entri yang tak ada nama?????#@!*&^%



Salam dan selamat sejahtera. Dalam kesedihan yang masih lagi terasa semenjak kekalahan kepada west Brom sabtu lepas. Pada hari ini saya (penulis) ingin bercerita sedikit pandangan yang mungkin anda semua pernah lalui sebelum ini juga.

Ceritanya bermula begini, memang biasa lah bagi peminat bola sepak tidak kira mana atau dimana pun pasukan yang anda sukai atau sokong. Tidak kiralah anda menyokong Liverpool, man united, Chelsea, Real atau pun Barcelona dan Arsenal. Pastinya anda semua pernah melalui hari –hari sukar dimana pasukan pasukan kesayangan anda akan kalah dalam pertemuan dan pertembungan dengan pasukan lain.

Apa yang hendak saya kata kan disini, bukan satu perkara yang asing bagi anda semua, perkara nya adalah soal tekan menekan, kutuk mengutuk antara satu sama lain, ataupun biasanya dipanggil sebgai “Tekan”. Tidak salah bagi seseorang penyokong itu mengutuk pasukan lain, namun persoalannya disini jangan lah sampai boleh menghiris hati ataupun lebih mudah dikatakan sebagai keterlaluan.



Kerana jika teterlaluan pastinya akan mengundang perkara yang tidak boleh dijangka, contohnya pergaduhan, pertengkaran dan lain-lain. Apa yang cuba saya tegaskan disini bukannya tidak boleh mengutuk pasukan lain tetapi perlulah pikir dulu apa yang hendak kita cakap atau apa yang hendak kita tulis mengenai pasukan lain.

Contohnya banyak saya lihat, berlakunya di facebook, terdapat segelintir individu yang kadang kala seolah-oleh tangan mereka tak dibendung semasa kecil, dimana main sedap hati je nak kutuk dan tidak memikirkan impaknya kepada mereka sendiri dan juga orang lain.
“ bukankah kita di malaysia ini, lebih dikenali sebagai rakyat yang berbudi bahasa tetapi cara dan corak tuturkata mereka tidak melambangkannya”

Mungkin entri ini agak rambang dan agak kabur, matlamat dan maksud penulisannya, namun begitu lah cara yang sepatutnya kita lakukan kalau nak mengutuk pasukan lain pun kutuk lah dengan sipi-sipi sahaja dan jangan lah nak berterus terang sangat nanti tak pasal –pasal pulak anda akan diremove dari facebook mereka yang berkenaan .....

comment 2 comments:

Anonymous said...

betul....jgn la sebab bola pinya pasal kita putus saudara...
yg mngutuk tu pun pandai2 lah cari beza gurau ataupun cari gaduh...yg dikutuk pun buat2 cool lah..aggap je sume tu sebagai gurauan....semua team pasti pernah merasa kekalahan...
jgn ingat minggu ni milik kita,jadi kita pun mengapi2kan penyokong lain..sampai pulak turn team kita 'down' kita nak mngamok..
bola ni bkn dunia kita pun,minat gitu2 dah la..
anyway....bg aku,penyokong yang paling banyak bersabar adalah penyokong liverpool..YNWA

Wan Gerrard on April 4, 2011 at 12:02 PM said...

hmm btol2, gaduh pun kerana mempunyai minat yg sama iaitu bola sepak. jangan terlebih2 sudah huhu

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger