MATCH Preview: Liverpool vs Manchester City


Time : 0254-0500 am
Channel : Ch. 812/832

Pada awal pagi esok, kita terpaksa bangun awal pagi untuk menyaksikan perlawanan yang boleh dilabelkan sebagai perlawanan mega yang harus ditempuhi oleh pasukan kesayangan kita, dengan Reds akan melayan kunjungan pasukan kendalian Roberto Mancini di stadium keramat kita di Anfield.

Jika dilihatkan kepada keputusan perlawanan sebelum ini, Liverpool tewas dengan West Bromwich manakala Manchester City menewaskan Sunderland. Namun semua ini sudah menjadi sejarah dan apa yang penting yang perlu dilakukan oleh Kenny dan semua pemain adalah terus fokos dalam perlawanan menentang City ini. Dengan keadaaan krisis kecederaan yang meruncing yang dialami oleh pasukan kita, dimana dijangka Gerrard, Glen Johnson, Martin Kelly dan Agger tidak akan boleh diturunkan, pastinya kenny Daglish sudah mempunyai ramuan untuk mengantikan semua pemain utama yang sedang cedera ini.

Diharapkan tuah bermain di laman sendiri akan memberikan pasukan kita, kelebihan dan sekaligus membolehkan Liverpool menang dalam perlawanan ini bagi meneruskan misi memburu kedudukan terbaik dalam tahta dalam Liga Perdana serta membalas dendam dimana sebelum ini Liverpool tewas kepada anak didik Mancini dengan jaringan 3-0 semasa pertembungan di City of Manchester Stadium .


Barisan pilihan : Reina, Carragher, Skrtel Aurelio, Kyrgiakos, Kuyt, Meireles, Maxi, Lucas, Carroll, Suarez

comment 1 comments:

Wan Gerrard on April 11, 2011 at 12:02 PM said...

yup, sudah tiba semua pemain tunjukkan kebolehan mereka, Lucas dan Meireles kena control game..btol2 harap tuah main tempat sendiri. :)

Bro, boleh tukar link Blog Wan Gerrard kat bloglist, dah tukar http://www.wangerrard.com Thanks bro~

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger