--Kini semua pemain di Liverpool mampu mencipta jaringan dan ini sekaligus membuatkan kurangnya beban kepada kapten kita "Gerrard"--
Dengan keadaan kini krisis kecederaan yang semakin meruncing dan semakin menunjukkan seperti duri dalam daging kepada pasukan kesayangan kita (Liverpoolfc), pastinya perkara ini akan memeningkan kepala pihak pengurusan untuk memilih pemain yang manakah yang benar-benar layak dalam penyertaan perlawanan Liga Perdana yang kini sudah semakin menuju ke arah penamatnya.
Dengan baki sebanyak 5 perlawanan lagi yang harus dilalui oleh pasukan kita, dan juga berita kecederaan pemain utama pasukan terutamanya di posisi pertahanan pastinya kita mahukan penunjukkan yang menarik dipamerkan oleh pasukan kita. Namun perkara yang sebenar ingin dijonjol oleh saya(penulis) dalam entri kali ini adalah mengenai kemajuan yang kini semakin ditunjukkan oleh pasukan kita semenjak kehadiran Kenny Daglish.
Dengan keadaan Gerrard yang mengalami kecederaan serta pemergian Torres pada musim perpindahan januari yang lepas, dan pasukan membawa masuk dua pemain yang mempunyai hala tuju dan mempunyai masa depan yang cerah di Liverpool iaitu Andy Carroll dan Luis Suarez.
--kini suarez dan Carroll mengantikan gandingan mantap seperti gerrard dan Torres seperti musim 2008/2009--
Memang benar semasa musim-musim lepas kita menyaksikan gandingan Gerrrard dan Torres benar –benar mempu memberikan impak positif kepada prestasi semasa Liverpool. Hal ini boleh dibuktikan dengan fakta jaringan dibawah:
Sememangnya taktikal yang diperkenalkan oleh pengurus kita sebelum ini , Rafa" Benítez untuk meletakkan gerrard dibelakang Torres sebelum ini, menyaksikan gandingan dan persefaham yang benar-benar mantap oleh oleh kedua pemain ini. Sehinggakan boleh dikatakan pada musim 2008/2009 pasukan kita hampir memintak Manchester United dan berjaya menamatkan saingan Liga Perdana di tempat kedua dan hanya dibezakan 4 mata dengan Manchester United. Yang mengutip 90 mata dalam 38 perlawanan secara keseluruhan
Pada musim 2009/2010, menyaksikan dengan penurunan prestasi gandingan antara Gerrard dan Torres, tiba bagai hilang punca menjadikan salah satu sebab mengapa pada musim lepas pasukan kesayangan kita yang dahulunya bermain dengan prestasi konsisiten pada musim 2008/2009 seperti dirasuk wabak kekalahan demi kekalahan menjadi tajuk utama dalam banyak akbar dan web sukan di seluruh dunia, bahawa Liverpool berada di ambang kejatuhan dan kemesorotan.
Mungkin banyak pendapat yang mengatakan sebab utama kejatuhan Liverpool pada musim 2009/2010 adalah disebabkan pemergian Xabi Alonso ke Real Madrid, namun pada penglihatan saya sebab utama kejatuhan Liverpool pada musim lepas adalah disebabkan krisis kecederaan Gerrard dan Torres sekaligus meyebabkan penurunan peratusan nisbah goal yang dijaringan oleh kedua pemain ini yang menyebabkan Liverpool terus menurun dari masa ke semasa.
Musim 2010/2011 bermula dengan pemergian , Rafa" Benítez ke Inter milan dan masuknya Roy Hodgson ke Liverpool, dan pemergian pemain utama pasukan kita dimulakan dengan Yossi Benayoun (Chelsea), Albert Riera (Olympiacos), Alvaro Arbeloa (Real Madrid), Emiliano Insua (dipinjamkan ke Galatasaray) serta pemergian secara tergesa-gesa dari kepten Argentina, Javier Mascherano ke Barcelona. Telah menyebabkan squad yang dahulu telah dibina dengan lengkap oleh Benítez telah menjadi squad yang serba kekurangan, ditambah dengan pemergian pemain berkualiti secara berturut-turut serta penurunan prestasi gerrard dan Torres pada ketika itu, menyebabkan pasukan terus menerima kritikan dan cemuhan dari penulis di akhbar dan terutama pada penyokong pasukan semakin hari semakin seronok memberikan kata-kata pedas kepada kita penyokong pasukan kesayangan kita ini (Liverpool Fc).
Jujurnya Roy Hodgson bukanlah individu yang boleh dipersalahkan secara keseluruhannya diatas penurunan prestasi Liverpool pada awal musim ini, terdapat faktor –faktor lain yang menyebabkan pasukan terus kalah dan mempamerkan prestasi yang sangat-sangat buruk sehingga pada susatu ketika pasukan kesayangan kita ini pernah berada di zon penyinkiran akibat daripada penurunan marjin kemenangan di tempat lawan serta ketidak konsisten prestasi pemain di Liverpool.
--Hero, penyelamat, lagenda, my man, love you banyak lagi gelaran yang diterima oleh Daglish( dia memang layak menjadi pengurus Liverpool)--
Langkah pertama daglish bermula pada 8 January 2011, dan dua hari selepas kemasukan beliau sebagai pengurus gantian di Liverpool, beliau memulakan langkah membentuk semula pasukan dengan membawa Steve Clarke, seorang jurulatih pasukan yang berpenglaman yang sebelum ini pernah berkerjasama dengan José Mourinho yang seperti kita semua tahu seorang pengurus yang baik serta terkenal dengan taktik pertahanan.
Selepas itu perlbagai perubahan terus berlaku dan banyak kemenangan diperolehi dari masa kesemasa. Dengan keseluruhan 13 perlawanan yang dikendalikan oleh Daglish setakat ini pasukan kesayangan kita ini berjaya mengutip 24 mata (setakat 13 perlawanan kebelakang) dimana no 2 dibelakang pendahulu liga perdana ketika ini iaitu Manchester United yang mengutip 25 mata (pada tempoh yang sama).
Namun perkara yang sebenar yang saya ingin tegaskan dan terangkan disini bahawa sejak Daglish mengambil alih pasukan, kita semakin hari menunjukkan peningkatan demi peningkatan, dan semakin hari kita sudah boleh melupakan Fernando Torres, yang kini sudah berada di Chelsea. Serta dengan kehadiran Andy Carroll, Luis suarez yang kini mengemudi barisan penyerang pasukan kita, serta kebangkitan semangat untuk menjaring dari Dirk Kuyt serta Raul Meireles yang kini semakin menunjukkan peningkatan dalam proses mendapatkan nama dalam senarai pemain yang menjaringkan goal untuk Liverpool.
Serta ditambah dengan jasa Rafa" Benítez yang telah membangunkan akademi Liverpool serta keberanian Kenny Daglish untuk memberikan peluang kepada pemain muda dari akademi Liverpool yang mempunyai potensi besar seperti Jay Spearing(22 tahun), Raheem Sterling (16 tahun), John Flanagan(18 tahun), jonjo shelvey(19 tahun), Jack Robinson(17 tahun) , Martin Kelly( 20 tahun) serta Daniel Pacheco yang berumur 20 tahun dan kini dipinjamkan. Pastinya kini sudah terbukti bahawa tiada lagi cakap-cakap bahawa Liverpool hanya bergantung kepada kapten kesayangan kita dalam mengerahkan seluruh kudrat tenaga nya untuk memberikan sumbangan kepada Liverpool dalam setiap perlawanan.
ps: Entri ini bukan bermaksud Gerrard sudah tidak penting lagi dalam pasukan. Akhir kata kini, dan sekarang, liverpool sudah menunjukkan kemajuan kehadapan dan jika gerrard kembali pada musim depan, "pastinya kudratnya tidak akan diperah lagi bagai santan yang dimasukkan ke dalam mesin perahan santan " dan kadangkala kesian jugak kt kapten kita ini, selalu je kene berkorban dan sekarang rehat banyak2 ye .
Musim depan masuk balik kita pulun semua piala yang ade... hehehehe betul tak kawan2 semua???
4 comments:
Gerrard dah xbole main 90 minit walaupun sihat..Kene keluarkan dia masa ke2 pastu boleh la beri peluang kt pemain muda tunjuk bakat..
Sorang lg pemuda mantap..Suso. Passing die memang mantap..
fakta menarik spurs vs arsenal!! <--klik bro
tabik spring pada kapten kite Gerrard...hiiiyyyyyaaappp!!!!
sokong! suso memg gempak.!
Post a Comment