Benarkah: Arbeloa, Mascherano dan Alonso sudah ada pengganti??




Hu.... baru balik dari menonton perlawanan yang boleh dikatakan sebagai perlawanan perlawanan kali ketiga antara real-madrid menentang Barcelona. Seperti yang kita semua telah tahu kedua pasukan ini boleh dikatakan sebagai dua pasukan yang memonopoli La Liga yang berpengkalan di Sepanyol dan juga boleh digelarkan sebagai musuh yang teramat ketat.

Sebenarnya dalam penulisan kali ini, saya bukan lah ingin bercerita mengenai kedua pasukan gergasi Sepanyol ini, dan apa yang cuba disampaikan oleh saya (penulis) pada kali ini adalah kehadiran bekas pemain Liverpool yang telibat dalam perlawanan final Copa Del Rey yang dimenangi oleh Real Madrid dengan jaringan lewat dari Ronaldo melalui dari tandukan cantik.


--Lucas= Mascherano --

Dalam perlawanan tersebut, saya secara sedar tidak sedar wujudnya 3 orang bekas pemain Liverpool dalam squad antara real madrid dan Barcelona. Pemain tersebut adalah tidak bukan bekas Defensive midfielder/ Central back, Javier Mascherano yang selalu menjadi pilihan bekas pengurus kita sebelum ini Rafa Benítez. Ini diikuti dengan Álvaro Arbeloa, merupakan pertahanan utama yang juga selalu digunakan dalam perlawanan besar yang disertai oleh Liverpool semasa pemain ini bermain di Liverpool.

Manakala, yang terakhir adalah pemain yang sering kita semua rindu dan juga salah seorang pemain yang tetap dihirmati oleh seluruh penyokong Liverpool sehingga kini, meskipun beliau sudah lama meninggalkan kita semua (penyokong Liverpool). Selalu menghadirkan diri jika untuk menyaksikan perlawanan Liverpool jika beliau mempunyai masa terluang. Dan juga melalui berita pada dua minggu lepas beliau juga menyatakan bahawa, Liverpool tetap di hatinya dan secara terang-terangan mengakui bahawa anaknya adalah penyokong setia Liverpool. Samada benar atau tidak hanya pemain yang diberi nama Xabi Alonso ini sahaja boleh mengetahuinya.


Raul Meireles=Alonso

Memang lah mungkin ada segelintir dari anda semua akan mengatakan tidak perlu dikenang pemain yang sudah meninggalkan Liverpool, tetapi apa yang cuba ditonjolkan oleh saya (penulis) kali ini adalah, betapa berharganya pemain pemain yang pernah beraksi di Liverpool ini, serta disini juga saya ingin mengatakan bahawa sebenarnya Liverpool juga mempunyai pemain yang berkualiti tinggi Cuma kadang kala, pemergian mereka bertiga ini mempunyai sebab dan penyebabnya sendiri. Sebagai contoh Mascherano meninggalkan pasukan kita kerana pada ketika itu pasukan pada waktu itu sedang bergolak dalam krisis kewangan.


--Martin kelly= Arbeloa--

Bukannya hendak menyalahkan sesiapa namun, inilah yang dikatakan ketentuan.... dan kita sebagai penyokong telah pun menerima pemergian meraka walaupun pada zahirnya kita sukar untuk menerimanya. Betul tak???


--Glen Johnsony= Arbeloa--

Dan, Arbeloa, Mascherano serta Alonso, kini sudah pun ada penggantinya, sekarang kita sudah pun mempunyai Glen Johnson dan Martin kelly sebagai pertahanan tunjang kepada Liverpool untuk hadir menggantikan Arbeloa. Manakala Mascherano pula sudah boleh diisi oleh Lucas di posisi Defensive midfielder/ Central back. Serta Alonso yang dulu semasa di Liverpool digelar pakar hantaran dan perancang pergerakan dan tempoh perlawanan sudah pun digantikan oleh Raul Meireles. Dan kini sudah tiba masanya untuk kelab kesayangan kita terus maju sedikit demi sedikit di bawah kendalian Kenny Daglish yang sudah pun diterima oleh semua penyokong Liverpool sebagai pengganti sempurna kepada Rafa Benítez yang telah banyak berjasa pada kelab.

Akhir kata dari saya, kini Liverpool akan terus maju sedikit demi sedikit, dan saya(penulis) sangat berharap bahawa dengan semua pemain yang kini berada di Liverpool akan terus mencipta kemajuan sedikit demi sedikit sebagai langkah pertama untuk membuatkan pasukan kita Liverpool FC akan kembali gah seperti sedia kala.


Ps: adakah anda setuju bahawa saya Penulis mengibaratkan kelibat tiga pemain ini sudah diganti oleh :
Glen Johnson dan Martin kelly= Arbeloa
Lucas =Mascherano
Raul Meireles=Alonso

Komen ckit .. huhuhuhu

comment 4 comments:

Anonymous said...

bg ok lah dorg tu...tp nk ckp dah sama tahap...blum lg kot....dorg mmg dah boleh dkatakn pgganti..tpi msalah dorg yg mmbezakn 3pmain kgemaran kita yg dulu tu adalah konsistensi...hantaran raul mmg world class tpi kne berterusan mmbuat hantaran yg cantik mcm alonso(wlaupun alonso pn dah xde la main lawa lg mcm dia main utk reds dlu...kelly ngan glen pun kne perkemaskn lg controlling dorg...sama la lucas,tackle dah top..cuma jgn buang byk sgt bola trutma bila main kt away...btw,sbnrnya dorg bleh jd baik lg dri generasi dlu..

RABUN on April 21, 2011 at 2:25 PM said...

beza lucas ngan macha ...lucas tak der skill sliding tackle...tapi Lucas ada hantaran killer ball yang kadang kadang menjadi, Sering kali gak jadi penyelamat Liverpool saat2 genting yang mana macha lebih banyak dapat red card dalam saat saat genting...

beza alonso ngan meireles... alonso punya kekuatan fizikal dan pertahan lebih mantap..Mireles nampak sedikit lembik ketika bertahan...hantaran alonso juga lebih berbahaya...apa pon sejak ketiadaan alonso di Liverpool ini, Mireles adalah pemain paling hampir dengan kebolehan Alonso


Arbeloa...pada aku ramai di Liverpool skang boleh mengisi tempat ini dengan baik....kita lebih rasa lemah dibahagian pertahanan kiri...



Apa apa pon Kekurangan Liverpool adalah dibahagian sayap kiri dan kanan...Liverpool perlukan wideman..yang boleh menerobos bahagian sayap dengan lebih jaya...posisi ini masih belum terisi dengan sempurna sejak kehilangan steve mc manaman...paling hampir adalah luis garcia..


pada pendapat aku kalau pemain yang boleh memberi impact dibahagianb ini ialah adam johnson..kalau boleh dapat ler.....

Anonymous said...

lucas masih jauh lagi kalo nak dibandingkan dengan marsch..masih banyak miss pass.. tapi x dinafikan sekarang role tu dia dah pegang..

kelly tu promising la nak ganti tempat arbeloa..tapi aku yakin king kenny akan cari 1 lagi LB.. sebab kelly x strong bab crossing ngan attacking..

meireles plak terlalu berbeza utk menggantikan alonso..jauh sgt style play diorang nih...

Wan Gerrard on April 25, 2011 at 10:41 PM said...

hmm lucas mungkin bakal campuran masch dan alonso, aggresif dan kontrol permainan..boleh diasah lagi dan jadi lebih baik dr diorang. tempat alonso xde orang ganti lagi, cuma mungkin Gerrard boleh ambil alih dan posisi nya diambil Meireles. Defend kanan dah mantap

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger