Perkhabaran gembira dari Pacheco



Berita terbaru yang dipetik daripada Liverpoolfc.tv yang menyatakan, pemain muda yang penuh dengan skill dan larian kencang pasukan kita Daniel Pacheco mengatakan beliau kini gembira dengan penglibatannya dan sumbangannya kepada Norwich City,apabila pihak pengurusan membuat keputusan untuk meminjamkan dirinya untuk mencari pengalaman beraksi dalam squad utama.

Tambah Pacheco lagi....

Bercakap kepada web rasmi Norwich City, Pacheco berkata: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menghargai saya dan orang menyambut saya dengan baik”

Seperti yang kita tahu, sejak Pacheco menyertai Norwich City, kita boleh lihat aksinya di squad utama dalam pasukan yang menjuarai League One pada musim lepas. Hal ini adalah satu khabar yang baik kepada dia dan kepada pihak pengurusan Liverpool supaya musim depan apabila Pacheco kembali ke melwood, dia seharusnya diberi peluang untuk membuktikan dirinya juga layak duduk sebaris dengan pemain mudalain seperti Martin Kelly dan D. Wilson serta J. Shelvey yang mampu duduk sebaris dengan pemain senior yang lain.

Pada pendapat saya, musim depan merupakan satu pembukaan pada kepada Pacheco dan pemain muda lain untuk memikat Daglish supaya kerap memilih mereka dalam aksi perlawanan penting The Reds seperti yang dipamerkan oleh Martin Kelly.

comment 1 comments:

Tengku Sidek on April 9, 2011 at 3:22 PM said...

Its wonder me much..we all know about his talent BUT still cant through to the first team squad..

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger