MATCH Review : Liverpool 5- 0 Birmingham City



Sememangnya perlawanan ini membuktikan, bahawa kita (Liverpool ) akan kembali mengegarkan Liga Perdana, dengan jaringan Hatrik daripada M. Rodríguez, serta jaringan daripada Dirk Kuyt serta pemain yang sudah lama memanaskan bangku simpanan, Joe Cole pada lewat masa permainan pada minit ke 86. Walaupun agak sedih penyerang kesayangan kita Luis suarez tidak berjaya menambah koleksi jaringannya pada perlawanan serta Andy Carroll terpaksa direhatkan akibat kecederaan. Segala nya nampak sempurna dalam perlawanan kali ini.



--Maxi" hatrik hero--

Pada pendapat saya(penulis) pujian sekali lagi yang tidak terhingga kepada dua orang pertahanan muda kita iaitu Robinson dan J. Flanagan yang tampak sempurna mengawal kiri dan kanan pertahanan pasukan kita, dengan sekali sekali naik keatas/ overlap untuk membuktikan mereka berdua patut diberikan pujian.

Dengan perlawanan kali ini, membuktikan Kenny Daglish telah berjaya membuktikan bahawa semua pemain di Liverpool mempunyai kelebihan masing-masing, dan jika pada era kendali Rafa dulu kita banyak bergantung kepada Gerrard dan Torres namun kini, tanpa gerrard juga squad kesayangan juga mampu mendapat, bukan maksud saya (penulis) mengatakan kapten kesayangan kita ini tidak diperlukan lagi dalam squad tetapi Kenny telah membuktikan bahawa semua pemain telah meningkat prestasi dari masa kesemasa.


-- dua watak besar dalam perlawanan ini--

Gol pertama dibuka oleh jaringan dari M. Rodríguez seawal minit ke 7 perlawanan, apabila meyambung percubaan deras dari J. Spearing , diikuti dengan D. Kuyt yang menyambung gerakan yang dilalkukan oleh Luis suarez pada minit 24, Maxi tampak makin ghairah mencari goal peribadi untuk dirinya dan hasil hantaran lambung dari Luis Suarez, M. Rodríguez berjaya menjaringkan gol ketiga dalam perlawanan ini, dengan menewaskan penjaga gol kedua Birmingham City- C. Doyle, apabila penjaga gol utama mereka -B. Foster terpaksa dikeluarkan pada minit ke 40 kerena kecederaan.


--kuyt mendahului penjaring terbanyak Liverpool--

Dengan beza jaringan 3-0, Liverpool terus menyerang ke kubu Birmingham, dan pada minit ke 86 Joe cole berjaya membuktikan dia masih lagi mampu menjaringkan gol walaupun telah lama diletakkan sebagai pemain simpanan, hasil jaringan ini bermula dengan assist dari D. Kuyt.


-kini semua pemain boleh menjaringkan goal--

Dan kesimpulannya, perlawanan pada hari nampak sempurna untuk pasukan kesayangan kita, apabila kita meneng besar dengan jaringan 5-0 dan juga pada masa yang sama Tottenham H. Seri 2-2 dengan West Bromwich, serta pengejar pasukan kita dari belakang Everton tewas kepada Manchester United hasil jaringan lewat dari J. Hernández melalui tandukan pada minit ke 84.


--joe cole, tidak pernah kami lupakan anda " YNWA joe cole--

Ps: kredit kepada Kenny daglish kerana berjaya mengembalikan senyuman kepada seluruh peminat Liverpool dan juga bagi rakan-rakan siapakah MOTH pilihan anda semua untuk perlawanan kali ini.

Match Highlights



-- Kenny berjaya memecahkan sejarah yang tidak mampu dipecahkan semasa zaman rafa--

MOTH pilihan penulis: Luis Suarez.sebabnya dengan dua assist serta pencetus gerakan gol. Walaupun bagaimana pun tahniah kepada Maxi kerana berjaya menjaringkan hatrik.

Statistik perlawanan


comment 3 comments:

Anonymous said...

bro admin, xsmpat tgok la tdi. ksi tulis la itu line up sama subs. heh.. YNWA!!!

jilah said...

wow! fantastic...aku rase this season lamer giler dah aku tak tengok REDS score byk gol (yerla,jeles gak tgk team lain senang2 jer dpt gol byk) TAPI kenny dah tunjukkan yg REDS pun boleh...5-0..syok giler..dan aku setuju yg sekarang semua pemain boleh sumbat gol (tak harap pemain2 tertentu je). Ini bagus punya coz pas ni semua team sakit pala nak jaga saper, tak lah diorg aim pemain2 tertentu je(yerla..kalau semua boleh sumbat gol..dari meireles la, kuyt la,carroll la, suarez la,skrtel pun boleh dan yg terbaru si maxi & cole..tak ke pening pala team lawan...)saper2 dlm REDS boleh jaringkan gol..kalau la aku boleh letak Kenny as MOTM aku dah letak (apa hal dia ni manager), coz dia dah letakkan REDS ke arah kedudukan yg sewajarnya..i hope dia la manager kita utk next season.YNWA! p.s: MOTM utk game ni bg aku si Maxi (dia buat hatrik but aku ngaku susah giler nak pilih..dari suarez, kuyt, lucas, spearing etc. semua BAGUS)

Wan Gerrard on April 24, 2011 at 5:03 PM said...

huhu motm mestilah maxi, hatrik..dan satu persembahan sepasukan 5 bintang. Skrtel pun boleh main gelecek dalam kotak penalti, tergelak kejap tak sangka hehe good days :)

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger