END OF SESSION 2010-2011.



Salam dan selamat sejatera... dengan kekalahan pasukan yang amat dicintai ini kepada Aston Villa 1-0 hasil jaringan S. Downing pada minit ke 33 perlawanan. Sekali lagi perlawanan yang agak buruk pada minit-minit awal perlawanan menjerat pasukan kita. Namun ingin saya nyatakan disini “JANGAN LAH ANDA SEMUA BERSEDIH MUSIM DEPAN PASTI SINAR MENANTI KITA SEMUA”.

Setelah tamatnya 38 perlawanan untuk Liga perdana musim ini, maka berakhirnya perjuangan yang penuh suka dan duka, pahit dan manis, benci dan gembira, menang dan kalah,pemain keluar dan masuk, pengurus keluar dan masuk dan perlbagai lagilah dugaan demi dugaan yang pernah di dilalui oleh seluruh pihak yang berkaitan dengan Liverpool dan terutamanya dugaan kepada kita semua yang bergelar penyokong LIVERPOOL FC.

Untuk musim ini secara rasminya, pasukan kita (liverpool) berjaya menamatkan saingan di tempat keenam dalam tahta liga perdana. Rasanya tidak perlulah saya ulaskan siapa yang ditempat kelima dan lain-lain. Mahu pun pasukan yang manakah yang bergelar juara Liga perdana musim ini. Ini juga sekali gus, menamatkan hajat untuk melihat pasukan kesayangan kita untuk bermain di Liga Europa musim depan, dan semoga musim depan kita akan fokos yang lebih kearah saingan di Liga domestik berbanding pasukan yang lain.

Dengan tamatnya saingan musim ini, maka bermula lah permbikinan era baru untuk memulakan perjuangan musim depan, maka dengan ini juga terbuka kini jendela perpindahan untuk musim. Bagi jangkaan saya pemain yang bakal dibeli untuk musim depan adalah melibatkan pemain yang dari posisi pertahanan tengah, sayap kiri dan wing kiri. Dengan kelab kita berjaya mendapatkan 3 pemain yang berkualiti dari posisi yang saya sebutkan tadi serta kembalinya kecederasan pemain utama pasukan kita contohnya seperti Gerrard, Agger, Carroll dan Martin Kelly saya percaya kegembiraan dan kenangan manis akan menyaluti perasaan kita semua pada musim akan datang.

Dan jutaan terima kasih, kepada rakan-rakan yang selama ini telah masuk ke blog saya (penulis) yang tidak seberapa ini , dan juga jangan dilupa jika jadi Liverpool datang ke Malaysia julai ini, mari kita sama-sama gegarkan stadium bukit jalil ye..... sekian dari saya (penulis)

“Majulah Liverpool untuk selamanya sesungguhnya kita adalah Keluarga Liverpool yang diibaratkan air yang dicincang tak akan putus”

Ps: walaupun musim ini dah tamat, blog ini akan kekal mensajikan anda berita Reds sepanjang tempoh perpindahan ini, and jika ada permintaan dari anda semua yang ingin saya menulis entri apa2 yang berkaitan reds sila..... tinggalkan nama dan komen permintaan Entri anda yek....!!!!

comment 9 comments:

Unknown on May 23, 2011 at 11:50 AM said...

update selalu pasai pmbelian player naa.

YNWA!!

Anonymous said...

ya betul.. tlg update transfer rumours selalu ya tuan blog..

Anonymous said...

hhhhmmmm lau bleyh musim dpan ada Highlight stiap prlawanan kdang2 brita x tjok highlight... tkot miSS perlwnn jee... UPDATELAH SELALU.... Okay2 MAJU LAH UNTUk THE REDS....“Majulah Liverpool untuk selamanya sesungguhnya kita adalah Keluarga Liverpool yang diibaratkan air yang dicincang tak akan putus”.... huhuhu

Anonymous said...

antara febret blog yg ak slalu usha,,,, gud2,, terus kn penulisan anda,, terbaeekkkk!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Truskan usaha anda mnyajikan berita dan cerita team ksayangan kita ni untuk tatapan fan liverpool seantero dunia...you'll never walk alone..TQ :-)

Anonymous said...

update la p2 jer pasal reds....--tahap kualiti player yg alan dibawa masuk...

jilah said...

Antara blog yg aku suka browse kalau nak tau pasai REDS! Apa2 pun thanks 2 you, coz selalu update berita2 sensasi pasukan kesayangan kita, LIVERPOOL F.C. Semoga musim depan cahaya kegemilangan menyinari pasukan yg menghadapi pelbagai dugaan sepanjang season 2010/2011. YNWA!

Anonymous said...

blog pilihan utk fan liverpool edisi bahasa melayu..tq for information tak perlu sy check2 dictinory utk translet blog liverpool spt sbelum ini :)...YNWA

suarez07 said...

harap kenny boleh cari satu lagi striker yg boleh diharapkan sebagai langkah berjaga jaga kepada suarez dan carroll sekiranya kedua player ini injured.

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger