Cap Warrior vs Cap Adididas


Menurut sumber terbaru yang kini semakin bertiup hangat , menyatakan bahawa berkemungkinan pada musim 2012/2013 hak penajaan rasmi yang kini dipegang oleh syarikat pakaian sukan terkemuka dunia iaitu Adidias berkemungkinan akan hilang hak penajaan rasmi keatas segala pakaian sukan yang dikeluarkan oleh Liverpool fc. Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan berkemungkinan juga pada dua musim akan datang tiada lagi lambang adidis tertera pada jersey kebanggaan seluruh penyokong Liverpool diseluruh dunia.

Namun disini ingin saya tergaskan bahawa perkara yang agak mengejutkan ini, masih lagi dalam perbincangan dan berkemungkinan juga perkara ini hanya spekulasi sahaja. Untuk sama kini tiada lagi kata putus diakui oleh pihak pengurusan Liverpool.



--contoh jersey yang dibayangkan- sumber dari web page Liverpool Fan Club Malaysia--

Tambah lagi, jika hak penajaan rasmi ini berlaku seperti yang dilaporkan ini, terdapat juga pro dan kontra antara pertukaran hak penjaan rasmi ini, sebagai contoh, kini adidis yang menaja jersey rasmi kelab dengan kontrak hanya sebanyak £12juta sahaja, dan menurut sumber dari web goal.com, Warrior Sports company telah menawarkan sebanyak £25 juta /tahun. Ini menunjukkan sebanyak peningkatan penajaan melebihi £12juta, malah penajaan ini juga lebih tinggi daripada yang diterima oleh Manchester United sebanyak £23.3 juta/ tahun.

Pada pendapat saya, sememangnya hak bukan perkara yang mampu kita ubah, namun perlu diingat bahawa segala kelengkapan keluaran Liverpoolfc yang hendak membeli semua kelengkapan ini adalah penyokong Liverpool, dan bagaimana jika penyokong tidak mahu lagi membeli jersey lagi, pastinya ini akan memberikan impak yang negatif kepada pendapatan kelab, walaupun kontrak yang ditawarkan oleh Warrior Sports company lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh adidas.

Saya (penulis), pastinya perkara ini tidak akan berlaku kerana pihak pengurusan pastinya telah memikirkan impak sekiranya deal ini berlaku, dan harus diingat jenama Adidis dan Nike merupakan penjaga dan pengeluarkan yang paling popular di hampir di seluruh dunia.

PS: Dan jika di jersey Liverpool tertera jenama Warrior di jersey Liverpool adakah anda semua ingin membeli jersey Liverpool, pikir-pikirkan lah dan renung-renungkan. Huhuhuhuh:D

Yang penting pencapaian kelab yang paling utama perlu diutamakan betul tak ??

comment 2 comments:

Wan Gerrard on April 23, 2011 at 12:13 AM said...

hmm xde masalh kot, bagi design cantik jugak la hehe :)

Anonymous said...

depend on design tu jugak la,kalau ridicolous je baik xyah beli..pakai jersi lama pun boleh gak

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger