Injuries update menjelang perlawanan menentang city


--Keadaan Gerrard masih belum pasti!--

Sedih memang sedih, apabila membaca berita terbaru yang secara rasmi dikeluarakan oleh pihak pengurusan Liverpool di LFCTV, dalam berita terbaru tersebut menyatakan kini pasukan kesayangan kita mengalami krisis kecederaan pemain yang benar-benar runcing.


--Agger terlepas baki perlawanan musim ini--

Ditambah pula dengan perlawanan akan datang yang menyaksikan dimana pasukan kesayangan kita akan turun menentang pasukan di tangga tiga Liga perdana iaitu Manchester city. Menurut sumber mengatakan kini setelah diperiksa dan diteliti maka sudah pastinya bahawa Daniel Agger akan terlepas aksi perlawanan kempen Liga perdana sehingga tamat musim ini, Agger yang mengalami kecederaan ini semasa perlawanan minggu lepas dimana pasukan kita Tewas kepada West Bromwich Albion.


--Johnson cedera 4 minggu--

Duka krisis kecederaan pemain pertahanan semakin menjadi-jadi dimana Glen Johnson juga terpaksa direhatkan selama 3 atau 4 minggu. Perkara ini pastinya akan memeningkan kepala Kenny Daglish untuk mencari barisan pemain bagi mengharugi perlawanan liga menentang Manchester City dan Arsenal dalam dua minggu berturut-turut.

Turut menambah luka yang nampaknya semakin parah ibarat barah yang menyerang barisan pemain kendalian Daglish, dimana keadaan pemain pertahanan muda kita iaitu Martin Kelly , yang nampaknya semakin samar akan kembali cergas dalam dua perlawanan penting dalam kempen Liga Perdana musim ini.

Dengan keadaan Gerrard yang juga berada dalam keadaan masih samar-samar akan kembali beraksi dalam perlawanan menentang City, pastinya kita sebagai penyokong setia kelab kesayangn kita semua ini juga amat risau dengan krisis kecederaan ini.

Namun, dipetik dari kata-kata Daglish dari LFCTV menyatakan kini.....

"Fabio Aurelio dan Jonjo Shelvey, dalam proses mendapatkan kecederasan mereka kembali, dan kini mereka sudah mula mengikuti latihan bersama pemain lain di kem latihan”


--Kelly juga akan terus terkeluar kerana cedera--

Pada pendapat saya (penulis), keadaan ini merupakan satu dugaan yang amat berat yang perlu ditanggung oleh Kenny dan seluruh pasukan. Dengan dua perlawanan besar bakal berlaku dalam tempoh dua minggu terdekat ini, pastinya kenny memerlukan satu ramuan dan tonik ajaib bagi membolehkan pasukan kita meneruskan momentum untuk mengejar slot ke Liga Europa pada musim depan.

Kalau hendak diingatkan kembali, keadaan ini amat seiras dengan situasi yang dialami oleh Man United bulan lepas, dimana united juga mengalami krisis kecederaan dan penggantungan pemain dalam masa yang sama perlu menempuhi perlawanan kelas tinggi. “Diharapkan pasukan kita dapat menjadikan united sebagai contoh walaupun pada dasarnya Liverpool dan United memang tidak sebulu”

PS: Pada pendapat korang siapakah yang benar layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Agger dan Johnson bagi mengharungi kempen perlawanan untuk dua minggu akan datang ini???

comment 2 comments:

ZAMZAMMILZAIN on April 7, 2011 at 4:49 PM said...

formasi 3-4-3

----------- reina -----------

---carra---soto---aurelio---

raul---lucas--spearing---maxi

----kuyt----AC9----suarez----

Anonymous said...

sbb tula aku harap...liverpol boleh ikut la cara man.u tu walaupun xsebulu,harap2 ada pmain backup kt utk setiap posisi dan super sub pun mcm super sub man.u ngan city...sume bole diharap..walaupun ada sub yg dah tua..tpi bole gak gol last minit..
yela,walaupun attacking dah ada carrol ngan suarez...tpi xmustahil salah sorg atau dua2 injured...pas2 trpaksa pkai ngog pulak...hampeh..
tpi utk akan dtg la...ni la msalah yg dah lama tpi xubah2...bila sorg player utama injured satu team main mcm hilang arah..

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger