Kalau aku Damien Comolli....



Walaupun musim kali ini terdapat perlawanan yang masih belum lagi dijalankan, dan juga perjuangan nampak masih lagi akan diteruskan oleh penyokong dan pemain Liverpool bagi merebut kedudukan terbaik dalam tahta liga perdana. Dan yang pastinya kita semua tidak sabar menunggu kehadiran musim depan yang pastinya akan membuka satu lembaran baru kepada kelab kesayangan kita.

Seperti yang kita tahu, pada musim perpindahan januari lepas, menyaksikan pasukan kesayangan kita ini telah memopoli pasaran perpindahan pemain. Namun persoalan disini, adakah pada musim perpindahan akan datang kita akan terus memonopoli lagi pasaran perpindahan pemain. Bagi sayalah, jikalau saya lah adalah Damien Comolli yang menguasai carta pemilihan pemain untuk musim depan, apa yang bakal saya lakukan adalah membeli pemain dari bahagian pertahanan kiri dan juga wing kiri dan kanan.

Mungkin ini adalah pandangan dan pemerhatian yang dilakukan semasa melihat corak permainan Liverpool sekarang sejak pasukan kita membawa dua pemain dari bahagian serangan iaitu Andy dan Carroll. Jika dilihatkan pada perlawanan lepas, jelas sekali semasa ketiadaan Glen Johnson yang pada perlawanan menentang West Ham minggu lepas, ternyata memberikan impak yang buruk kepada barisan pertahanan Liverpool. Bahkan juga, berdasarkan corak permainan semasa pasukan kita sekarang, pertahanan kiri dan kanan juga memainkan peranan yang besar semasa pasukan kita melakukan serangan ke kubu pihak lawan. Jika masalah ini dapat diatasi , dan mencari pertahanan yang terbaik bagi bermain di posisi pertahanan kiri pastinya barisan pertahanan Liverpool musim depan akan menjadi lengkap dan sempurna. Ditambah lagi dengan kehadiran Glen Johnson dan Martin kelly pastinya ini akan memberikan lebih pilihan kepada pengurus untuk mengisi barisan pertahanan musim depan.

Disamping itu juga, seperti yang kita semua tahu dan saya juga pasti anda semua juga tahu, pasukan kita sekarang ini sedang mengalami ketandusan wing yang agak ketara. Dengan penurunan kualiti yang dipamerkan oleh Joe cole dan juga kuyt yang selalu ditugaskan sebagai pemain wing, bahkan posisi itu bukan posisi terbaiknya. Pastinya ini akan memberikan sedikit impak negatif kepada pasukan jika masalah wing ini tidak diatasi pada musim depan.

Mempunyai wing yang pantas dan boleh membawa bola serta membuat hantaran lintang yang tepat pastinya akan memberikan satu dominasi kepada pasukan kita, kerana jika melihatkan kepada contoh pasukan lain yang mempunyai wing yang hebat, seperti Nani(Man U), Gareth Bale / Aaron Lennon (spurs), Florent Malouda (chelsea). Pasukan yang saya sebutkan tadi mereka sebenarnya mampu melakukan gerakan dan serangan dan hantaran yang membahaya dengan wing yang mereka punyai....

Secara jujurnya, saya tidak boleh mengandaikan mana –mana pemain akan dibawa masuk musim depan, tetapi andaikata diberi kuasa untuk memilih pemain yang mana untuk diserap dalam pasukan kita musim depan saya (penulis ) memilih pemain berikut antaranya ........

Pertahanan kiri..... Fábio Coentrão (Benfica) , Oscar Wendt (Copenhagen),

Wing: Ashley Young (Aston Villa), Bojan Krkic(Barcelona) Keisuke Honda (CSKA Moscow) Ibrahim Alley (barcelona), Adam Johnson (Man city), Matt Jarvis (Wolverhampton Wanderers), Stewart Downing (Aston Villa).


Bagaimana pula pendapat anda, pemain yang manakah boleh mengisi ruang di bahagian pertahanan kiri dan wing Liverpool pada musim depan?????



comment 5 comments:

Anonymous said...

bek kiri insua ok pa..

Anonymous said...

bek kiri insua dh ad...D.wilson pn bleh tp kna bnyk train lg la..

ak skong suma mid2 yg disenarai kt atas....

Anonymous said...

ibrahim affelay da...

bek kiri kalo dpt enrique ok gak.. do miss ex regular LB, arbeloa dan risse.. ( T T)

Wan Gerrard on April 6, 2011 at 11:36 PM said...

tak pasti siapa yg masuk..dapat 2 ni, ashley young & adam johnson terbaik dh~

Anonymous said...

aku lg suka fabio centrao,arda turan ngan keisuke honda...walaupun honda kata nak kekal kat cska moscow dan cska pun kata xnak jual honda...tpi besenya tu la taktik nk naikkan harga..alaa,mcm mse liverpol nk jual tores la jugak...haha...
tapi xlupa jugak,harap2 ada pmain backup kt utk setiap posisi dan super sub pun mcm super sub man.u ngan city...sume bole diharap..walaupun ada sub yg dah tua..tpi bole gak gol last minit..
yela,walaupun attacking dah ada carrol ngan suarez...tpi xmustahil salah sorg atau dua2 injured...pas2 trpaksa pkai ngog pulak...hampeh..

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger