini. jika berjaya mendapatkan pemain ini beliau sesuai sebagai pengganti hampir kepada Raul Meireles.


Lain-lain:
- Charlie" Adam ( blackpool)
- Stewart Downing (Aston Villa)
- Ashley Young (Aston Villa)
- Sergio Aguero (Atletico Madrid)
- Scott Dann (Birmingham)
- Jose Enrique (Newcastle United)

PS: IF ADA KAWAN2 LAIN ADA DENGAR PASAL BERITA SPEKULASI TERBARU JANGAN MALU MAI LA.. KONGSI MELALUI KOMEN BAWAH YE.... : D (MAAF ID DE EJAAN ERRO ENTRI DITULIS DENGAN WAKTU YANG NAK CEPAT)


comment 11 comments:

berita sengsasi on May 24, 2011 at 11:09 PM said...

amat tidak setuju jika liverpool beli scoot parker

Anonymous said...

jose enrique (newcastle)
eden hazard (lille's)
eljero elia (hamburg)

bg ku la baek bli striker lg sowg n midfield yg leh maen cam xavi dlu n defend tengah.jual jew kyrgiakos,poulsen n jovanovic sbb da tue....

nub on May 25, 2011 at 12:26 AM said...

juan mata apa cerita?

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=jDhLqHrGf-E&feature=related

"Diego Ribas da Cunha" skill(cek web. youtube di atas)...memang sesuai pegi liverpool...ada jg member senegara dgn lucas N aurelio..

Anonymous said...

bagi aku..Charles N'Zogbia mmg sesuai di liverpool..hazard mg bagus tp aku xnyakin la dengan apa yang dapat dya sumbangkan..sb selalu aku tgok lille men..calon tepat di kiri..young/juan mata..bek kiri..reds perlu bida harga kalaw btoi2 nak improve musim depan dengan mendapatkan L.baines.Bek tengah baru mmg perlu dibeli(cahill-samba-sakho).

REINA
KELLY-cahill-agger-baines
lucas
N'Zogbia-gerrard-j.mata
suarez - /carrol

Anonymous said...

Moga Kenny amik Arda Turan.mamat ni hebat.

Afiq on May 25, 2011 at 2:08 PM said...

scott parker tlalu tua. dye mungkin banyak experience tapi tak sesuai ngan konsep pemain muda skarang.
i think charlse n'zogbia would be the best!

Anonymous said...

aku rasa mamat aguero ;gervinho;chalie adam;mario gomes&asley young adalah pembelian yg bagus tp kita kena bida harga yg tggi .....

Wan Gerrard on May 25, 2011 at 9:03 PM said...

Gervinho xpasti sebab dia dpt main europe season depan, susah nk bid kot..
rumours liverpool bid £25m coentrao..hmm kena saing ngan mardid lak
dan salah sorang dr nzogbia/downing/a.young pun dh ok

Sembang Bola Global on June 7, 2011 at 3:53 PM said...

kalo kite jual aquilani, Diego amat sesuai untuk men attacking. Xsetuju ngan penulis..ehheeh corak permainan EPL ngan bundesliga xjauh beza. Di jerman corak permainan keras,n men hantaran tinggi. kite tgk skuad england n jerman. men 1 striker yg le tanduk. cume di bawah kendalian capello men 3 striker....jerman pun da berubah men 2striker...so bundesliga n epl xjauh beza nye... kalo dlu didi hamman le men untuk kite, nape Diego xle plak...

s said...

hmm yg terbaru angel di maria

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger