Krisis kecederaan" peluang baik untuk pemain muda"


--Pemain muda perlu membuktikan mereka mampu bersaing dengan pemain senior--

Salam dan selamat sejahtera, kalau nak dikira agak sudah lama rasenya saya tidak menulis entri blog ini. Entri hari ini ditulis dengan agak kurang formal sedikit, dimana apabila saya (penulis) membaca berita terbaru daripada Liverpoolfc.tv dimana Alan Hansen yang merupakan salah seorang laganda dan pemain Liverpool pada era 70an dan 80an telah memberikan komen yang pada andaian saya juga mempunyai kebenarnya.


--Jay spearing ada potensi untuk meningkat--


Dalam berita tersebut berbunyi begini “Our test of strength” ini bermaksud segala ujian kecederaan pemain yang kini dialami oleh squad Liverpool kini adalah merupakan salah satu titik tolak untuk menguji squad yang ada benar-benar berkualiti serta mampu bersaing dalam di dalam Liga Liga Perdana.

Jika diperlihatkan dari pandangan squad yang dimiliki oleh Roberto Mancini di Man City pastinya kita juga boleh memberikan pandangan yang berbeza dimana jika diperhatikan barisan pemain City mempunyai barisan pelapis yang banyak dan mempunyai kualiti tinggi. Sebagai contoh di barisan pemain simpanan mereka, mereka mempunyai pemain yang berkualiti tinggi.


---Wilson masih muda dan masih lagi perlu meningkat prestasinya ---

Pada pendapat saya, musibah kecederaan meruncing ini boleh diibaratkan sebagai ujian untuk memberi kepercayaan kepada barisan pemain simpanan kita untuk membuktikan mereka sebenarnya mampu untuk kekal dalam Liverpool dan sebenarnya mereka mampu untuk mempertingkatkan lagi kualiti permainan mereka semasa dalam perlawanan besar, apabila dalam dua minggu ini, Liverpool akan menghadapi ujian getir menentang Man City dan Arsenal.

Diharapkan Liverpool mampu menang dalam dua perlawanan ini untuk mengejar kembali Spurs di kedudukan tangga kelima di tahta Liga Perdana.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger