MATCH Preview: Liverpool - Birmingham City


Masa permainan : 2155-0000

Channel : Ch. 812/832


Pada malam esok, bertempat di gelanggang rasmi pasukan kesayangan kita semua di Anfield, The Reds akan turun menentang Birmingham City. Dengan pada dua perlawanan lepas yang menyaksikan Liverpool, telah berjaya dua minggu yang amat sukar untuk ditempuhi apabila menentang Manchester City serta Arsenal. Dengan kedudukan kini dalam tahta Liga Perdana, pasukan kita masih lagi berada di tangga ke 6 liga perdana dan hanya dibezakan dengan 5 mata dengan Tottenham yang masih kurang 1 perlawanan.

Walaupun perlawanan ini, pasukan kita hanya menentang Birmingham City , seharusnya kemampuan pasukan kendalian Alex McLeish tidak harus boleh diambil ringan. Dengan baki perlawanan hanya tinggal 5 perlawanan untuk diteruskan bagi musim ini, perlawanan pada esok hari boleh diibaratkan amat penting untuk mendapat tiga mata berharga. Hal ini adalah kerana jika kegagalan mendapatkan tiga mata penuh, berkemungkinan hajat melihat Liverpool pada musim depan bermain di kempen Liga Europa hanya tinggal angan-angan sahaja.

Dan seperti yang kita semua tahu, dengan keadaan masalah kecederaan yang masih lagi berterusan, pastinya aksi pemain muda seperti Jay Spearing, J. Robinson dan J. Flanagan ditagih oleh pengurus kita Kenny daglish bagi meneruskan misi merebut slot ke Liga Europa musim depan.

Manakala, pemandangan dari kem latihan Birmingham City. Nikola Zigic (groin) dan Obafemi Martins dijangka tidak dapat diturunkan dalam perlawanan kali ini, jika melihat pada rekod sebelum ini, prestasi Birmingham tidak boleh diperkecilkan, kerana pada tiga perlawanan terakhir Liverpool semasa di Anfield hanya mampu seri sahaja dengan pasukan yang pernah mengecewakan Arsène Wenger dan seluruh penyokong Arsenal F.C semasa kejohanan final piala Carling cup yang lepas.

Namun ini Cuma hanya ramalan atas kertas sahaja, selalu penyokong pasukan ini saya(penulis) dan semua penyokong yang lain juga yakin bahawa Kenny Daglish akan mempunyai ramuan yang terbaik untuk membolehkan Liverpool menang pada perlawanan kali ini.

Rekod statistik perlawanan lepas



Maklumat perlawanan:

Liverpool (kemungkinan, 4-4-2): Reina; Flanagan, Skrtel, Carragher, Robinson; Kuyt, Spearing, Lucas, Meireles; Carroll, Suarez.

Birmingham (kemungkinan, 4-4-2): Foster; Carr, Johnson, Ridgewell, Parnaby; Larsson, Ferguson, Gardner, Bowyer; Phillips, Jerome.

Referee: Howard Webb

Preview dalam video.


comment 1 comments:

Wan Gerrard on April 23, 2011 at 3:19 PM said...

hmm menarik2, YNWA :)

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger