Kisah Lucas dan Aquilani




Mungkin agak terlewat untuk saya (penulis) menulis entri berkaitan dua pemain ini, kerana masalah internet dan agak sibuk ternyata menyukarkan untuk update blog ini......

Berita ini dipetik dari web rasmi Liverpoolfc.tv dan espnstar.com, yang berbunyi bahawa kini pemain kebanggsaan brazil yang kita semua banggakan iaitu Lucas Leiva telah menjadi pilihan utama untuk mengondol anugerah pemain terbaik musim 2010/2011 yang memintas pemain lain seperti Dirk Kuyt, Pepe Reina, Raul Meireles dan Luis Suarez yang turut mengikut rapat dalam undian yang dilakukan tersebut.

Ternyata pada musim ini sememangnya banyak perubahan yang berlaku di kelab kesayangan kita ini, dan saya pasti dengan peningkatan prestasi Lucas, dan semua pemain pastinya kita akan berjaya kelak di musim akan datang.

Dan masih ingatkah anda semua, pada musim sebelum ini dan pada awal musim ini ada berapa kali kita melihat persembahan Lucas yang agak kurang konsisten, namun itulah contoh terbaik yang telah ditunjukkan oleh Lucas bahawa bukan semestinya masuk di kelab baru, liga baru, pemain akan terus meningkat prestasinya kerana jika melihatkan contoh Dimitar Berbatov yang bermain untuk united juga sebelum ini suka dikecam oleh peminat united tetapi tengok sahaja lah musim ini beliau berjaya menjaringkan 20 gol untuk united.

Manakala pada minggu depan berkemungkinan, segala persoalan dan pertanyaan mengenai hal Alberto Aquilani yang pada musim ini, dipinjamkan ke kelab itali Juventus .



Hal ini telah diandaikan oleh Agen Aquilani, bahawa pada minggu depan, beliau akan membuat keputusan samada mahu balik ke Liverpool atau kekal di Juventus.

Juve, yang telah gagal untuk menamatkan saingan di kedudukan Liga Juara-juara untuk musim bola depan dimana mereka hanya menamatkan saingan di tempat ke ketujuh di Serie A,dan khabarnya Juve telah menolak untuk membayar harga yang ditawarkan sebanyak £ 16m dituntut oleh The Reds yang membolehkan Aquilani terus kekal di Turin musim depan.

comment 2 comments:

suarez07 said...

kedua dua player nie mmg hampeh. aku heran nape la dey all bleh bagi lucas best player liverpool musim nie?? ability aku rase sederhana je dari segi control ball. tapi bab jadi cover defend not bad la. mgkin sbb dia nie slalu diberi peluang main lagipun mmg dah takde option player lain sejak alonso n mascherano blah ditambah dgn kecederaan gerrard. patut bagi kuyt besy player this year sbb sumbangan gol dan semangat jitu beliau. aquilani plak..ermmm.. hampishhhh.. tak cukup bnyak peluang diberi masa era benitez.. buang duit 15 juta pound.

Sembang Bola Global on June 7, 2011 at 3:45 PM said...

sorry bro....aku xsetuju langsung ngan pandangan ko...bagi aku kedua-dua player ni banyak berubah. kite lihat Lucas, dlu bkn men hampeh die men..siap suruh jual la...ape la...tp kite tgk die skang.. men bersungguh n skill samba pun dia da mule terapkan... nk jadi sorang Legend, player tu slalunye bermula dgn rintangan seperti sukar menyesuaikan diri. Lucas bg aku sgt baguz dijadikan icon untuk player2 muda. Die seorang yg belajar dari kesilapan, n xpenah putus asa. Salute pada lucas.

manakala Aquilani pula, sebelum die masuk Liverpool die di cop sbgai playmaker yg terbaik di Roma. tp prestasi die menurun bile injured. da sukar nk kembali pd prestasi die masa kat roma. tgk la masa die kat Juventus, die dpt men cun balik. aku lagi suke aquilani balik liverpool. n liverpool xperlu beli player tgh da...juz beli winger saja. ape2pun Lucas terbaik bg aku!!!!!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger