Kenali pemain : Jay Francis Spearing.


Jay Francis Spearing pemain MOTH pilihan penulis semasa menentang arsenal semalam


Pada hari ini, saya akan memperkenalkan serba sedikit pemain yang samakin meningkat naik pada musim ini. Pemain ini adalah : Jay Spearing. Pemain ini sejak Kenny Daglish mengambil alih pasukan, beliau selalu mendapat tempat sebagai pemain squad utama dalam perlawanan setakat ini.

Inilah serba sedikit mengenai beliau:
Nama penuh: Jay Francis Spearing
Tarikh lahir: 25 November 1988 (1988-11-25) (22 tahun)
Tempat kelahiran: Wallasey, England
Posisi : Midfielder, defensive midfield
No jersey: 26

Jay Francis spearing dilahirkan pada 25 November 1988. Pada mula penglibatan beliau dalam sukan bola sepak, spearing mula bermain menyertai Liverpool, sejak penglibatan pertamanya ketika bermain untuk Liverpool Reserves pada 2007. Dia juga merupakan kapten di Liverpool Reserves semasa, pasukan memenangi memenangi FA Youth Cup pada tahun 2007. Selepas itu, pemain yang memakai jersey 26 ini, terus tidak memandang kebelakang lagi apabila pada tarikh 9 Disember 2008 beliau dipilih sebagai pemain pemain gantian pada perlawanan mega semasa menentang PSV Eindhoven.dan seterusnya dia juga berpeluang bermain pada perlawanan semasa Liverpool menewaskan Real Madrid 4-0 di peringkat Liga Juara-juara.


--pemain muda dengan bakat besar--

Bermula pada tarikh 6 Julai 2009, setelah Rafael Benitez mengenal bakat pemain ini, dia telah ditawarkan kontrak selama 3 tahun dan sekaligus membuktikan beliau adalah secara rasminya pemain Liverpool.

Pada musim 2009-10, Pada tarikh 22 September 2009, spearing membuat permulaan pertamanya untuk Liverpool, dan telah bermain sepanjang 90 di dalam saingan pusingan ke tiga pada perlawanan Piala Liga atatupun yang bisanya dikenali sebagai Carling Cup.

Selepas perlawanan itu, memetik dari komen beliau yang berbunyi "I felt I did alright and hopefully I've proved to the boss and the supporters that I can do it for the first team".


--semasa aksi menentang Real --

Selepas itu spearing meneruskan setapak maju kehadapan, apabila pada 17 Oktober 2009, pemain kecil-kecil cili api ini telah dipilih untuk menggantikan Javier Mascherano pada minit ke 73 semasa menentang Sunderland di Stadium of Light. 11 hari selepas itu, beliau dilih sebagai Man Of The Match dari pilihan wartawan di Liverpoolfc.tv semasa perlawanan Carling cup semasa menentang Arsenal,pada perlawanan itu beliau juga bermain sebanyak 90 minit permainan.


--aksi semasa menentang Everton--

Pada tarikh 22 Mac 2010, Liverpool mengesahkan bahawa spearing dipinjamkan kelab Championship Leicester City sehingga akhir musim 2009-10.

Pada musim kali ini iaitu musim 2010/2011, sekali lagi beliau menunjukkan peningkatan apabila beliau dipilih dalam squad 21 orang Liverpool untuk penampilan Liga Perdana musim ini. Bermain di pembukaan kelayakkan Piala europa semasa menentang Rabotnicki FC sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua, mula bermian di hadapan The Kop semasa mengantikan David N'Gog, apabila The Reds menentang Steaua Bucaresti yang menyaksikan Liverpool menang dengan jaringan 4-1. Pada 22 September 2010.


--semasa menentang City--

Spearing sekali lagi terlibat dalam perlawanan carling cup semasa menentang Northampton Town. Yang menyaksikan Liverpool tewas dalam penentuan sepakan penalti selepas masa tambahan apabila kedua pasukan seri 2-2. Pada, 20 November 2010, beliau terpaksa direhatkan selama enam minggu, selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki.


--dia sememangnya layak untuk diberikan peluang betul tak??--

Selepas Kenny Daglish masuk mengantikan Roy Hodgson, Jay Spering telah menjadi pemain pilihan Daglish semasa menentang Everton, selepas perlawanan tersebut Daglish telah memuji pemain ini. Dan seterusnya beliau bermain dalam perlawanan mega lain seperti semasa menentang Napoli (liga Europa), Chelsea (liga perdana), Man city dan yang terbaru perlawanan di Emirates Stadium menentang Arsenal.

Semoga selepas ini, beliau akan terus maju dan terus sukses demi kebaikan diri beliau sendiri dan terutama untuk Liverpool. YNWA spering....


ps: apa pendapat kawan-kawan mengenai pemain ini... komen ckit ... huhuhuh

comment 10 comments:

ZAMZAMMILZAIN on April 18, 2011 at 7:00 PM said...

pendek tp berbakat tinggi.. lol...

Zara Aleya on April 18, 2011 at 7:08 PM said...

dia boleh berada di antara 3-4 pemain2 yg lebih besar n tinggi dan masih dapat mengawal bola...kecik n lincah.

RABUN on April 18, 2011 at 9:47 PM said...

macam lucas gak tak handsome... haha gurau jer...aku sangat terhibur dengan pemain muda yang dahagakan aksi dan seboleh bolehnya menunjukan apa yang boleh mereka lakukan itu yang kita lihat pada kelly, robinson, jonjo dan juga spearing....

jilah said...

kecik tapi berbakat (rupa lain kira)..tapi sgtla harap dia ni ala ala jelmaan messi liverpool.

Tengku Sidek on April 19, 2011 at 12:15 AM said...

Too soon but this lad had bright future..his style not same as messi, maria apatah lagi Ronaldo.Juga bukan jelmaan alonso ataupun gerrard.tapi apabila pemain remaja Liverpool berjaya main utk first team..thats yang buat aku puas hati sangat..Bagi aku gaya permainan dia ala-ala Lassana Diarra, Tiote ataupun Song dr arsenal..banyak riang lagi utk dopertingkatkan...

Wan Gerrard on April 19, 2011 at 1:14 AM said...

wah thanks entry ni, baru nak buat gak..

Antara yang terbaik dari akademi Liverpool dan yang pasti bermain bola sepak sepenuh hati. Gantian Macsh dan 100 peratus komitmen kepada kelab. :)

Anonymous said...

bg aku smua player muda liverpool dah stat mnyerlah kcuali jonjo...secara jujurnya aku dah tgk smua aksi setiap game dia...tp blum ada yg mmbanggakn...lagi aku terkejut bila dia dpt yellow smlm,pasal dia tiba2 tackle bek arsenal tu dari blkg bila dia xdpt bola..

Anonymous said...

entah...botak tu gila ke apa!...
tapi aku masih mengharap dia dapat tunjukkan sesuatu...kalau agak2 5 tahun lagi pun aksi dia macam tu,jual jelah akhir musim..jangan jadi liabiliti sudah

Anonymous said...

carrol injured..aurelio injured..carragher injured..agger..johnson..gerarrd..kelly...ooouh byk nye injured...klo xdpt eropah pun xpe kot...saya redho je...musim dpn kita buat gempak dgn mng liga,fa ngan carling tanpa penyertaan ke eropah...tym cni mmg elok test player muda mcm suso ngan sterling...tpi xnk lg la tgok david ngok ngan alien jonjo tu main lg..

Anonymous said...

gandingan lucas-spearing,ak tengok mereka kerap main posisi MD.spearing spatutnye main lebih kedepan membantu.

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger