Kenali pemain: Maximiliano Rubén Rodríguez



Salam dan selamat sejahtera. Pada hari ini semperna kemenangan yang terbesar pasukan kesayangan kita pada musim ini serta ditambah dengan rekod jaringan Hatrik hero daripada pemain dari Argentina iaitu Maxi Rodríguez.

Mungin ada diantara anda semua sudah mengenali pemain ini, namun pada hari saya(penulis) dengan senang hati ingin berkongsi sedikit maklumat kepada anda semua mengenai pemain yang diberi nama jolokan La Fiera.

Butiran ringkas mengenai beliau:
  • Nama penuh; Maximiliano Rubén Rodríguez
  • Tempat lahir: Rosario, Argentina
  • Tarikh lahir: 2 January 1981 (umur : 30 tahun)
  • Position: Winger / Attacking Midfielder
  • Squad no: 17


Permulaan kerjaya sebagai pemain bola:
Mula berkecimpung sebagai pemain bola sepak profesional di pasukan yang bermain di Argentine first division, Newell's Old Boys Fc yang berpengkalan di kampung halamannya iaitu di Rosario, Argentina. Selepas mengharungi 3 musim yang berjaya di pasukan tersebut, beliau meneruskan kerjaya di pasukan yang pengkalan di Sepanyol iaitu di Espanyol. Semasa bermain di kelab tersebut, Maxi pernah mencipta nama sebagai penjaring gol ke 2000 untuk Espanyol semasa musim terakhir beliau di pasukan tersebut.


-- bersama squad kebangsaan Argentina--

Bermula pada musim 2005/2006, atas persembahan beliau yang cermelang bersama Espanyol, akhirnya beliau telah berpindah ke Atletico Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak € 5 juta. Namun amat menyedihkan pada musim kedua beliau semasa di Atletico, beliau telah mengalami kecederaan yang amat serius dimana membuatkan beliau hanya berkesempatan bermain sebanyak 10 perlawanan sahaja dalam sepanjang musim sahaja . selepas pemergian Fernando Torres ke Liverpool pada tahun 2007, Maxi mengambil tugas kapten yang ditinggal oleh Torres dan menjadi kapten Atletico sehingga penghung musim 2010. Semasa beraksi di Atletico, Maxi telah berjaya menjaringkan sebanyak 32 gol dalam 121 penampilan dalam liga.


-- semasa di Espanyol--

Selepas musim 2010, bermula lah permulaan beliau sebagai pemain di Liverpool Fc, iaitu pada tangga 13 Januari 2010, dia (maxi) menyertai The Reds dengan perpindahan percuma dari Atletico serta ditawarkan kontrak 3 tahun setengah. Beliau mula turun melakukan debut pertamanya untuk Liverpool pada Stoke City pada tarikh 16 januari 2010 apabila masuk sebagai pemain gantian.


-- sebelum menyertai Liverpool--

Dan memulakan perlawanan pertamanya untuk Liverpool pada seminggu kemudian semasa menentang Wolverhampton Wanderers. Dalam perlawanan pertamanya untuk kelab kesayangan kita ini, beliau Maxi telah melakukan sumbangan yang amat besar sebagai pemain Liverpool, apabila dia telah melakukan assists, yang membolehkan bekas penyerang pasukan kita yang kini bermain di Chelsea. Siapakah dia- pikir lah sendiri!!.


-- semasa menjaringkan goal musim ini menentang aston villa--

Semasa menentang Burnley pada tarikh 25 April 2010, beliau maxi telah melakakukan debut goal pertamanya untuk Liverpool, hasil dari assists daripada Aquilani pada minit ke 74.pada masa itu Aquilani yang juga baru perpindah pada musim sebelum nya dari AS Roma. Dan perlawanan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada The Reds dengan jaringan 4-0. Pada perlawanan itu, S. Gerrard telah menjaringkan 2 gol pada minit ke 52 dan 59, manakala R. Babel yang kini telah berpindah ke TSG 1899 Hoffenheim, iaitu pada minit ke 90 perlawanan.


-- pernah juga menjadi kapten di Atletico Madrid --

Dan pada 23 April 2011(malam semalam) Rodríguez berjaya membuktikan bahawa dia juga wajar diberikan peluang sebagai pemain utama kelab, walaupun telah lama memanaskan bangku simpanan dengan jaringan hat-trick hero daripada nya. Dan seperti yang kita semua tahu pada perlawanan ini menyaksikan pasukan kita menang dengan jaringan 5-0 semasa menentang Birmingham City.


-- semalam menjaringkan hatrik pertamanya di Liverpool--
Dengan jaringan hat-trick dari maxi pada kali ini membuktikan sekali lagi, kini semua pemain di Liverpool mampu dan harus diberi peluang untuk bermain di Liverpool, dan diharapkan kenny Daglish akan terus bersama pasukan kita untuk masa akan datang.






sekadar suke-suke (lau de fan Chelsea jngan marah tau) kikiki:p


--dua pemain yang pernah bergelar kapten di Atletico Madrid--

  • Pada 31 Oktober 2010, semasa menentang Bolton Wanderers di Stadium Reebok, maxi berjaya menjaringkan gol hasil daripada assists daripada en Torres.dan pada perlawanan itu pasukan kita menang hasil daripada jaringan tunggal dari maxi.
  • Manakala pada pada tarikh 6 Disember 2010, semasa menentang Aston Villa di Anfield maxi juga menjaringkan gol pada minit ke 56, dan persamaannya adalah pada waktu itu, walalupun torres tidak bermain kerana bini dia yang bernama Olalla Domínguez Liste tengah nak melahirkan anak mereka yang kedua.
  • Pada debut pertama Torress di Chelsea, maxi tersalah passing bola pada Torress. Ummm mungkin kerana dia ingat masa tu si mamat torres ini still main kt Liverpool kot
  • Dan pada tarikh 23 April 2011(malam semalam) , dimana pada masa itu maxi menjaringkan hatrik, dan pada masa yang sama juga nama Fernando Goalless dah jd Fernando Torress balik kerana si mamat torek tu dah berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea. Dalam 14 penampilan setelah 903 minit permainan yang mendukacita kan. Wakakakakkaka: ps jangan marah.... kikiki:P

comment 1 comments:

Wan Gerrard on April 25, 2011 at 10:29 PM said...

Maxi..pemain yg bagus dan bijak..tahniah Maxi hatrik aritu :)

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger